Pendapat aku pasal Valentine yang lepas

Valentine lepas kecoh satu negara. Sebelum ni tak kecoh pun macam tu.

Kecoh sebab Ustazah Bahiyah mengatakan

“Maksiat, disko, ‘couple-couple’, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.”

Wahai pembaca blog aku yang muslim, aku nak tanya korang sikit la kan.

“kalau orang panggil korang ni terrorist, kaki bom sana bom sini korang marah tak ?”

“kalau orang panggil agama islam menindas perempuan marah tak ? (dengan kes poligami yang tak adil )”

Mesti jawapan korang

“Kita jangan menyamakan agama dengan penganutnya.”

kalau korang cakap macam tu, aku rasa bullshit gila babi. Kalau korang setuju dengan statement Ustazah Bahiyah tu, korang sama je macam orang yang mengatakan islam itu kolot, islam menindas perempuan dan semua orang islam adalah terrorist

Manusia diciptakan berbeza

Ini bukan promosi lagu terbaru Demascus, tapi dalam memahami konsep ‘kita diciptakan berbeza agama, pendapat, pemikiran’ dan sebagainya, perlu ada toleransi. Tapi bukan setakat toleransi biasa malah memahami sedalam-dalamnya. Kes atas ni sebenarnya sama je dengan kita yang acapkali mempunyai pandangan serong terhadap orang lain.

Boleh tak bayangkan, ada sekali tu aku sedang menolong kenduri-kendara, kemudian member aku cakap

Apsal kawan kepada member kita ni (yg berkahwin) rambut macam ni (rambut macam artis rambut panjang gila) tak senonoh betul

Tinggi sangat ke tahap kita nak mengadili orang. Putar sikit ayat tadi

TINGGI SANGAT KE ILMU KITA NAK MENGADILI ORANG/KAUM LAIN?

Jangan kita rasa kita cukup alim, kita cukup ustaz, kita cukup ustazah, kita rasa kebaikan itu hanya milik kita dan jahat itu confirm milik orang lain. Nauzubillah bunyi macam dah riak rasanya kalau cakap orang lain confirm masuk neraka.

Perilaku jahat bukan amalan agama

Rasanya setiap agama mengesyorkan untuk melakukan yang terbaik. Ada ke agama yang menghalal/membenarkan kita mencuri, berzina/adultery. Setiap perilaku jahat itu adalah perbuatan orang itu sendiri. Aku pun ada banyak dosa. Kecik2 pun ada curi-curi, kutuk maki sana sini. tapi adakah perbuatan curi/kutuk maki sana sini aku tu tradisi agama islam?

bukan sama sekali

Orang yang rempit di jalan raya, meh la mengaku, ramainya orang melayu yang dalam perundangannya adalah Islam. So kita boleh kata gak

“Tradisi merempit, bawak anak dara kehulu kehilir atas motor ni tradisi Islam”

BUTTHURT TAK MUSLIM KALAU KORANG DENGAR MACAM TU??

Sekali lagi dinyatakan, perilaku jahat ni bukan amalan agama. Penceramah agama pun selalu cakap

Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri

Maksudnya, apa sahaja yang penceramah itu salah cakap, adalah kelemahan dia. Jadi tradisi disko, coupling, bersunyian bukan kelemahan atau tradisi agama tertentu, sebaliknya adalah kelemahan penganutnya. Sebab perilaku jahat/kelemahan bukannya disyorkan oleh mana-mana agama.

Pendapat peribadi

Bagi aku, aku sokong perbuatan Jabatan Agama/ PAS untuk menjadi moral police sedikit sebanyak mungkin mengurangkan dating dan potensi seks luar nikah yang mungkin berlaku. Itu pun sebab diorang buat tangkapan kat hotel semua. Tapi, masih rasa kelakar bila disamakan Hari Valentine tu dengan sejarah yang mungkin bersifat kebetulan. Sebab kalau macam tu, baik sahaja kita/ islam, haramkan penggunaan nama nama bulan sekarang. nama Januari tu bukan nama dewa Yunani ke ? Kita ikut kalender gregorian ni ikut tradisi non-muslim ni so macam mana?

Dan bagi aku, kalau aku lah ustazah bahiyah, aku minta maaf sebab kesalahan penggunaan kata. Bila minta maaf atas penggunaan kata, bukan bermaksud kita menyokong valentine tu. tetapi sekadar mengakui kesilapan kita yang senang menghukumi orang. Manusia dah namanya insan (bahasa arab) yang bermaksud  pelupa.

Dan kita juga patutnya selalu menekankan kepada Non-Muslim yang undang2 islam hanya untuk orang islam je. Diorang (non-muslim) nak buat apa itu hak diorang. Dan kalau diorang nak buat apa apa, kita kena ingat, itu bukan tradisi agama diorang. Itu hanyalah diorang.

Wallahualam = Allah Maha Mengetahui

P/S: patutla aku tak jadi ustaz. kata-kata aku main lepas. ada hikmahnya aku tak sambung sekolah agama masuk sekolah sains

P P/S: Bacaan lanjut – Islamic paranoia about Valentine’s Day

16
Feb 2011
POSTED BY
POSTED IN Islam Issues WISIWYG
DISCUSSION 12 Comments
TAGS

12 Responses to : Pendapat aku pasal Valentine yang lepas

  1. Kassim says:

    setuju. manusia ni senang sgt nk judge orang. especially bile dier rase dier ade ilmu skit. Allah s.w.t. bg ilmu bukan utk kite riak, tp utk digunakan ke arah kebaikan. InsyaAllah

  2. Salleh says:

    Good writing tekong!
    Tapi bagus juga kecoh, tv pun kurang iklan valentine katanya…

  3. Faizal says:

    Bro, aku tak kisah sgt org bukan Islam nak kutuk JAKIM, PAS. Kutuklah mcm mana pun, hinalah mcm mana pun takkan kena tangkap. Yg aku tak boleh terima bila org Islam sendiri yg hina org yang anti-Valentine.

    Menunjukkan kasih syg tak salah tp kenapa hari Valentine? Byk hari lain lg. Kalaupun org Kristian nafikan Valentine tiada dlm agama pun ttp ini budaya org bukan Islam.

    Sama mcm Maulidur Rasul, tiada dalam Quran ttp diraikan org Islam. Pengisiannya ke arah kebaikan berbanding Valentine pengisiannya byk yang menjurus ke arah kejahatan.

    Aku pun jahat jugak, tp bila ada ilmu sikit2, ada pegangan sikit2 eloklah disampaikan.

    • tekong says:

      aku tak rasa aku anti kepada anti-Valentine. Tapi aku anti kepada mereka yang menghukum orang lain. aku rasa kalau mintak maaf atas penggunaan ucapan mengutuk agama lain, tidak semestinya ktia menyokong valentine tu.

  4. Pembaca says:

    Ape yg ustazah tu cakap betul. Kristian. ‘menghalalkan’ ape yang ustazah tu listkan. Kristian menghalalkan arak, sehingga arak adalah benda wajib dalam sesuatu upacara derang, cthnye baptism. bagi mereka, berasmara tanpa ikatan adalah perkara mulia. Sesungguhnya ini semua bertentangan dengan ajaran Islam. Perlu diingatkan bahawa ‘target audience’ ustazah tu adalah umat Islam, especially yang dah lalai, yang sanggup mempertahankan agama lain walaupun tak nampak mcm defend, dan yang sekaum dengannya. Dia tidak melemparkan dengan kutukan, apatah lagi tohmahan atau maklumat palsu. Dia menekankan bahawa kita sebagai umat Islam yang sembah Allah dan Allah sahaja, tidak boleh sama sekali mengikuti dan menyokong amalan yang bertentangan dengan Islam. so why bother? why support? Even the next day adalah hari memperingati Nabi junjungan kita tapi sepatah haram pun tak nampak sambutan. sume sibuk nak defend V day. mane lagi penting? ustazah tu ckp camtu dgn niat menyampai, memperjuangkan agama Allah, dah dapat pahala, yg korang kutuk2 sbb die “kononnye” hina kristian korang dapat dosa, tahniah!

    • tekong says:

      baptism pakai arak ke? tak tau lak.
      berasmara tanpa ikatan perkara mulia? tak tau lak
      ada aku state aku support valentine? – tak. sebab aku sokong aktiviti JAIS JAKIM

      Apa yang aku mahu, aku tak nak ustazah tu buat statement macam non-muslim yang menuduh orang islam semuanya terrorist. itu saja.

