Khutbah Jumaat- Melayu yang senang butthurt
Masa aku menulis entri ni pukul 343 pagi. 3jam dan 43 minit sebelumnya boleh kata bunyi mercun dapat didengar seantero twitterjaya. Kenapa twitterjaya? sebab banyak betul update pasal mercun, termasuk di facebook. Aku juga terdengar sedentum dua bunyi mercun bergema kerana Tahun Baru Hokkien / Perayaan Chap Goh Meh yang diraikan.
Kes Mercun
Tapi ramai sangat yang mengutuk. Ramai yang cakap memekak malam- mengganggu malam baby tidur apa semua. Dan sebab aku tengok ramai yang memberikan komen negatif ni orang melayu lalu aku bertwit
Diorang (cina) dulu takde main sampai kuat macam ni tapi kita (melayu) tiap-tiap tahun main mercun masa bulan puasa/raya ada pernah dengar diorang komplen??
Bagi aku apalah sangat. Even letaklah aku kat jiran cina ke apa aku rasa aku boleh tahan sebab masing-masing ada hak masing2. Sekarang dia letupkan mercun kul 2 pagi, raya nanti aku bagi meriam dia takleh komplen la, sebab aku tak komplen pun dia buat.
Nampak je isu ni remeh tapi sebenarnya makin tak sedap bila ada ‘racial remarks’ yang dilontarkan.
Kes Azan
Bulan lepas satu negara kecoh bila ada peguam cina ni menghantar bantahan/ surat minta azan tak terlampau kuat. Ramai melayu butthurt. Ada sahabat dalam facebook cakap kat aku
Cina tu takkan lah tak tahu beza azan dengan bacaan quran kalau dah duduk kat situ lama. Kawan aku yang india pun tahu cara samak. Kita yang muslim leh tahan bau semua, nampak sangat cina ni sengaja
Aku membalas
Kita jangan samakan dia dengan orang lain dan jangan samakan dengan kita. Kita mungkin tahu sedikit pasal orang lain tapi untuk mengandaikan beliau tahu beza Azan dengan bacaan Quran, lagi baik kita tanya dia.
Terbukti sangkaan aku tepat. Peguam tu tak dapat beza Azan dengan bacaan Quran. Yang perlu kuat hanyalah Azan. Bacaan Quran, khutbah yang menengking-nengking itu tidak patut dikuatkan sehingga mengganggu.
Kes Gereja
Satu hari Edry tanye aku
Edry- Kau agak boleh ke tiba-tiba kat kawasan perumahan kau ada orang kristian datang menetap di taman, tak lama kemudian dia bina gereja.
Aku- err kan dia poleh pergi ke gereja lain berhampiran
Edry- Salah tu. Orang Kristian tak semestinya pergi ke gereja berhampiran. Diorang pergi ke gereja yang diorang suka/prefer. Tak mustahil satu tempat yang tiada orang kristian, tetapi ada gereja, masih berfungsi sebab akan ada orang yang dari kawasan lain datang ke gereja itu untuk mengikuti Father tersebut
Dalam kes ni, maksudnya sekiranya orang kristian memerlukan tanah untuk membina gereja, kalau pihak berkuasa tetapkan tanahnya pada satu tempat, tempat itu menjadi milik diorang dan hujah ‘ tiada orang kristian berhampiran untuk menggunakan gereja itu’ salah kerana mereka tak macam orang islam. orang islam boleh solat di mana-mana masjid, hatta diatas apa jua permukaan suci. Tetapi bagi penganut Kristian, mereka mempunyai preference/aliran (seperti Anglican/Katolik) so gereja yang berhampiran dengan mereka mungkin tidak sesuai.
Kes Vegetarian/Halal
Orang melayu kalau makan memang jaga pasal halal haram. Malah Non_muslim juga mengambil berat akan perkara berikut apabila menjamu makanan kepada rakan melayu mereka. tetapi, adakah melayu berbuat demikian kepada non-muslim apabila mengadakan majlis?
Adakah korang yang melayu ni tanya rakan-rakan korang vegetarian atau tidak? Atau korang beranggapan – takpe diorang boleh makan sayur je?
Ada jenis strict vegetarian, diorang tak makan makanan vegetarian yang dimasak dengan peralatan yang digunakan untuk haiwan. Sampai macam tu sekali. Bunyinya lebih kurang sama dengan halal kan ?
Banyak kali berlaku depan aku, rakan vegetarian terpaksa berlapar kerana tiada makanan vegetarian untuk mereka. Kadangkala malu aku memikirkannya.
Apakejadahnya butthurt ni?
Aku tengok la kan, melayu ni macam selfish pun ada. Semuanya pasal dia. Bukan setakat Azan, tapi nak bacaan quran dan khutbah dikuatkan. Bila cina tong-tong chiang ke atau bangsa lain kuat bunyinya, komplen, butthurt. Bila melayu main mercun 30 malam time bulan puasa sampai raya, orang cina main sehari dah kecoh. bila traffic jam pasal deepavali atau raya cina, pun kecoh. Ada pernah tak kita yang melayu ni, memakai topi minda bangsa lain dan berfikir:-
- apa agaknya diorang rasa bila trafik jem lepas solat jumaat
- apa agaknya diorang rasa kita main mercun 30 malam siap putus jari
- apa agaknya diorang rasa mendengar bacaan ayat quran semasa subuh seawal 5 pagi yang dikuatkan (dan tak perlu pun sebenarnya)
Kalau korang nak dilayan bagai tuan, layan orang lain secara terhormat jugak.
‘All sides can be aggressor, All sides can be victims’ – Farish Noor
Tulisan Farish Noor berkenaan racism di Malaysia ini patut dibaca. Sebabnya dalam perkara racism, semua boleh menjadi dua-dua belah pihak
- Harini kau main mercun sampai pukul 3 pagi, takpe takpe
- raya nanti aku main meriam pukul 3 pagi. tengoklah
Kalau masing-masing ada mindset untuk berbalas dendam, susahlah. tapi dalam salah satu bangsa menjadi penekan/aggressor, bangsa itu perlu sedar yang mereka juga berpotensi untuk menjadi mangsa.
- Mungkin sekarang aku tak hidangkan makanan vegetarian untuk kau. Peduli apa aku
- Tapi bila pergi ke rumah non-muslim dia hidang babi/arak ko jangan komplen lah. Dulu kau buat dia macam tu.
Key dia senang je, layan orang sebagaimana kau nak orang layan ko. Treat others the way you wanted to be treated. What you give, you get back.
rasa cukuplah setakat ni. Hampir sejam dah. Esok nak pergi Perak Sabtu ada nikah member kat sana.
Nantikan Khutbah Jumaat minggu depan. Pasal melayu gak. ini bukan troll

