Sushi King Halal kecuali…

Minggu lepas aku makan Sushi King. Last aku makan sushi rasanya makan kat Sakae Sushi (sushi carrefour/jusco tak kira) setahun lepas tu ramai orang cakap sushi tak halal la itu lah ini lah.

Tetapi keyakinan aku kembali untuk makan sushi bila nampak signboard ni

Basically signboard ni, dan ada signboard diatas meja, menerangkan makanan yang mengandungi alkohol so orang islam boleh membuat pilihan untuk makan sushi yang lain yang tidak mengandungi alkohol. Oleh itu mari kita lihat apakah makanan yang mempunyai kandungan alkohol

Nak makan unagi makan kat Shota Sushi/ Sushi Carrefour/Jusco la macam ni.

Aku rasa macam pernah makan ni ngan @noktahhitam ngan @roslan_nazri dahulukala

Set Saba Misoni.

Dan lagi satu Ikura. Tak sure jadah mende Ikura tu. Penat cari dalam menu tapi takde.

Tidak dinafikan ramai antara kita berbeza pendapat dalam hal berkenaan sushi ini. Juga berbeza pendapat dengan restoran high-class macam Chili’s, TGIF, Tony Roma semua. Antara tiga yang disebutkan, aku hanya pernah pergi Chili’s je. So sama jugak dalam Sushi. Blogpost aku pasal Sakae Sushi banyak je comment.

Interesting sebab bila aku bertwit, ramai gak reply. ada yang mengatakan perkara syubhah. ada yang memberikan situasi bagaimana kalau pinggan tu bercampur aduk dengan pinggan yang digunakan untuk menyediakan makanan haram? Aku pernah mengikuti kelas Xifu Nasir. Basically, benda yang terkena najis, ( selain taik, darah, arak, benda yang di-declare najis) setelah dibasuh/disucikan sehingga hilang bau, warna, rasa, sucilah ia.

Dan sekiranya pinggan yang dihidangkan babi pun, setelah dibasuh, sucilah pinggan tersebut.

Berikut adalah komentar facebook yang bernilai untuk dikongsi

Jadi rasanya, selagi mana kita mengelakkan sushi yang mengandungi alkohol, tiada masalah. Dan dalam komentar pasal Sakae Sushi sebelum ini ada yang mengatakan Chawanmushi tu ada daging babi/Pork. Tapi notis kat atas ni terang2 dah cakap takde Pork.

Jangan korang ingat Pork Free tu bersamaan dengan Percuma Babi. hahahahahah

Apapun, mari kita ambil pendapat yang dikatakan Azizi Khalid. Kalau anda berasa tidak boleh untuk anda makan, jangan mengenakan hukum yang sama keatas orang lain. Wallahualam.

UPDATE: Hadith dari Rasulullah S.A.W berkenaan perkara ini

Abi Tsa’labah al-Khusyani r.a berkata, saya bertanya kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)” Rasulullah SAW menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” [HR Abu Daud]

/– terima kasih Edry Demascus/5Forty2

Orang kita memang suka bertindak atas emosi. Kalau pasal halal haram cepat je melenting. Hadis palsu/berita palsu still main sebar2 jugak.

19
Jan 2011
POSTED BY
POSTED IN Islam Issues WISIWYG
DISCUSSION 35 Comments
TAGS

35 Responses to : Sushi King Halal kecuali…

  1. abdusfauzi says:

    thanks for the info bro! kalaulah diorang boleh terus buat semua halal. lagi senang. 🙂

  2. tekong says:

    abdus – tak sure. mungkin sebab ramai non muslim yang makan unagi tu. dalam kes ni, walaupun umat islam ramai di malaysia, sushi king punya customer lebih ramai non-muslim. So kalau banyak non-muslim yang selalu makan tu, buat apa dia penuhi kehendak kita. at the very least, diorang just notify lah kepada muslim, jangan makan makanan ini.

  3. hanisaleeya says:

    makan sushi malaysia je. buat sendiri. eh, ingat malaysia takde sushi sendiri ke? haha… cari U.M.A.I. senang je nak buat.

  4. tekong says:

    hanisa – cari UMAI??

  5. Fazreen says:

    Aku ni nama je belajar Japanese 9 tahun tapi aku memang tak makan sushi…penah gak cuba2 makan tapi cannot go la bai..sambal belacan gak sedap..

  6. Namer says:

    Dan sekiranya pinggan yang dihidangkan babi pun, setelah dibasuh, sucilah pinggan tersebut

    nk suci kne samak kn?

    • tekong says:

      apa maksud samak pada pemahaman anda? cukuplah suci bila hilang bau warna dan rasa. samak = campuran air dan tanah. sabun sudah memadai.

      Rujukan tambahan

      /— dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=638.20
      oleh itu, saya menyarankan saudara memakai pendapat ulama yang berpegang bahwasanya sabun dapat menempati tempatnya tanah walaupun pendapat ini pendapat yg marjuh (tidak diunggulkan) tapi bukan daif atau syadz. berikut ibarat dari kitab Kifayat al-Akhyar:

      وهل بقوم الصابون والأشان مقام التراب؟ فيه أقوال: أحدها نعم كما يقوم غير الحجر مقامه في الإستنجاء وكما يقوم غير الشب والقرظ في الدباغ مقامه وهذا ما صححه النووي في كتابه رؤوس المسائل والأظهر في الرافعي والروضة وشرح المهذب أنه لا يقوم لأنها طهارة متعلقة بالتراب فلا يقوم غيره مقامه كالتيمم والقول الثالث إن وجد التراب لم يقم وإلا قام، وقيل يقوم فيما يفسده التراب كالثياب دون الأواني

      Tapi pendapat ini masih kuat juga menurut pandangan saya. so dengan berpegang kepada konsep islam yang membina agama ini dengan dasar yg memudahkan, saya terus terang kita mencari kemurahan ada aturannya bukan seperti setengah orang yg menganggap islam itu mudah lalu dgn mudah juga menghalalkan sesuatu. seperti misal dalam akidah harus tegas dalam fekah kita mudahkan. tapi insya Allah pendapat yg dikemukakan dalam kitab kifayat al-Akhyar itu sudah kuat dan berdasarkan hukum.

      oleh itu selagi mereka masih pakai sabun utk membasuh pingan mangkuk, walaupun ia bercampur, maka ia suci. Ini sama dengan case kalau makan di negara non muslim seperti Pizza Hut yg memang muslim makan non meet, sedangkan makanan mereka ada babi lalu piring dibasuh bersamaan. maka suci mengikut pendapat ini.
      /—–

      • Namer says:

        merujuk pada artikel ini:
        http://www.ustaznoramin.com/2010/06/wajib-samak-apabila-sentuh-anjing-babi.html

        Samak menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk menyamak najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa samak najis anjing dan babi, kerana samak mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

        negara non-muslim bukan mcm negara Malaysia yg di-isytihar sebgai negara Islam. dan di sana juga terdapat options utk mkn mknan halal 🙂
        so, if ada options nape perlu juga ke Piza hut (di negara non-muslim). betul x? melainkan betul2 dh tiada makanan di tmpt tersebut br mungkin ke piza hut mungkin.lebih elok kalo pegi ke pasaraya, beli sayur2an dan buat sup.
        tp terpulg jg pd phman masing2 kn.tak salah nak makan kalau tanpa was2 atau ragu2.

        • tekong says:

          Pihak Jakim tiada komen mengenai perkara ini. Dan berikut adalah komen Dr Mashitah
          /– (sumber http://solehahs.blogspot.com/2009/12/samak-menggunakan-sabun-berasaskan.html )
          Pada dasarnya memang tanah yang menjadi asas untuk menyucikan najis berat ini namun dengan kemajuan yang ada, penciptaan sabun tanah memudahkan orang ramai untuk bersuci apalagi seperti saudari sendiri yang berada di luar negara, tentu sukar untuk mencari tanah sedangkan kita perlu bersuci untuk beribadah. Secara peribadi saya berpandangan adalah sah bagi saudari menggunakan sabun berkenaan apalagi di luar negara bagi tujuan bersuci kerana ianya mudah dan tidak bercanggah dengan tuntutan agama yang memudahkan umatnya.
          /–
          Wallahualam.

          • Namer says:

            terima kasih dengan ulasan terperinci tersebut.
            understood clearly now 🙂

            saudari & luar negara? eh bukan. saudara salah orang mungkin.saya namer hassan, frm bangi. bekerja di KL.

          • tekong says:

            er saudari diatas tu komen dr mashitah pada orang lain hehe

  7. Sarakay says:

    I like 😉

  8. amin says:

    Ko penah mkn tak spt yg tersenarai atas.? Hehe, aku ada org kita suka steak TGI jumaat. :)(

  9. mickie says:

    ikura tu telur ikan yg warne oren tu…so anything yg ade salmon roe di kire ikura la..

  10. Edry says:

    Abi Tsa’labah al-Khusyani r.a berkata, saya bertanya kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)” Rasulullah SAW menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” [HR Abu Daud]

    Jadi dalam hal pinggan rasanya jelas, basuh saja seperti biasa. Berkenaan sabun Taharah (sabun tanah?), bagi aku umat Islam tidak perlukan produk tersebut. Wallahua’lam.

  11. yelderin says:

    sini tak bleh ‘like’ mana2 comment yg aku suka ka?

  12. Akiko says:

    bukannya restoran jepun tak nak halalkan semua item kat menu, tapi sos yang impot dari jepun tu mengandungi rice wine etc, yg tu alkohol kan? jadi tak boleh lah escape dari sedikit kandungan alkohol dalam item tertentu yang dimasak dengan sos tersebut.

  13. ifa says:

    walaupon makanan yg laen dikatakan halal tetapi tempat penyediaan maknan halal dan haram itu adalh sama….kalau ikutkan sume makanan yang halal tu dah jadi syubhah..dibimbangi terdapat pencemaran silang diantara keduanya..

    ambil perhatian wahai saudara seislamku..
    maknan yang dimakan akan menjadi darah daging kita..
    kalau boleh jauhilah makanan yang tidak pasti akan halal atau haramnya..

    disebabkan makanan syubhah dan haram inilah yang menjadikan hati kita gelap,susah untuk menghafal dan akan mempengaruhi sifat kita..

    jika makanan tidak dijaga makin bertambah lah masalah sosial di antara umat islam hari ini..
    sama-sama kita renungkan=))

  14. Shahiran says:

    Tempat konfirm halal kan berlambak, kenapalah nak susah2 fikir nak gak makan kat sushi king. Bayangkan duit yang korang bagi diorang buat beli arak tuk masak dalam sushi haram tu. Ha’ah, kan dah kira korang terlibat sebagai pemberi duit dalam aktiviti jual beli arak diorang tu. Haram tau terlibat dalam aktiviti arak (bos ke, tukang angkut ke, pembuat ke, pembeli ke)

    • tekong says:

      apakata hujah yang sama digunapakai untuk urusan anda di 7-Eleven, di kedai non-muslim, di pekedai besar yang menjual arak macam Carrefour, Jusco, yang pada fikiran anda, akan diorang beli arak dan minum. tidakkah anda juga terlibat sebagai pemberi duit dalam aktiviti jual beli arak diorang tu?

      Haram tau terlibat dalam aktiviti arak.

    • sengal says:

      ni la dia komen tak pakai akal

  15. awg1031 says:

    nama alkohol nampak mcm baik sgt la..guna je perkataan arak, sebab dia memang guna arak utk buat masakan2 ni..

    arak adalah najis..jadi guna najis utk masak hukum dia ape? sah2 la haram..lainla kalau alkohol tu hasil semulajadi, bukan ditambah mcm ni..

    senang cite, JAKIM xpenah bagi lagi sijil HALAL..so, avoid terus la..nak lawan buat apa? setakat bagi notis mcm tu, kedai Bak Kuk Teh pun boleh kelaur notis ckp hidangan lain xmasuk babi, jemputla mkn..

  16. dila says:

    manatau ada bahan2 dalam rempah2 dia ni, pakai stok ayam yg tak disembelih… kita mana tau… kiub3 lembu yg x sembelih..

  17. Hannan says:

    tamago tu telur

  18. Hannan says:

    saya ne memang suka sangat makan sushi king..pernah kerja kat situ..dan pernah buat juga sushi-sushi tu…pernah ambil tahu tentang ingredient2 terkandung dlm sushi..sbb suka makan so kena la ambil tau…thanks for the info..ia sgt berguna…anyway, saya tetap mkn sushi tetapi hanya di sushi king sbb pengalaman saya berkerja di situ..tapi sushi yng dibuat di tpt lain saya tak pernah makan sbb tak tau cara pembuatan n ingredient yg terkandung dlm sushi-2 tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *