Hari sedih buat industri ICT Malaysia

Bermula dua minggu lepas, komuniti ICT tanah air dikejutkan dengan beberapa berita. Dan sebab biasanya berita ini semua dalam bahasa inggeris *(refer update diakhir blogpost), biarlah aku menulis blogpost dalam bahasa melayu, mungkin lagi ramai boleh faham situasi web industri kita.

Sebab terdapat beberapa berita, jadi biar saya mulakan satu persatu, dengan Terato Tech. Saya syorkan sebelum anda baca, didihkanlah air kopi panas dan belilah makanan rapu untuk menikmati blog post ini sebab ianya sangat panjang, layak dibuat satu filem indie.

1. Terato Tech VS MCMC

Gambar diatas mungkin kecil tapi jikalau diklik, apa yang anda boleh baca adalah seperti berikut. Ia adalah surat mengenai NCDG – Network Content Development Grant. Geran untuk membangunkan content/kandungan yang akan digunakan dalam rangkaian/network berbeza. Geran ini adalah kerjasama dari MCMC bersama-sama ASTRO, kesemua telco dan juga Jaring yang mana content tersebut akan diedarkan dalam kesemua rangkaian ini. Berbalik kepada surat-

  1. Terato Tech bukan grantpreneur= Grantpreneur adalah golongan yang sentiasa bergantung kepada funding/ grant/geran dari kerajaan dan kebiasaannya golongan ini tidak memanfaatkan sebaik mungkin geran tersebut. Terato Tech bukannya syarikat yang menerima geran dan menyuruh orang lain buat macam kebiasaan grantpreneur. Read more…
02
May 2011
POSTED BY
POSTED IN Artikel Issues WISIWYG
DISCUSSION 54 Comments
TAGS