Hari sedih buat industri ICT Malaysia

Bermula dua minggu lepas, komuniti ICT tanah air dikejutkan dengan beberapa berita. Dan sebab biasanya berita ini semua dalam bahasa inggeris *(refer update diakhir blogpost), biarlah aku menulis blogpost dalam bahasa melayu, mungkin lagi ramai boleh faham situasi web industri kita.

Sebab terdapat beberapa berita, jadi biar saya mulakan satu persatu, dengan Terato Tech. Saya syorkan sebelum anda baca, didihkanlah air kopi panas dan belilah makanan rapu untuk menikmati blog post ini sebab ianya sangat panjang, layak dibuat satu filem indie.

1. Terato Tech VS MCMC

Gambar diatas mungkin kecil tapi jikalau diklik, apa yang anda boleh baca adalah seperti berikut. Ia adalah surat mengenai NCDG – Network Content Development Grant. Geran untuk membangunkan content/kandungan yang akan digunakan dalam rangkaian/network berbeza. Geran ini adalah kerjasama dari MCMC bersama-sama ASTRO, kesemua telco dan juga Jaring yang mana content tersebut akan diedarkan dalam kesemua rangkaian ini. Berbalik kepada surat-

  1. Terato Tech bukan grantpreneur= Grantpreneur adalah golongan yang sentiasa bergantung kepada funding/ grant/geran dari kerajaan dan kebiasaannya golongan ini tidak memanfaatkan sebaik mungkin geran tersebut. Terato Tech bukannya syarikat yang menerima geran dan menyuruh orang lain buat macam kebiasaan grantpreneur.
  2. Amaun yang diperuntukkan tidak mencukupi= dalam kes ini, saya mengandaikan sama ada amaun diperuntukkan tersebut sememangnya kurang berbanding dengan nilai yang dipinta atau nilai projek tersebut, ataupun, nilainya cukup atau berlebihan cuma dikatakan tidak cukup kerana kadangkala, untuk menguatkan sebab untuk menolak projek tersebut.
  3. Terato Tech 300KM dari Singapura= lokasi Terato Tech sengaja disebut dalam bentuk perbandingan jarak bagi menunjukkan yang mereka syarikat yang tidak kurang hebatnya. Dalam dunia bisnes dan juga ICT, singapura adalah antara negara termaju, walaupun bakat-bakat tenaga kerja bukan dari singapura. Ini mengandaikan yang agensi tempatan/kerajaan seharusnya lebih menitikberatkan syarikat tempatan dari luar negara, biarpun jiran kita.
  4. Senarai anugerah Terato Tech = Ini bagi menunjukkan portfolio Terato Tech yang mana mungkin MCMC tidak kisah langsung.
  5. Proposal dihantar pada 24 /02/2010 dan proposal dipersetujui pada 1 /04 / 2011 = 14 bulan diambil untuk MCMC mengesahkan dan mempersetujui geran ini. Ini menunjukkan kelewatan dalam agensi untuk memproses permohonan. (aku pernah apply E-Content, 3 bulan habis semata-mata untuk first presentation. Dari proses mendapatkan borang, kemundian penangguhan tarikh presentation, dan akhirnya proposal dikatakan salah kategori bilamana sebelum itu proposal sudah dihantar ‘by-hand’ untuk pembacaan ‘approval-committee’ sebelum layak ke proses presentation. Anda boleh katakan aku pengecut, tidak sabar, lagi satu langkah je sebelum kegemiliangan dan whatever shitniz tapi, dalam masa 3 bulan, aku dah boleh buat sesuatu yang baru. aku tak menyesal langsung tak sambung permohonan geran tersebut)
  6. Terato Tech mengesyorkan MCMC untuk menukar ‘approval committee’ yang mempunyai kaitan dengan industri/ada syarikat lain dan mengupah pengadil yang independent dan lagi pandai mengenai industri seperti dari Singapore, New Zealand, Denmark yang mendapat nombor 1 dalam senarai ‘negara telus dan tidak mengamalkan rasuah/korupsi’ – disini adalah satu notis/pengumuman besar yang memberitahu bahawa adanya individu/kumpulan didalam ‘approval committee’ yang mungkin meminta rasuah, sama ada dalam apa sahaja bentuk ( boleh jadi dalam wang, pemilikan saham syarikat, pemilikan sebahagian tender/sebahagian servis) yang mana Reza/ CEO Terato Tech tidak bersetuju dan mengesyorkan MCMC untuk mengupah ‘approval committee’ yang betul-betul bebas dari apa sahaja agenda. Bagi menguatkan hujah, berikut adalah tweet dari Reza Razali/ CEO Terato Tech

Sedih bukan? Tetapi itulah hakikat kejadian yang telah berlaku. Bayangkan lebih setahun menunggu hinggalah pada hari approval, rasuah dipinta. Dan ini melibatkan duit rakyat. Jadi tahniah kepada Reza Razali dan Terato Tech kerana mempunyai integriti yang tinggi. Bak kata iwani, mereka adalah hero.

Kadangkala kalau korang (yang pekerja) rasa gaji lambat masuk/ bayaran kurang/ bayangkan bos korang berhadapan dengan perkara sebegini yang mereka terpaksa hadapi.

Dan ada lagi seorang web-entrepreneur yang berhadapan situasi sebegini – Azizikhalid. Tapi tak sure boleh diceritakan atau tidak sebab beliau sudah share pada Webcamp tahun lepas dan tak ingat dia kasi untuk buat blogpost atau tidak.

kalau air kopi anda sudah habis, sila refill. Bertuahlah mereka yang membaca berita ini pada waktu sarapan di McDonalds atau Coffee Bean, ada free refill.

Email 1Malaysia

Ini adalah lagi satu berita yang tidak kurang kelakarnya minggu lepas pada pengumuman Program Transformasi Ekonomi (economic transformation programme) Ketika semua program diperlihat mempunyai potensi yang tersendiri dalam memajukan negara, program Email 1 Malaysia memaparkan yang sebaliknya. Ketika GMail, Hotmail, menawarkan email percuma, email percuma kepada rakyat memerlukan rakyat membeli ‘biometric device’- alat yang digunakan untuk mengimbas cap jari anda. Email 1 Malaysia ini dikatakan lebih selamat, dan sekuriti nya terjamin kerana ianya didalam negara.

Tetapi aku rasa sekuritinya tidak terjamin dengan adanya kerajaan. Email ini dilihat lebih kepada agenda kerajaan mungkin untuk mengawal penghantaran maklumat atas talian. Setiap email dihantar oleh kerajaan kepada rakyat akan dicaj RM0.50 sen. Apapun, syarikat pengendali Email 1 Malaysia ,  Tricubes, telah memperoleh stok market yang tinggi bernilai RM40 juta. Waw.

Kerajaan perlu keluar dari ekosistem perisian – Ditesh Gathani

Beberapa hari lepas artikel ini ditulis oleh Ditesh Gathani. Beliau seorang pakar dalam dunia ‘sumber pembangunan terbuka/ OpenSource’. Arikel beliau dalam The Malaysian Insider adalah sangat panjang dan boleh tambah kopi lagi 5 kali tapi aku just nak kongsi beberapa isi penting akan tetapi, artikel beliau adalah mesti dibaca bagi setiap orang dalam industri ICT walaupun kita hanyalah seorang pekerja.

Isi penting adalah seperti berikut. (artikel asal dalam bahasa inggeris, tulisan dalam bahasa melayu adalah terjemahan dan pendapat aku)

  1. For the sake of fairness, it must be noted that some chaps politely attempted to call out the silliness of the idea whilst it was being deliberated in the various meetings. But they were far too polite to strongly drive the point across that it was a really dumb idea. – Idea yang diperkatakan disini merujuk kepada ulasan beliau mengenai Email 1 Malaysia. Ada kemungkinan pihak yang tidak bersetuju dengan program ini TERLALU BERSOPAN SANTUN dalam mengatakan ianya adalah idea yang bodoh.
  2. You see, there is one golden rule about big organisations: You simply cannot call out ideas as being dumb, not publicly at least. Nobody is quite sure why you can’t do so but rumour has it that doing so would lead to an unpleasant and uncollegial atmosphere, and as can be expected in such situations, a complete breakdown of law and order in society would be the result. Kebiasaannya memang ada politik syarikat. Sebaik sahaja kita tidak bersetuju, akan ada orang lain akan mencantas/memotong kita. Dan ini memang terjadi. Jadi kebanyakan masa kita biasanya lebih mengambil pendekatan diplomatik berbanding mengatakan idea tersebut bodoh. Kadangkala idea bagus tetapi tetap dibantah hanya semata-mata melihat ‘siapa yang bercakap’ bukan ‘apa yang dicakap’.
  3. MSC Malaysia, the key strategy vehicle for the government’s software ambitions, was set up in 1996 with grand plans of replicating the success of Silicon Valley in South East Asia. In this period of time, we have seen two Internet booms and countless wildly successful Silicon Valley startups. Google, YouTube, GroupOn, Twitter, Facebook, Blogger, PayPal, so on, so forth. – Tujuan MSC Malaysia ditubuhkan pada 1996 adalah untuk menjadi seperti Silicon Valley, untuk mewujudkan syarikat ICT besar.
  4. In this interweaving period, MSC Malaysia has successfully missed out on riding every single technology wave. That includes online video, search technology, social, payment systems, biotechnology, group buying … and, let’s not forget, web-based email. The consistency in failing to ride the wave is, in itself, shockingly impressive.– Dalam tempoh MSC membangun, mereka terlepas dengan banyak webteknologi.
  5. For purposes of comparison, Hotmail was a free web-based email system, launched in the same year as MSC Malaysia, and the first real big Internet phenomenon responsible for kicking off mass market usage of the World Wide Web. In this light, our technology ambitions not only as old as Hotmail but, in fact, identical to Hotmail because after 15 orbital years, the best technology project our economic-reengineering-overlords have come up with is free web-based email service… powered by Hotmail technology. The irony would have been entertaining if it wasn’t so painfully tragedic. – bagi tujuan perbandingan, sistem email percuma diwujudkan pada tahun MSC Malaysia ditubuhkan. Pada masa tersebut, ianya adalah satu fenomena internet. Tetapi, servis email 1 Malaysia diwujudkan selepas 15 tahun, dan dijanakan oleh Hotmail. Sila gelak puas-puas tapi janganlah tumpahkan kopi ya.
  6. It was launched in 1998 (two years after MSC Malaysia) and within the span of a decade, it completely dominated the tech industry, leaving its competitors dazed and incoherent. If the 1990′s belonged to Microsoft, Google certainly left their mark on the first decade of the 21st century. It is still not clear if Microsoft will survive Google’s onslaught. – Google yang ditubuhkan 2 tahun selepas MSC malaysia telah menjadi gergasi internet sekarang. MSC Malaysia??
  7. The quality of the grant proposal didn’t quite matter because there was a lack of depth in regulatory oversight. There was nobody to call out bad proposals, nobody to identify hackety software implementations and nobody to push for quality over quantity. It was a numbers game, pure and simple. – Merujuk kepada artikel, Ditesh mengulas bahawa kebanyakan grant tidak mengupah committee yang betul-betul berpengalaman, dan mengutamakan kuantiti dari kualiti. Kita mempunyai banyak syarikat berstatus MSC tetapi berapa banyak syarikat yang betul-betul berkualiti ?
  8. In fact, there were companies specializing in corrupting the disbursement process.Knowing the right people became more important than having the right idea to execute. Companies were setup to game the system and multiple levels of outsourcing were established. Business plans were flimsy, as one would expect them to be, because the considerable effort was being put into building up connections instead of building up companies.– Ada syarikat yang memang berfungsi untuk menyalahgunakan proses pembayaran. Pemahaman disini adalah Grantpreneurs yang akan menyalahgunakan duit geran. Dapat duit, disub-contractkan kepada orang lain. Ada syarikat yang mendapat Geran MSC Pre-seed tapi dari jumlah RM150000, RM10000 itu digunakan untuk melaksanakan projek tersebut. Duit selebihnya adalah untuk dioutsourcekan bermacam-macam level sebab duit itu lebih banyak digunakan bagi tujuan ‘connections/kroni’.
  9. This was a game played equally well by all involved parties. Companies would manoeuvre to get the grant money and/or software projects, outsource the actual development to a third-party company, show progress by delivering half-baked products and upon completion, repeat the process again with another grant or software project. – ini adalah definisi grantpreneur.
  10. Does anybody remember the four flagship applications launched under the MSC Malaysia umbrella? What happened to the Telehealth initiative? Are Malaysians enjoying improved standards of healthcare? What about the MyKad project? Has it taken off in the private sector as a secure ID platform as originally envisioned? RM7 billion and more was invested in the smart school projects. Where are our smart students? SPOT ON! tepat! Dimana projek2 yang dikatakan moden. Dimana MyKad project? Dimana Smart School Project?
  11. It’s not just a question of cluelessness on the part of bureaucrats. It’s also about politics and bad decisions getting the way of a progressive technology culture. The previous Mosti minister back-pedalled on the use of open source technology just about when open source technology was being used by every single major software powerhouse in the world.– Semua ini (yang disebutkan dalam point diatas) adalah politik dan menghalang tradisi teknologi yang progressif.

Information overload? Maaf, tapi dengan berita-berita sebegini, memang sangat menyedihkan industri ICT bilamana ianya dikawal dan diterajui oleh mereka yang tidak memahami industri ICT, mereka yang tidak menggunakan Twitter atau Foursquare, dan mereka yang lebih melihat kepada ‘siapa yang bercakap’ berbanding ‘apa yang dicakap’. Aku ingat lagi, memiliki advisor/ datuk/ adalah lebih bernilai dalam syarikat dalam memohon geran-geran berbanding sekumpulan orang muda bawah 25 tahun.

Soalan juri MSC-Preseed sampai sekarang masih kekal dalam ingatan aku – “Tell me why I should give a wedding company a MSC Status“. Azam aku satu hari nanti kalau umur beliau panjang, aku akan bersemuka dengan dia. Ini bukan dendam untuk membunuh, tetapi dendam kesumat untuk berusaha lebih maju. Aku heran dimana semua juri-juri ini. Kenapa tidak membantah program Email 1 Malaysia? Oh mungkin sebab diorang pro-kerajaan?

Apapun, aku sangat berterima kasih kerana ada juga pegawai MSC yang bersifat pro-aktif terhadap industri. Program mereka ada yang memberi manfaat terhadap industri. Tidak semua program mereka teruk atau tiada manfaat. Tanpa sebahagian dari mereka, saya tidak akan berada pada tahap ini tetapi apa yang perlu diperkatakan, mesti diperkatakan. Budaya sopan perlu dikikis untuk menghasilkan komuniti ICT yang proaktif dan progressif. Cuma sayangnya, mungkin masih ada pegawai MSC tertakluk kepada slogan ‘Saya yang menurut perintah’. Slogan itu patut dibuang bagi memajukan semula MSC/MDeC atau keseluhuran sektor industri.

Sekian sahaja. Artikel ini ditulis pada Hari Pekerja sebab kalau bagi korang baca hari bekerja, habis satu jam kot nak baca. Aku habis 3 jam mengarang.

Teringat kelmarin ada twit yang menyatakan syarikat tempatan pitch barangan mereka kepada GLC, tidak diterima tapi barangan mereka dijual kepada Huawei dan dijual semula, baru laku. Bukti syarikat tempatan dianaktirikan. Sumber siapa yang tweet sudah lupa tapi, berbaloi untuk dinyatakan.

UPDATE 4/5/2011: Telah ditambah link kepada blog lain dalam bahasa inggeris – Entrepreneurs.my, GreyReview.com,

02
May 2011
POSTED BY
POSTED IN Artikel Issues WISIWYG
DISCUSSION 54 Comments
TAGS

54 Responses to : Hari sedih buat industri ICT Malaysia

  1. paeh says:

    walaupun aku tak sehebat korang dan tak berapa paham dalam certain thing… tapi penerangan kat atas, aku boleh bayangkan serba sedikit apa yang kau cuba terangkan…

  2. nesca says:

    Penatnye baca!!

    Nak tau jugak, diorang yang discuss & approve semua ni agaknya golongan yg guna iPhone untuk call & sms je kot. Makcik aku ada jugak cerita pasal MyKad tu sebenarnya tujuan dia untuk ‘apa’, tapi aku tak ingat sangat so tak berani cerita

  3. Khai says:

    Tu dia.. Malaysia boleh! Rakyat buat apa pun tak boleh!

  4. Iwani Khalid says:

    🙁 Sedih news indeedy!

  5. izzatruslan says:

    abis pun baca…walaupun bukan dalam industri ICT, apa yang disampaikan tu dapat difahami dan ada rasionalnya sekarang. Wawasan 2020..jadi sejarah je la..tunggu 4040 kot.. 😛

  6. mrkay says:

    Aku penah berdepan dgn sorg dari panel pre-seed grant dan dia kata pada aku yg idea aku tak akan di terima sebab aku nak guna PHP yg pada dia bukan satu programming language sbb dia boleh buat website php (guna joomla) dalam masa kurang sehari.

    Dan mmg sangat secure la email 1Malaysia tu walhal menggunakan teknologi luar dan servernya pon setakat ni di percayai di luar Malaysia. Memang banyak pak lawak dalam industri ICT kita.

  7. Ome says:

    Kita ada bakat tempatan tapi sayangnya, org luar yang diagung2kan …

  8. Jibone says:

    Aku tak paham yang kenapa orang risau sangat kerajaan baca email kita di 1MalaysiaEmail Tricubes… Dah email itu digunakan untuk berkominikasi dengan kerajaan.. dah kita gunakan perkhidmatan email itu untuk hantar email ke kerajaan,… walaupun sekuriti email itu hebat mana pun, sudah tentu kerajaan dapat baca, sebab kita ‘send to’ kerajaan… bukan?

    Kalau nak hantar email ke Tekong atau ke Wikileaks, kita guna la Gmail atau Hushmail.. jangan la guna myemail.my …

    • tekong says:

      setuju. tp the whole thing still, tak setuju huhu

    • Ammar says:

      Salam, masalah sekuriti satu hal. Tapi masalahnya kenapa setiap agensi kerajaan-banyak tuu– apabila menggunakan khidmat tu, setiap emel yang dihantar kepada kita Tricubes akan caj RM0.50 untuk satu emel yang disent.

      Katakan ada 7 juta org pembayar cukai yg daftar dgn emel 1Malaysia tu, dan katakan ada dua jabatan kerajaan hantar setiap bulan satu emel: 2 x 12 x Rm0.50 x 7 Juta=RM84 juta setahun. Itu baru utk dua jabatan kerajaan, kalau tiga atau empat atau dua puluh jabatan mcm mana? Darablah sendiri. Kalau hantar satu minggu 2 emel mcm mana, darablah lagi.

      hehe

    • Fhatiah says:

      bukan email dibaca yang jadi masalah. tapi mengapa perlu diwujudkan jika melibatkan kos yang sepatutnya tak perlu dalam keadaan rakyat sedia terbeban kewangan.

      Memang yang bayar 50 sen tiap email sent tu kerajaan, tapi duit kerajaan tu duit rakyat juga.

  9. captainLJ says:

    disebabkan perkara sebegini ramai pakar2 ICT yg ada di negara kita banyak memberikan teknologi yang mereka cipta kepada syarikat international…
    kalau ingin berikan kepada negara sendiri
    inilah yang akan berlaku..

  10. Zul Azman says:

    Sedih siott diorg nih.. Macam mane nak maju mcm ni..

  11. jim raynor says:

    laa, aku baca tak sampai 10minit dah habis… syabas terato. aku pun mmg nekad tanak ambik msc status. aku tgh byk company msc pun bukan buat ape2 pun. main trading je. outsource sane sini. byk kali aku kene. derang dpt projek juta2. offer kat aku buat tak sampai 10k.

    aku pun penah try nak ambik pre seed fund dan mgs. tp lepas aku wat study, aku tgk2, by the time dpt grant, most probably teknologi baru dah keluar. dpt bukan nya byk pun.

    tu hari aku g jumpe member aku kat ofis die. die ade company msc. besar gak laa. die duk bising kene bwk org putrajaya g main golf. lantak la. aku dah fedap dengan projek gomen ni. nak kene entertain sane sini. biar la company aku tak kaya. biar la aku naik bas je. janji aku tak makan hasil rasuah. lg pun, aku tgk, org yg main projek gomen ni lame2 pun start pakai cam org gomen, termasuk la member aku tu. tak sanggup. aku suke pakai jeans n tee, pakai branded. hahaha.

    aku paham ape jibone cakap. dan aku setuju. tp, bagi aku, masalah bukan sekuriti. ikut kata derang, projek tu akan dibangunkan 100% private funding. takpe la. konon2 kite caya. tp itu ‘membangunkan’… tricubes akan caj kerajaan 50posen setiap emel yg dihantar.

    masalah dunia i.t ni bukan pasal org2 kerajaan je. masalah paling besar aku tgk, byk gak ‘org it’ kat sini yang tak de sifat utk tambah ilmu, terutama ‘org2 baru’. bg derang, pas grad, tak yah nak study dah. bile aku try bg benda baru, derang panik. tak leh wat keje. stress. derang tak faham yang dlm i.t, terutama software, teknologi cepat bertukar. moore’s law. sebab tu la ade yg bertahun dengan joomla, bg drupal or zend, terus berenti kerja. hahaha. bodoh.

  12. anonymously says:

    haha bagus artikel ko ni. ni ko baru sentuh bab ICT, byk lagi bab lain dgn segala mcm hal yg memeningkan. red tapes, corruption, servis lembab blablabla. IMHO, GTP tu kalo btul2 nak berlaku kna tukar DINOSAURS aka decision makers di agensi/jab. kjaan yg kebanyakannya (bukn suma okeh) dah jadi napoleon kecil. if u know what i mean. sbbnya pegawai kjaan mmg kna pegang SAYA YANG MENURUT PERINTAH. nak ditch completely mmg takleh la bro. mcm askar la, memula ko bleh bantah atau slowtalk ngan commanding officer ko. but in the end: PERINTAH tetap PERINTAH. itulah dilema keja kjaan. kdg2 nasihat dh berbuih mulut, repot berkajang2, meeting marathon tp in the end, the decision is not yours to call.

    u know who i am, sekian tima kasehh

  13. akulah says:

    aku terpanggil nak bercerita dan berkongsi.

    1. Aku tubuhkan syarikat sdn bhd pd tahun 2008. Dari semenjak itu, kitorang dah menang beberapa award. Tapi tak sebanyak terato laaa…

    2. Tahun 2009, aku mengadap skmm, nak mintak geran ncdg, ada satu projek yg aku nak bangunkan, pada masa tu, belum lagi org buat mcm apa yg kitorang nak buat.

    3. Belum sempat abis present paperwork, selamba je dia cakap “idea awak ni takde masa depan, tak inovatif, tak berpotensi langsung nak dikembangkan. Sapa nak dengar audio recording yang dikongsi dalam telefon?…”

    4. Yang paling best, dia cakap “skmm ni, makna dia, suruhanjaya multimedia malaysia, bukannya suruhanjaya kebajikan masyarakat malaysia. Kalau nak simpati, perge ke jabatan kebajikan masyarakat”. Aku masih ingat, seketul-seketul apa yang diorang cakap tu.

    5. Idea aku tu aku tak continue nak develop sbb aku takde duit, dah panjat sana-sini, tapi takde sapa nak percaya kat syarikat yg baru setahun jagung dlm bidang ICT.

    6. Dan untuk pengetahuan semua, skrg, banyak yang menggunakan idea aku tu, walaupun aku tak kasitau sapa-sapa. Produk & servis yg diorang offer, lebihkurang dengan apa yg aku nak buat 2 tahun lepas. Contoh : audioboo.com. Maknanya, kita org Malaysia mampu menjana idea hebat. Tapi org tak paham.

    7. Itulah serba sedikit pengalaman aku..

    aa

  14. Reza says:

    Kalau nak menulis komen, tak perlulah anonymous, gotta have some balls fellas, One thing we could do if kita gabung tenaga and tell them about all this abuse is to right a single-letter representing all of us to the govt on macamana benda2 ni boleh di perbaik. Although I have totally lose hope in this country we call Malaysia, till I get the right opportunity to pack-up and leave, I will soldier on.

    • tekong says:

      i think this blogpost already circulated judging by the look of fb shares. just keep the shares coming. some few friends already said that this should reach msc/mdec within this week.

  15. TeratoMan says:

    Abg Ikhwan da boss!

  16. terbaek ni bro!

    walaupun kitorang dulu rasa macam loser tak amik grant, tapi aku tengok semangat utk fight dalam company kita tu jadi lagi kuat la – sebab takde safety net.

    aku rasa semua bebudak IT kena work together la – anggap bantuan kerajaan tu takde je… kita masing2 ada kekuatan masing2 – gunakan each other utk kembangkan business kita… pe pendapat?

  17. megahacker136 says:

    Tidak perlukan kerajaan utk maju dalam ICT… Kerajaan punca kita ketinggalan jauh kebelakang dlm IT… Tak ada satu ternologi email yg perfect dan xda hole.. org yg bodoh boleh la diperbodohkan lg.. kerajaan xkn mampu memanipulasi ICT dlm tempoh yg lama dalam tempoh yg lama pd zaman globalisasi ni… corruption byk sgt.. masih ramai lg org yg berbakat dn berpengetahuan dlm IT tidak dpt memberikan sumbangan mereka kerana adanya kroni2 jahat menguasai bisnes IT hny utk dpt untung lebih dan bukannya demi kemajuan negara..

  18. Reza says:

    Ashraf, spot on bro, but like it or not majority of local IT companies depended on the big G ( GLC included) either in the form of grants or projects.

    Those who did not depend on these two are awesome and we surely need to learn a lot from you guys.

    & yeah we all should work together especially in figuring out new business model and financing scheme available.

  19. Red says:

    dari saat diorang kata nak wat EMAIL 1 malaysia!! aku dah rasa nak tergelak… lagi2 kos project rm50 million.. they think rakyat sekarang STUPID ke?

  20. zam says:

    infra for internet pun tak settle lagik nak kluar projek baru yg memerlukan internet… takkan ke gambarkan org yg cadang tu tak pikir panjang? .. sah2 projek berkaitan kroni… lepas tu ader plak tarik papan sorong papan pulak… mula announce dari gomen.. now syarikat swasta plak.. lepas tu kena charge ulak 50 sen… aih… berbeliit… takde plan dan arah tuju… adesss…

  21. Lutfi Azhar says:

    Terato Tech bukan grantpreneur? HAHAHAHAHAHAHAHA

  22. ejam says:

    ni br dlm bidang IT, kalau nak kongsi pengalaman aku ketika kerja melibatkan “orang asing” dulu lagi ler hebat manusia jahanam yang hidup dibayar gaji tak cukup nak juga makan duit haram, dalam pejabat dengan pintu terbuka pun boleh dia bicara pasal “berapa nak bayar satu kepala?”.

    hebat2 mereka ni dalam menjahanamkan negara, lagi hebat siap jual nama menteri yg kononnya duit tersebut utk tabungan (apa punya jahanam ler org tu duit haram buat tabung).

    org2 atasan kena tangkap, sebelum masuk kandang diorg jahanamkan sistem rekod “orang asing” tersebut, tiada 1 pun rekod yang tinggal, duit utk bina sistem tu terbuang begitu sahaja, akhirnya dibina sistem baru utk kegunaan semasa, lepas nie jadi lagi kot padam sistem.

    begitu mudah mereka bermain-main dgn duit negara yg merupakan milik rakyat, kepercayaan rakyat mereka permainkan.

    syukur alhamdulillah Allah teguhkan iman aku, tidak aku terjebak dalam memberi dan menerima, mungkin org atasan aku ada terlibat…

  23. rafe says:

    well first and foremost I would like to congratulate Reza & Terato Tech Family for making that bold move in questing “why should it be the way it is” rather than just follow what has been written (transparently obviously)… all these while. I do sincerely hope that more and more Malaysian companies and individual will follow what you have inspired. is a big decision to make Mr. Reza of Terato Tech you do have a big balls to play with the big boys… but Reza i still believe that the biggest contribution that one can make is a contribution to the country where we called “tanah tumpah darahku”! till it 99.999% corrupt I still believe changes still can be made and we need people like you to provoke the system…

    In regards of MSC Malaysia I’m sure most of us who is familiar with the organization know its charter and the responsibility.. and YES we are mandated by the governments to oversee the growth of the ICT industry and to find the very best way to promote the industry. but let us now not kid ourselves where 12-13 years ago ICT industry in Malaysia was next to nothing and not as what it is today, i personally don’t even know what MDeC is till the day they hired me 🙂 actually 6 months after they hired me… we’re told to build the next silicon valley here in ASIA while most of still wondering what is ICT in the first place. We’re still in the process of learning and making mistake. But please don’t judge us by those few who tried to make a little bit here and there. There are many of us here who actually care and who actually want to make that change for the benefit of the industry. Your personal experience gives us the added advantages to see where we can’t and fix those that we don’t know of.

    But what doesn’t kill you just make you stronger right? Should that be the motto of every tech/entrepreneur? If you stop at every barrier that you face and give in what would you called yourself? Face it strong like a man/women that you’re don’t give in fight back. We may not understand but make us understand teach us it might not be for you but it maybe for those that you know.

    But none the less i would agreed that some are born to be an a** and sit as part of the committee and they themselves fail at the very beginning of what they tried to do without being professional they act as if they own the technology and in the same time close the opportunity that should have been yours in the first place. Tekong i hope the individual who shut you down can see what have you accomplish today and eat his own words..

    Ok, since this is not my blog to blog I cut off my wining which seem like a little girl already to the end. I sincerely hope you still have some faith in what we’re trying to do and I hope in whatever way you could be a part of it..

  24. Shahril Samad says:

    Sekiranye terdapat gejala rasuah seperti yang tuan nyatakan dlm vi. Sila buat aduan kepada pihak SPRM, nanti akan dibuat siasatan.

    • tekong says:

      thanks tuan shahril samad. saya bukan mangsa jadi saya tidak boleh buat aduan, dan tidak akan buat aduan kerana blogpost ini lebih kepada kesedihan saya dlm industri bukan terhad kepada rasuah, tetapi kepada kesemua berita melibatkan ICT sejak dua minggu lepas. mungkin kena minta mangsa (teratotech) buat aduan.

  25. Vernon says:

    Fuyoh. Hujah-hujah cukup bernas, bang Nazri. Syabas kepada Reza + Terato sebab berani membuat pendirian. Cool stuff!

  26. Akmal Fikri says:

    Just read this article and the Malaysian Insider opinion. Good work, spread the word guys!

  27. TeratoMan says:

    Apapun yg kita buat dan cuba capai dlm industri ni, jgnla kita bersikap,’baling bantu, sembunyi tangan’. Industri kita secara relatif masih kecil dan kalau kita bersikap demikian tanpa fakta dan hanya bersandarkan khabar2 angin, ia bakal jejaskan reputasi anda dan tentunya tidak baik dlm persekitaran yg memerlukan ‘networking’ yg baik antara kita.

  28. Kidino says:

    Aku pernah apply pre-seed. So sedikit sebanyak tau kesedihan korang. Selain daripada tu aku ada masa Azizi Khalid cerita pasal projek dia … mungkin agak bahaya nak disclose sebab melibat hi-profile.

    Dan sekarang cerita Terato… dan email 1Malaysia.

    Sedih… sedangkan daftar pengundi pun derang bleh spam, dan kerajaan Malaysia terang2an pernah spam rakyat dengan dengan email/SMS New Year (ke Chinese New Year)… apa lagi bila database tu mereka pegang sendiri. Macam2 lagi derang boleh buat.

    Aku risau je nanti derang buat kalau nak renew IC kena register email dulu… then notification pasal JPN hanya dalam email (kalau buat macam ni memang giler bodoh!). Tapi tak tahulah nak dapatkan 100% KPI dia. Macam manalah atuk nenek, pakcik, makcik kita sok tu, nak tekan handphone pun terkial. Macam mana nak ketuk keyboard.

    Aku aku nak menyatakan yang aku setuju dengan hakikat ni di dalam Malaysia. Kadang aku tengok dan pikir, kenapa takde company Malaysia yang hebat2, setanding Silicon Valley? Tapi bila tengok balik, kalau ada company yang hebat2 dari Malaysia, tak heranlah derang maju TANPA bantuan MDEC/SKMM, etc…

    Mungkin yang maju dengan MDEC/SKMM ni company2 yang makan projek kerajaan je balik dan kroni-kroni mereka. Bunyi macam kasar, tapi to some extent aku yakin ada benarnya.

    Tengok aje web2 kerajaan, bandingkan dengan web2 kerajaan Australia. Sana memang derang pilih agensi/syarikat yang betul2 boleh deliver dan memikirkan kebaikan web untuk agensi. Kat sini ni, kadang aku rasa derang ni main pilih siapa yang boleh bagi “balik” lebih…

    Banyak sangat dengar cerita2 tak best macam ni di Malaysia. Ada yang buat event kononnya value RM4mil tapi rupa2nya RM2mil kena return balik kat proxy. Organizer pulak kena buat bogus accounting nak cover RM2mil yang *poof* …

    Melihatkan keadaan ni, rasanya tak heran jugalah Malaysia ni ada masalah brain-drainage. Lepas tu nak tarik balik pakar dengan bagi tax relief, etc, walhal isu-isu sebenarnya seperti injustice, kronisme, rasuah tidak diselesaikan.

    Banyak example tapi yang aku teringat teknologi USB yang dihasilkan anak Malaysia, patennya milik syarikat Taiwan, dll.

    Sebenarnya masalah rasuah di kalangan pegawai kerajaan dah kronik. Tanya ajelah mana2 kontraktor/vendor PBT, derang akan cerita. Nak suruh review/inspection, mesti ada habuan. Kalau tak memang dia susahkan ko, dll…

    Hmm … entahlah … aku pun dah merepek ni. Aku doakan terbaik untuk korang. Dimurahkan rezeki, dan dijauhi sumber2 yang haram. Dan untuk aku jugak…

  29. Seriyes aku nak nangis baca komen2 korang. 😐 malas nak komen panjang2 mata dah kelat. tp sebagai org baru aku rasa seram sejuk la jugak 😐

  30. uncle selera says:

    betul3…………….malaysia boleh…rakyat buat x boleh..kerajaan buat semua boleh..

  31. mahaz says:

    Bukan suatu benda baru. Rakan saya telah berhijrah ke NZ beberapa tahun lepas kerana kes yang hampir sama di sebuah agensi. Hantar offer tender paling murah kena reject – reject sebab dia tak nak double the amount. Senang cerita proposal RM 1 juta suruh tukar jadi RM 2 juta. Orang lain mintak kurang, dorang nih mintak naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *