Pendapat aku pasal Valentine yang lepas

Valentine lepas kecoh satu negara. Sebelum ni tak kecoh pun macam tu.

Kecoh sebab Ustazah Bahiyah mengatakan

“Maksiat, disko, ‘couple-couple’, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.”

Wahai pembaca blog aku yang muslim, aku nak tanya korang sikit la kan.

“kalau orang panggil korang ni terrorist, kaki bom sana bom sini korang marah tak ?”

“kalau orang panggil agama islam menindas perempuan marah tak ? (dengan kes poligami yang tak adil )”

Mesti jawapan korang

“Kita jangan menyamakan agama dengan penganutnya.”

kalau korang cakap macam tu, aku rasa bullshit gila babi. Kalau korang setuju dengan statement Ustazah Bahiyah tu, korang sama je macam orang yang mengatakan islam itu kolot, islam menindas perempuan dan semua orang islam adalah terrorist

Manusia diciptakan berbeza

Ini bukan promosi lagu terbaru Demascus, tapi dalam memahami konsep ‘kita diciptakan berbeza agama, pendapat, pemikiran’ dan sebagainya, perlu ada toleransi. Tapi bukan setakat toleransi biasa malah memahami sedalam-dalamnya. Kes atas ni sebenarnya sama je dengan kita yang acapkali mempunyai pandangan serong terhadap orang lain.

Boleh tak bayangkan, ada sekali tu aku sedang menolong kenduri-kendara, kemudian member aku cakap

Apsal kawan kepada member kita ni (yg berkahwin) rambut macam ni (rambut macam artis rambut panjang gila) tak senonoh betul

Tinggi sangat ke tahap kita nak mengadili orang. Putar sikit ayat tadi

TINGGI SANGAT KE ILMU KITA NAK MENGADILI ORANG/KAUM LAIN?

Jangan kita rasa kita cukup alim, kita cukup ustaz, kita cukup ustazah, kita rasa kebaikan itu hanya milik kita dan jahat itu confirm milik orang lain. Nauzubillah bunyi macam dah riak rasanya kalau cakap orang lain confirm masuk neraka.

Perilaku jahat bukan amalan agama

Rasanya setiap agama mengesyorkan untuk melakukan yang terbaik. Ada ke agama yang menghalal/membenarkan kita mencuri, berzina/adultery. Setiap perilaku jahat itu adalah perbuatan orang itu sendiri. Aku pun ada banyak dosa. Kecik2 pun ada curi-curi, kutuk maki sana sini. tapi adakah perbuatan curi/kutuk maki sana sini aku tu tradisi agama islam?

bukan sama sekali

Orang yang rempit di jalan raya, meh la mengaku, ramainya orang melayu yang dalam perundangannya adalah Islam. So kita boleh kata gak

“Tradisi merempit, bawak anak dara kehulu kehilir atas motor ni tradisi Islam”

BUTTHURT TAK MUSLIM KALAU KORANG DENGAR MACAM TU??

Sekali lagi dinyatakan, perilaku jahat ni bukan amalan agama. Penceramah agama pun selalu cakap

Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri

Maksudnya, apa sahaja yang penceramah itu salah cakap, adalah kelemahan dia. Jadi tradisi disko, coupling, bersunyian bukan kelemahan atau tradisi agama tertentu, sebaliknya adalah kelemahan penganutnya. Sebab perilaku jahat/kelemahan bukannya disyorkan oleh mana-mana agama.

Pendapat peribadi

Bagi aku, aku sokong perbuatan Jabatan Agama/ PAS untuk menjadi moral police sedikit sebanyak mungkin mengurangkan dating dan potensi seks luar nikah yang mungkin berlaku. Itu pun sebab diorang buat tangkapan kat hotel semua. Tapi, masih rasa kelakar bila disamakan Hari Valentine tu dengan sejarah yang mungkin bersifat kebetulan. Sebab kalau macam tu, baik sahaja kita/ islam, haramkan penggunaan nama nama bulan sekarang. nama Januari tu bukan nama dewa Yunani ke ? Kita ikut kalender gregorian ni ikut tradisi non-muslim ni so macam mana?

Dan bagi aku, kalau aku lah ustazah bahiyah, aku minta maaf sebab kesalahan penggunaan kata. Bila minta maaf atas penggunaan kata, bukan bermaksud kita menyokong valentine tu. tetapi sekadar mengakui kesilapan kita yang senang menghukumi orang. Manusia dah namanya insan (bahasa arab) yang bermaksud  pelupa.

Dan kita juga patutnya selalu menekankan kepada Non-Muslim yang undang2 islam hanya untuk orang islam je. Diorang (non-muslim) nak buat apa itu hak diorang. Dan kalau diorang nak buat apa apa, kita kena ingat, itu bukan tradisi agama diorang. Itu hanyalah diorang.

Wallahualam = Allah Maha Mengetahui

P/S: patutla aku tak jadi ustaz. kata-kata aku main lepas. ada hikmahnya aku tak sambung sekolah agama masuk sekolah sains

P P/S: Bacaan lanjut – Islamic paranoia about Valentine’s Day

16
Feb 2011
POSTED BY
POSTED IN Islam Issues WISIWYG
DISCUSSION 12 Comments
TAGS