Tendang cikgu, salah siapa?
Pertamanya, Flavert tak memenangi MSC-Apicta Award untuk kategori Best of Tourism & Hospitality. takpe, tahun depan cuba lagi. ( tie kambing hitam tu punca kekalahan -__- )
Berbalik kepada topik asal, semalam lagi dah terkejut bila berita pasal murid tendang cikgu ada dlm tv. Pagi saya tadi dimulakan dengan santapan cekodok pisang dan nescafe O. Bila baca berita murid tendang cikgu dalam paper berita harian, hairan jugak, sebab berita semalam dlm berita harian, ada berita bertajuk
elok sangatlah, pada hari yang sama berita ni keluar, murid tendang cikgu kat perlis.
rasanya bagi mereka yg dlm lahir sebelum tahun 90, tahu apa maksud rotan. rotan ialah perbuatan menyebat pelajar DENGAN TUJUAN UNTUK MENDIDIK, bukan untuk kekejaman. Antara material rotan yang pernah aku rasa adalah, pembaris kayu, rotan buluh, getah paip. malahan, aku antara pelanggan rotan cikgu abul kat samten dulu. antara sebab aku kena rotan
- subuh lambat. selalu jadi imam jemaah kedua.
- lambat pergi prep
- paling takle blah bila setiap kali dorm check untuk solat berjemaah, ada sorang dua kat dorm, satu dorm kena rotan.. piap!
- masbuq solat. masbuq bermaksud kita join solat jemaah time raakat kedua dan ada baki. ha.. elok lepas tu.. kena gi depan, piap!
- dan kerana sebab2 khusus yang tidak semena-mena. ( mcm cikgu abul nampak budak2 masih main futsal walaupun dah azan maghrib )
kat buntut, kat tangan, kat kaki, kat buku lali, kat lengan.. dah pernah rasa dah.
teringat aku ngan ustaz hamzah dulu. ada sekali tu, mungkin baru selepas sukan asrama, hampir satu block tak bangun subuh. beliau dtg ke hostel block lelaki. kemudian, sebab kitorang tak bangun gak, dia menjerit berteriak bergema bergegar satu asrama lelaki mengejutkan semua sambil menghayunkan rotannya sehingga memecahkan tingkap2 dorm tertentu. rasanya ada yg terkena hayunan dia.
kesemua pelajar lelaki asrama didenda sambil mendengar ceramah beliau. beliau bernada sedih, dan berkata, ( ayat sebenar mungkin berbeza, tp saya sampaikan dlm pemahaman saya sendiri )
tahu tak tinggalkan solat tu dosa. saya warden kamu. saya tak mahu saya disoal di akhirat kenapa kamu semua tak bangun subuh berjemaah. setiap salah seorang dari kamu tanggungjawab saya. ibu bapa kamu hantar ke sekolah ini dan mempertanggungjawabkan saya untuk mendidik kamu… saya pun tak suka dengan apa yang terjadi tapi, ini memang tanggungjawab saya untuk mendidik kamu.
itu cerita di samten.kemudian, aku dah tak rasa rotan tu.
tapi tak lama kemudian,cikgu kena saman. cikgu takleh rotan. jentik pun takleh. cubit pun sama. aku jumpa cikgu abul ngan ustaz hasmuri pun diorang cakap susah nak mendidik budak2 zaman sekarang
sebab takut kena saman.
pastu, kerajaan komplen tak ramai orang nak jadi guru. bukan tak nak jadi, tp takut kena saman… ibu bapa skang smer kaya. takpun nak kaya cepat, saman saman upah lawyer pastu lawyer lauya sket kat mahkahmah cepat je dapat duit.
dulu guru dihormati, sekarang guru macam orang gaji, orang gaji untuk mengajar.
tak semua guru sekarang tak dihormati, aku akui. masih ada guru guru muda yg aku respek. masih ada anak muda berani menjadi guru demi mendidik pemuda pemudi harapan negara seperti bat ( iklan sket bat ni baru amek kursus kahwin :p ) tapi, tidakkah tindakan sebegini, tendang guru, saman cikgu, menjatuhkan reputasi dan martabat guru?
aku rasa, tokoh2 sekarang, usahawan2 sekarang, pun pernah kena rotan.
dan rasanya, merotan patut dilaksana TETAPI DENGAN TUJUAN MENDIDIK.. apa kata anda?
P/S: beli bow tie tp masuk2 tengok ramai pakai tie biasa… sbb aku ni segan, pakai la tie biasa. haha.
Saya menemuinya sewaktu beriktikaf di Masjid Shah Alam. Iktikaf bermaksud duduk di masjid, melakukan amalan2 sunat. Iktikaf juga bermaksud amalan dimana kita memfokuskan diri hanya kepada Allah. One to one.Saya menyertai program Study@Institusi Usrah kerana dapat bilik ngan bebudak usrah dan juga, salah satu ‘getaway’ saya dari dunia kerja saya. Mereka berhempas pulas Study dan saya pula menghabiskan masa siang dengan membaca buku “Berani Kaya, Berani Takwa” buku tulisan Anif Sirsaeba.

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.



