Samsung Galaxy S 2 review

{EAV_BLOG_VER:884319838099d301} Hai semua. lama tak berblog. busy kebelakangan ni serious. Rasanya kalo korang follow twitter/facebook/blogpost aku mesti korang ingat lagi aku terpilih untuk review Maxis 10: Samsung Galaxy S. So kali ni Samsung Malaysia pilih untuk review Galaxy S2. Ini review unit je. Pakai dua minggu.

Apapun entry permulaan ni memang banyak komen + gambar. Tapi aku faham, kalo korang takde masa macam aku, meh tengok video ni.

english version

Dah puas tengok video? meh tengok gambar2 pastu aku terangkan. Sebelah kiri adalah Galaxy S2. Sebelah kanan lak adalah Galaxy S lama. Untuk tujuan review dan comparison, kedua-dua galaxy s ni aku set default launcher. tak pakai launcher pro atau helix launcher

Kalo korang perhati, home numbering system yang baru ada kat bawah. Yang lama kat atas. Aku lagi suka yg kat bawah ni. Visually pleasing. yang dulu macam pelik sikit.

View bila masuk Application List. Sama juga, home numberbing kat bawah. Tapi kalau tengok video maybe nampak sleekness sikit. Yang lama macam lag. Tapi mungkin sebab dah setahun pakai, memory full ke apa mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada lag.

View dalam Messaging. Sekarang dalam SGS2 dia pakai icon je untuk sent new SMS. yang lama punya besar betul ‘New Messages;

Yang ni lak view yang sama apa bila horizontal mode. Suka dia buat stail conversation macam tu. Senang kita just tengok sms kepada sapa nak tengok dan kita leh tengok preview sebelah kiri. ‘Dock’ dijual berasingan.

Dan bila compose SMS horizontally masih boleh include attachment. Yang dulu kena tekan menu.

Yang ni lak Email / Combined Inbox view. Ada icon ‘compose new email’ lagi berbanding yang lama. dah jimat banyak step tu.

Yang ni Email Detail view. Boleh delete dari this view. Banding ngan yang lama kena tekan menu. So memang berguna yg interface baru.

yang bawah SGS2. Atas SGS lama. SGS 2 takde battery indicator. So kena beringat sendiri lah bila record video. rasanya perlu samsung send update ke apa letak icon battery tu

Kalau SGS lama dia lagi banyak shortcut untuk function camera ni. Click je dah leh pilih scene, shooting mode tapi yang baru ni semua setting tu dekat icon setting. Jadinya ada tambahan satu click

Tapi yang bagusnya, sebab kita just scroll je utk setting lain tak payah click close open close open untuk model lama tu. Kemudian, model lama nye interface banyak page/tab. Yang baru just scroll je.

Yang ni lak untuk shooting mode setting.

SGS2 sebelah kiri/bawah. SGS2 ada fungsi gyrometer so dengan dua jari, kita bawak henpon dekat kearah kita, content tu akan zoom in. kalau gerakkan henpon menjauhi kita, dia akan zoom out. best

SGS sebelah kiri, SGS2 sebelah kanan. Camera 8 Megapixel dapat record 1080p nye video dengan flash light. Yang dulu takde flash kemudian placement /tempat letak kamera kat situ selalu kena tutup ngan jari. SGS2 speaker dia kat bawah dan USB connector dia kat bawah.

Ha nih lak test video record 1080p

Ok nanti aku akan tambah review GPS dia pulak. So far, GPS dia terbaik dari yang dulu. Lagi cepat. Biasalah dah nama dual core kan.

Beza antara SGS 2 ngan yang lama ni adalah yang baru ni takde stop-stop. Load map secara terus menerus. Aplikasi ini adalah menggunakan Google Maps Navigation tapi download Brut version sebab by default Google Maps Navigation tidak tersedia di Malaysia

Ok itu sahaja review buat masa ni 🙂

16
Jun 2011
POSTED BY
DISCUSSION 11 Comments
TAGS

11 Responses to : Samsung Galaxy S 2 review

  1. Jelesnyaaaaaa!!! Huwaaaaaaa

  2. Drexar says:

    nice review. mmg menarik gila terutama part gps :). nak kena try in hand dulu baru beli haha. battery mcm mana? tahan lama?

  3. Yoga says:

    Baru nak mintak pinjam Galaxy S nak buat side by side comparison the Galaxy S II 😀

    Good to see both the Galaxy go head to head but one things for sure the battery on the Galaxy S II is wayyyyy better. It can easily last for more than 10 hours 🙂

    • icky says:

      Just installed custom rom ficeto JVP based 2.3.4 on my SGS. I got almost 15hrs of battery life (Moderate Usage). Very good power management on this ROM! Happy SGS user now!

      • Yoga says:

        Sorry tekong not meaning to promote 😀

        icky check out my review on my blog for my experience with SGS II and battery life .. the best I got was 1 d 6 hours with moderate use 🙂

  4. icky says:

    Bro.. camner nak dload google maps navigation (brut) version?? mana nak dpt? ade APK file utk share?

  5. zamri says:

    salam…..boleh tolong jelaskan sikit tentang google maps navigation tu…..
    apa yang brut version tu……
    saya nak guna kat samsung galaxy s2
    ok by

  6. pengyu says:

    naper papago kat galaxy s 2 saya xbolah guna yer…xdapat signal langsung…tunggu sampai 45minit pn sama….dah uninstall,install balik pn samer…xdapat.ader ker gps tu rosak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *