Jaga perempuan macam jaga kereta?

Alhamdulillah, dah genap 3 bulan aku menjadi suami. Tidak dinafikan banyak kejutan budaya bila bergelar suami ni. Antaranya

  • aku takleh tido lambat
  • aku takleh berjaga buat kerja
  • aku kena habiskan semua kerja sebelum balik rumah
  • kurang masa main game
  • nak keluar mana-mana takleh pakai baju compang camping seluar senteng
  • tapi yang besnya lagi banyak la kalau nak tulis penuh so aku simplify – murah rezeki 🙂

Ah itu mukadimah je. jadi berbalik kepada tajuk blog, kenapa aku cakap camtu?

Tips memilih lelaki dari mak Syia

So dalam dua tahun lepas aku chat ngan Syia. Dia share ngan aku, mak dia pesan kat dia ada dua perkara yang perlu diperhatikan kalau nak pilih seorang suami

  1. Tengok bagaimana dia bergaul dengan budak-budak/bayi
  2. Tengok bagaimana dia menjaga keretanya / kenderaannya

So dia sambung lah terangkan semua point tu. Mak dia cakap, kita tengok lelaki tu bergaul dengan budak-budak lain so kita boleh tahu macam mana dia akan layan anak kita. Macam mana dia akan manjakan anak kita. Macam tulah. Bagi aku point ni straight forward.

Tapi bila part kereta tu aku heran. Syia sambunglah cakap mak dia cakap suruh tengok lelaki tu jaga kereta dia macam mana. Cuci dia macam mana. Tahap kilat macam mana. Selalu rosak atau tak? Ada calar, kemek, apa dia akan buat. Basically memiliki kereta memerlukan belanjawan yang tinggi, dan penjagaan yang rapi. Kalau kereta dia takboleh nak jaga, macam mana dia nak jaga bini?

Terpana gak la aku.

Khutbah kahwin Syawal

So ada dalam beberapa minggu lepas aku pergi majlis nikah Syawal kat Ipoh. Terkejutnya aku, kadi tu pun cakap pasal kereta gak. Exact ayat aku memang dah lupa tapi aku memang ingat point nya so aku karang balik dalam bentuk perenggan kat bawah ni ditambah sedikit ayat aku sendiri yang mana aku yakin tidak mengubah maksud tok kadi tersebut

kita ni laki-laki, jaga isteri ni macam jaga kereta. kalau kereta tak jaga tak sampai kita ke destinasi. kalau tuan-tuan tak check anginnya, check minyak engine nya, ganti apa yang patut, maintain apa yang patut, mustahil tuan boleh sampai kesini, ke destinasi yang dituju. samalah macam isteri kita. kena jaga makan pakainya, hatinya, emosinya, nafkah zahir dan batinnya, barulah boleh sampai destinasi yang kita tuju, syurga. dan bila sebut nafkah batin bukan pasal seks. seks tu anggota zahir, anggota yang boleh kita nampak. nafkah batin tu ilmu. (pendapat aku nafkah batin juga emosi/kasih sayang). perlu dipenuhi nafkah batin mereka.

Aku rasa memang benar apa yang tok kadi tu cakap. Bukanlah aku me-materialize-kan perempuan. Tak! Ini hanyalah analogi.

Jadi buat lelaki diluar sana, harap dapat mengambil iktibar  🙂

P/S: Sebab mak syia ngan tok kadi ada di perak, dan mungkin asal orang perak, analogi ini memang kuat ke dikalangan orang perak ? :p

P P/S: Kalau lelaki tu ada banyak kereta / ada kereta dan motor: boleh tengok kebolehan mereka berpoligami ke dengan analogi sebegitu ? :p :p

26
Feb 2011
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 13 Comments
TAGS