  5. Pembaca says:

    ape beza rokok dgn v-day? bile rokok diharamkan korang setuju plak kan… v-day mmg patut diharamkan sambutannye oleh umat islam, disebabkan isi kandungannye yg boleh membawa kpd kemungkaran dan kesesatan umat islam. tanye la sume org, even orang kafir.. v-day now is all about love and sex.. majoriti ppl making out on v-day.. kalau ko la, yg excited nak sambut v-day dgn girlfriend, ape yg ko plan? chocolate n roses, candle light dinner with champagne, and then sex! that is v-day! hotels are fully booked, fancy restaurants are fully booked, even roadside gerai are also full with couples!

    ustazah tu nak memperjuangkan Islam, die tak bagi false facts, sume sejarah yg die cakap tu betul.. dalam Islam, sume yg die cakap tu mmglah bernama maksiat.. dan maksiat2 yang die cakap tu mmg cara hidup “MASYARAKAT” yang beragama kristian. kristian mmg menghalalkan arak, segala jenis zina, joget2 tu.. bagi derang perkara biasa… tapi bagi Islam bende tu HARAM dan MAKSIAT.. kite je tanak terima hakikat.. igt joget2, nari2, tak tutup aurat dalam akademi fantasia tu halal ke? kite je dah ditutupi dgn hasutan2 syaitan..

    sama jugak kes pakai tudung… ade pulak kononnye “tak semestinya tak pakai tudung tu jahat”.. Menutup aurat tu WAJIB bagi semua orang termasuklah lelaki.. kalau rambut si perempuan tu terdedah, tak kire la die baik ke, semayang 5 waktu tak tinggal campur smyg sunat, baca Quran, ape2 lagi, tetap dapat dosa tak pakai tudung dan rambut die tetap dibakar di neraka nanti. itu janji Allah.

    • tekong says:

      salah. semua sejarah dia salah. dan kristian mana ada halalkan arak apa tu semua. aku takde masalah la ngan nak haramkan valentine.

      aku ada masalah dengan statement ustazah. ustazah tu memang best. ustazah tu pun ada buat silap. tak boleh terima hakikat ustazah pun boleh silap?

  6. trololololo says:

    harap title saja “ustazah”, berdakwah tarak hikmah jugak.

    Tapi tengok kita nih memang ada “nazi” punya mentaliti. Kita je awesome, the rest boleh mampus. Kita lah “ubermenschen”, yang lain “untermenschen”

  7. SaadahS says:

    Quote from atas tuh..
    “inilah tradisi bagi MASYARAKAT yang beragama Kristian.”

    Maksudnya Ustazah tidaklah menyamakan perilaku jahat tuh dengan Agama tersebut..Tp dia menyamakannya dengan masyarakat/pelaku2 yang beragama Kristian itu (penganutnya). Dan bukankah ini yang diseru dalam penulisan kau ni? Aku cam konfius sikit bila tgk pada ayat yang digunakan oleh ustazah, dan perbincangan yang kau timbulkan, mcam tak nampak salah pun. Ntah la..

    • tekong says:

      kalau ada non-muslim cakap kat saadah

      ‘ tradisi bom mengebom adalah tradisi masyarakat beragama islam ya’

      so kita jangan sakit hati ya.

      Kita takboleh mengandaikan masyarakat lain boleh faham maksud kita.

  8. pendapat saya says:

    memang barat selama ni cakap org islam byk terorist, bom orang sana sini. tapi diorang tak kata itu tradisi orang islam (bukan hari sambutan perayaan pun). semua orang faham tu. tapi valentine day ni memang hari sambutan org beragama kristian, bukan agama islam, buddha ke, hindu ke.

    memang org islam tak boleh sambut valentine day sama macam org islam tak boleh sambut tahipusam pasal dah bercanggah dari segi amalannya. tapi kalau tahun baru cina org islam kongsi raya jadi boleh (org tak kecoh) pasal selagi tak bercanggah dengan islam, datang jemputan makan2 je, tapi kalau ade benda syrik conform kene ban jugak.

    kene faham tradisi dengan sambutan hari perayaan. valentine memang tradisi / sambutan orang kristian pada 14 feb. bukan sambutan org islam atau buddha/hindu ke. memang tak salah ustazah. memang kristian bagi minum arak (walaupun ada yang orthodok kristian / yahudi tak bagi minum arak, seks dan segala bagai) islam memang tak bagi minum arak tak kira tradisi aper pun termasuklah kongsi raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *