Khutbah Jumaat- Melayu yang senang butthurt
Masa aku menulis entri ni pukul 343 pagi. 3jam dan 43 minit sebelumnya boleh kata bunyi mercun dapat didengar seantero twitterjaya. Kenapa twitterjaya? sebab banyak betul update pasal mercun, termasuk di facebook. Aku juga terdengar sedentum dua bunyi mercun bergema kerana Tahun Baru Hokkien / Perayaan Chap Goh Meh yang diraikan.
Kes Mercun
Tapi ramai sangat yang mengutuk. Ramai yang cakap memekak malam- mengganggu malam baby tidur apa semua. Dan sebab aku tengok ramai yang memberikan komen negatif ni orang melayu lalu aku bertwit
Diorang (cina) dulu takde main sampai kuat macam ni tapi kita (melayu) tiap-tiap tahun main mercun masa bulan puasa/raya ada pernah dengar diorang komplen??
Bagi aku apalah sangat. Even letaklah aku kat jiran cina ke apa aku rasa aku boleh tahan sebab masing-masing ada hak masing2. Sekarang dia letupkan mercun kul 2 pagi, raya nanti aku bagi meriam dia takleh komplen la, sebab aku tak komplen pun dia buat.
Nampak je isu ni remeh tapi sebenarnya makin tak sedap bila ada ‘racial remarks’ yang dilontarkan.
Kes Azan
Bulan lepas satu negara kecoh bila ada peguam cina ni menghantar bantahan/ surat minta azan tak terlampau kuat. Ramai melayu butthurt. Ada sahabat dalam facebook cakap kat aku
Cina tu takkan lah tak tahu beza azan dengan bacaan quran kalau dah duduk kat situ lama. Kawan aku yang india pun tahu cara samak. Kita yang muslim leh tahan bau semua, nampak sangat cina ni sengaja
Aku membalas
Kita jangan samakan dia dengan orang lain dan jangan samakan dengan kita. Kita mungkin tahu sedikit pasal orang lain tapi untuk mengandaikan beliau tahu beza Azan dengan bacaan Quran, lagi baik kita tanya dia.
Terbukti sangkaan aku tepat. Peguam tu tak dapat beza Azan dengan bacaan Quran. Yang perlu kuat hanyalah Azan. Bacaan Quran, khutbah yang menengking-nengking itu tidak patut dikuatkan sehingga mengganggu.
Kes Gereja
Satu hari Edry tanye aku
Edry- Kau agak boleh ke tiba-tiba kat kawasan perumahan kau ada orang kristian datang menetap di taman, tak lama kemudian dia bina gereja.
Aku- err kan dia poleh pergi ke gereja lain berhampiran
Edry- Salah tu. Orang Kristian tak semestinya pergi ke gereja berhampiran. Diorang pergi ke gereja yang diorang suka/prefer. Tak mustahil satu tempat yang tiada orang kristian, tetapi ada gereja, masih berfungsi sebab akan ada orang yang dari kawasan lain datang ke gereja itu untuk mengikuti Father tersebut
Dalam kes ni, maksudnya sekiranya orang kristian memerlukan tanah untuk membina gereja, kalau pihak berkuasa tetapkan tanahnya pada satu tempat, tempat itu menjadi milik diorang dan hujah ‘ tiada orang kristian berhampiran untuk menggunakan gereja itu’ salah kerana mereka tak macam orang islam. orang islam boleh solat di mana-mana masjid, hatta diatas apa jua permukaan suci. Tetapi bagi penganut Kristian, mereka mempunyai preference/aliran (seperti Anglican/Katolik) so gereja yang berhampiran dengan mereka mungkin tidak sesuai.
Kes Vegetarian/Halal
Orang melayu kalau makan memang jaga pasal halal haram. Malah Non_muslim juga mengambil berat akan perkara berikut apabila menjamu makanan kepada rakan melayu mereka. tetapi, adakah melayu berbuat demikian kepada non-muslim apabila mengadakan majlis?
Adakah korang yang melayu ni tanya rakan-rakan korang vegetarian atau tidak? Atau korang beranggapan – takpe diorang boleh makan sayur je?
Ada jenis strict vegetarian, diorang tak makan makanan vegetarian yang dimasak dengan peralatan yang digunakan untuk haiwan. Sampai macam tu sekali. Bunyinya lebih kurang sama dengan halal kan ?
Banyak kali berlaku depan aku, rakan vegetarian terpaksa berlapar kerana tiada makanan vegetarian untuk mereka. Kadangkala malu aku memikirkannya.
Apakejadahnya butthurt ni?
Aku tengok la kan, melayu ni macam selfish pun ada. Semuanya pasal dia. Bukan setakat Azan, tapi nak bacaan quran dan khutbah dikuatkan. Bila cina tong-tong chiang ke atau bangsa lain kuat bunyinya, komplen, butthurt. Bila melayu main mercun 30 malam time bulan puasa sampai raya, orang cina main sehari dah kecoh. bila traffic jam pasal deepavali atau raya cina, pun kecoh. Ada pernah tak kita yang melayu ni, memakai topi minda bangsa lain dan berfikir:-
- apa agaknya diorang rasa bila trafik jem lepas solat jumaat
- apa agaknya diorang rasa kita main mercun 30 malam siap putus jari
- apa agaknya diorang rasa mendengar bacaan ayat quran semasa subuh seawal 5 pagi yang dikuatkan (dan tak perlu pun sebenarnya)
Kalau korang nak dilayan bagai tuan, layan orang lain secara terhormat jugak.
‘All sides can be aggressor, All sides can be victims’ – Farish Noor
Tulisan Farish Noor berkenaan racism di Malaysia ini patut dibaca. Sebabnya dalam perkara racism, semua boleh menjadi dua-dua belah pihak
- Harini kau main mercun sampai pukul 3 pagi, takpe takpe
- raya nanti aku main meriam pukul 3 pagi. tengoklah
Kalau masing-masing ada mindset untuk berbalas dendam, susahlah. tapi dalam salah satu bangsa menjadi penekan/aggressor, bangsa itu perlu sedar yang mereka juga berpotensi untuk menjadi mangsa.
- Mungkin sekarang aku tak hidangkan makanan vegetarian untuk kau. Peduli apa aku
- Tapi bila pergi ke rumah non-muslim dia hidang babi/arak ko jangan komplen lah. Dulu kau buat dia macam tu.
Key dia senang je, layan orang sebagaimana kau nak orang layan ko. Treat others the way you wanted to be treated. What you give, you get back.
rasa cukuplah setakat ni. Hampir sejam dah. Esok nak pergi Perak Sabtu ada nikah member kat sana.
Nantikan Khutbah Jumaat minggu depan. Pasal melayu gak. ini bukan troll


Key dia senang je, layan orang sebagaimana kau nak orang layan ko. Treat others the way you wanted to be treated. What you give, you get back.
i second that. about smalam, ako tak pernah kisah pon diorang main mercun semua, tapi tak puas hati sebab mercun diorang semua mahal2. haha :p
good blog n good topic +9000
Memang menarik artikel ko ni. Dan banyak poin2 ko tu betul2 tepat pada sasaran. Yang aku kurang setuju cuma pasal gereja, itu sahaja. Yang itu perlu dibina mengikut keperluan dan kesesuaian kawasan. Yang lain2 tu memang org Melayu senang sangat sensitif dan butthurt. Siege Mentality.
thx bro. ye yg bab gereja tu ada sedikit flaw dari segi keperluan kesesuaian tapi at least sekarang baru tau yang gereja lain sikit dari masjid.
lol. burthurt gila melayu sekarang. cakap pandai je lebih.
romen awek boleh. makan babi takleh. ptff.
Pingback: Tweets that mention Khutbah Jumaat- Melayu yang senang butthurt | Nazri :// Mysight -- Topsy.com
Common sense logic. Something seriously lacking among us nowadays. Good on you for writing it.
thx
aku rasa takjub tiba2 malam semalam kerana tiba2 ramai giloz main mercun kat area rumah aku. tapi tak la aku tanya diorang tengah buat apa atau kenapa tapi abaikan la. bukan selalu
melayu mmg fikir diorg je yang betul. good post
Fuck respect. It’s all about consistency. If you’re going to complain about people setting off fireworks at night, you’d better complain about people who read the Quran (or worse: play a recording of it) on loudspeakers early in the morning, or close public streets for dumb festivals or events, or parents whose children scream and scream and scream.
Double standards bother me more than lack of respect.
isn’t it the same ?
Boss Valentine tak masuk ka?
Penat la bergaduh.. Org byk komplen byk ckp, belajar nya kurang.
valentine lek lu. tengah kutip pendapat
salamu ‘alaikh.. memang adat kehidupan sekarang begitu dan begini rencahnya..bagi aku yakin mengatakan ISLAM itu agama yang terindah,terpuji seluruh lapisan alam dunia ini.maka sekiranya sekelian umat muhammad mendalami ilmu islam dari bermulanya hingga ke akhirnya dan mengamalkan ilmu itu dengan ikhlas insyaallah demi rahmat taufik dan hidayahNya,semua umat islam yang sebenar akan berakhlak mulia dan terpuji.maka dengan ikhlas itu nescaya allah membuka hijab pengasih dan penyayangNya kepada sekelian orang yang beriman,hingga kasih ia kepada tiap2 sahabat dan jiran..tidakkah tertaut hati siapa yang mengenali islam? menyelesaikan masalah dengan akal yang jitu menghukum.di manakah IMAN kiranya hati berburuk sangka..?tak perlu calarkan agama kerana diri jahil beramal.pada akhir zaman orang yang beragama umpama memegang bara api.
Not the best arguments, but I likey. You’re a decent guy (or girl, meh). But yeah, kenapa tak masuk Valentine’s Day? Ada ustazah kata haram, kata kalau sambut Valentine’s Day maknanya menyokong Kristian…
masih mengkaji
nice entry…pasal mercun tue..mula2 aku bengang gak…ingatkan budak2 kutu malam dok main…bila kuar rumah…tengok kawan berbangsa hokkien yang main…
xjadi masalah even tido aku terganggu…siap lepak2 lagi tengok depa main bunga api…agak style dan tiada laporan putus jari…hehehe
aku tulis isu ini dalam blog…tapi ada beberapa komen negatif yang muncul..adei..mmg malays kuat butthurt!!
Perayaan malam tu adalah sempena birthday Maharaja Jade. Adalah terlebih naif kalau ada yang menyangka Maharaja Jade ni taikun jual jed LOL.
100% setuju dgn ko bro! cuma part vege tu aku tak penah terpk plak. next time aku akan take note on that.
pasal mercun, aku hormat dia org. budak2 melayu kadang2 3-4 hari sebelum puasa dah dok main mercun. time CNY pon ada je budak2 melayu yg menumpang main mercun. bezanya, budak2 melayu kita ada yg tak reti guna otak. sambil jalan2/bawak moto, bakar mercun area umah orang. cina tau bakar mercun dpn rumah dia. jiran2 aku ada bakar mercun dkt jalan dalam taman. masa dia org dok main mercun, aku berhenti tepi nak bg dia org main dulu, bila dia org terperasan, dia berenti jap main sbb nak bg keta aku lalu. kalau budak melayu? lagi aku lalu dpn dia, dia baling mercun ada la (ini pernah terjadi betul2).
oh, ada ke yg komplen pasal jem masa CNY? org kita ni pantang ada cuti perayaan, sibuk gak nak guna hiway. dah guna tu paham2 je la byk keta. tak perlu kot komplen. time raya pon jem macam tu gak. tp rasanya susah nak nampak bangsa lain dalam jem waktu hari raya kat hiway tu. betul tak?
fuih mak experience ko pasal mercun tu lagi terbaik!
Dalam pape situasi pun, kite definitely kena ada ilmu yg ckup dulu b4 complaining/khutbah’ing hehehehe
dalam apa situasi pun, aku tak rasa suara aku mampu didengar. dan kalau nak tunggu ilmu cukup, ilmu takkan pernah cukup. ilmu takde had.
Ouchh ! khutbah jumaat perempuan boleh ‘dengar’ tak? ops.
Nice entri. Terfikir tapi point2 yg terlepas.
All the best !
kat oversea pompuan join solat jumaat lagi sebab ada ruang
Pasal mercun,… Negara lain mungkin main mercun secara besar-besaran setahun 2 kali kot.. New Year dan Independent’s day kot….
Di malaysia kita main mercun secara besar-besaran pada dua hari tersebut dan juga termasuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, Christmas pun kekadang ada…
seronok tinggal kat Malaysia ni
good point!
saya suka bunyi mercun. jadi tiada masalah bagi saya untuk bunyi mercun. Lagi best kalo ada bunga api, bleh layan view skali
pada malam tuh, kat umah sewa, mmg mula2 agak annoyed. trus saya post satu status kat facebook yang agak emo. but lepas tu saya cari mana-mana kawan cina saya yg online, nk tanya apa yang diraikan oleh masyarakat cina nih. bila da dapat explanation, trus saya remove post status saya sebelum tuh. bagi saya, meriah jugak la malam tuh, walau kat kawasan rumah sewa tu ada sedikit sahaja keluarga cina. huhu
wah bagusla remove. tapi ada jelaskan tak hehe. apapun satu bende yang bagus
Pingback: Isu Valentine Day! Diam-Diam Sudah lah.. | MelRomeo | Melz
btui2. kita kan 1 malysia.. dok malaysia leklok pakat leklok la xmau gaduh2 atau xpuas hati satu sama lain. agama masing2 ikut suka diorang la nk wat per. yg penting kita xlari drpd akidah sudah la.
aku rasa syok jer bunyi mercun ngan bunga api.. meriah perr..
kesemua anak2 bersekolah cina – banyak pendedahan yang baik diterima dari pihak sana tetapi kadang2 hairan kenapa ‘orang kita’ selalu pandang negatif dgn apa saja yang dibuat oleh oran cina tetapi tak ingin belajar pun sudut positif yang mereka ada.
ada yg terkejut bila diberitahu meja makan dikantik sekolah diasingkan utk keguaan pelajar islam dan non islam.
lagi pengsan terjegil biji mata bila cakap kat sjkc ada subjek pengajian agama islam dengan seorang ustazah.
dan ada yang mencebik muka bila beritahu anak2 kak jie bertandang ke rumah kawan2 cina dia..buat kerja sekolah sama2
hairan sungguh kerana setelah hidup 30-40 tahun bersama masih ada pandang2 yang tak logik mengenai bangsa sejiran yang kita bertembung hampir setiap hari.
Biasak la kak, Melayu ni kan bangsa terpilih. Yahweh pilih orang Melayu nih lebih dari bangsa lain kat dunia nih. Bangsa lain tu kita panggil GOYIM saja dan wanitanya dipanggil SHIKSA tau .
Bangsa Yahudi yang Yahweh selamatkan dari Firaun tu dan 2/3 rasul datang kat mereka pun takde keistimewaan nih. Orang Arab yang datang melalui nasab Nabi Ismail dan darinya datang Muhammad pun Islamnya tunggang langgang.
Islam kita lagi Islam dari Arab. Bahasa Arab kita lagi Arab dari orang Arab punya Bahasa Arab.
Maka dengan sebab itulah HAROM bagi kita orang Melayu bercampur dengan bangsa lain. KITA-LAH BANGSA PILIHAN YAHWEH DAN TANAH INI DIJANJIKAN YAHWEH KEPADA KITA SAHAJA!!!!!
Owh snap I forgot to put sarcasm tags along!
takpe dah tag hehe
selama ni hipokrit kot
nice ENTRY~…sangat2 sentap dah terus tepat ke hati~..
sapa yg terasa tu selamat merenung dan sila baca smpai paham~
thanks to tuan tanah~
seingat aku masa aku kecik2 arwah nenek aku duk kat kem cina. rmh kedai bapak aku kat blkgnya sume cina, kedai2 yg dekat2 pun sume cina. Tp zaman dulu2 tu x de pun aku nampak org melayu dgn cina ni racist gitu. Bila bangsa lain main merjun kitorg pun join saja nak meriahkan acara, Aku dulu kecik2 bila pesta tanglung aku pun duk dpn kedai suka tgk budak2 cina comel2 dgn tanglung. Bila gi kenduri ada bangsa lain dtg, org tua dulu mesti tanya apa yg diorg leh makan. Ni sejak m’sia makin maju ni, byk sgt ustaz/ustazah bijak pandai kuar TV makin hancus lak jdnya
ini hasilnya bila di hati kita tiada C.I.N.T.A
Jika cinta Pada Rabb, pasti kita jadi Hamba terbaek
jika cinta pada manusia, pasti kita beri layanan terbaik
Jika cinta pada makhluk lain, pasti kemakmuran tersebar
memang la melayu kena sensitif mcm 2..dh ni memang tanah melayu..kite ni tuan negara ni..diorang 2 bangsa asing..dh name pn malaysia..bukan cinasia/indiasia…paham?yg ko duk backup bangsa asing ni apehal?ko cina eh?ha…cina babi
suka aku la nak backup
kau ni malay ke non-malay? biasalah org melayu kn msti la nk yg terbaik utk tanah diorang sndiri..kau nk defend non-malay tu boleh tp jgnlah melebih2 smpai nk kutok bangsa sndiri..keturunan kau semua pon melayu jgk kan..aku tak marah kau defend diorang ni tp kau dah sgt keterlaluan..mana kau tau diorang tak complain psl kita? kita je yg tak tahu kan..kau perlu igt balik byk yg melayu dh korbankan utk bangsa lain..ok author? fikir & tapis dulu sebelum post bnda2 snsitif mcm ni
good points you have it there…. all the best
standing
standing ovation to u my man….salute this blogger….