Isu wang hantaran di selangor

kalau korang, terutamanya lelaki bakal berkahwin dengan gadis dari selangor, sila prihatin ya..

Jadi aku yang bebaru menikah nak sambung cerita pasal isu wang hantaran. Sebab ada yang kurang pasti. Jadi aku rasa dengan ilmu yang aku ada ni rasa nak berkongsilah.

Sebelum aku berceloteh, kat sini kita tengok definisi istilah berikut

  • maskahwin- hadiah yang akan menjadi hak mutlak isteri. orang lain tak boleh mintak termasuk suami. Dalam islam mesti ada mas kahwin. Tidak semestinya wang. Sepotong ayat al-Quran pun cukup. (kawan aku nikah, maskahwin dia sepotong ayat al-Quran yang dibacakan selepas akad nikah). Maskahwin ni boleh hutang. maskahwin mungkin disebut dalam akad, dan akad mungkin berbeza mengikut kadi, tetapi basis dia sama (akan diterangkan selepas ini)
  • wang hantaran – tiada didalam islam. amalan masyarakat je.
  • hantaran – lebih kepada hadiah. tiada dalam islam. amalan masyarakat gak

Jadi sebenarnya, yang paling wajib adalah kewujudan maskahwin tu. maskahwin tak semestinya duit, terpulang kepada kemampuan suami.

So masa aku nikah, maskahwin yag ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah RM300. Aku banyak kali gak la berlatih akad nikah tapi bila nak akad, perlu ditunjukkan maskahwin nya. Kalau hutang mungkin ada surat hutang la kot. So bila nak tunjuk maskahwin, ada RM300 je dalam dulang. Tapi sebelum ni masa berbincang dengan abah isteriku, beliau dah menetapkan wang hantaran sebanyak RM10K dan itu sebelum undang2 baru JAIS dikeluarkan, aku dah bersetuju. Jadi masa akad, kadi pun menanyakan sekiranya ada wang hantaran untuk isteriku. Jadi ditunjukkan RM10K dan kadi suruh cakap – maskahwinnya RM10300 tunai – aku yang dah berlatih nak sebut 300 mengagau jugaklahhhhh.

Alhamdulillah dipermudahkan dengan sekali lafaz.

Kalau nak ikutkan, dalam akad, cukup je nak sebut ‘aku terima nikahnya’. Seingat aku rasa macam @noktahhitam ada twit adik dia jawab akad nikah – aku terima nikahnya – dah sah dah. Cuma masyarakat melayu ni yang kadang2 mengada-ngada. Kalau yang gagap memang susah lah. Ada yang siap tak bagi duduk atas bantal pengantin lagi. Oh aku pun pada haritu hampir terduduk atas bantal pengantin tapi tak tahu menahu lak ada pantang larang tersebut. in fact, statement ‘ tak bagi duduk atas bantal pengantin ‘ aku hanya dengar selepas nikah aku selesai. ROFL

Sambung balik pasal maskahwin, kalau korang nak menikah gadis2 di selangor, make sure mende ni clear cut lah. Bukan apa mana tau nnt si gadis mintak maskahwin 888 pastu mintak hantaran 11,111. tak ke mencanak bila imam suruh campur dah jadi 11,999. cuba ko sebut tengok menggagau tak. bwahahaha.

So itujelah nak share. harap penjelasan tersebut terang dan jelas :)

06
Dec 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 7 Comments
TAGS

7 Responses to : Isu wang hantaran di selangor

  1. paeh says:

    wahahaha. perenggan last tu terbaik wok!

    TQ for information… payah le pulak bila dah ada calon selangor nii… muehehe

  2. Ejon says:

    pasni nak nikah kena bwk kalkulator lak. haha

  3. Mohd Faesal says:

    Salam Ikhwan Nazri,
    Hampir terbeliak mata aku bila baca perenggan “Jadi ditunjukkan RM10K dan kadi suruh cakap – maskahwinnya RM10300 tunai ”

    Tak tau nak cakap sama ada kadi itu bangang atau memang dia nak ambik kesempatan atas perempuan.

    Pasal apa dia pi ubah2 mas kahwin dari RM300 menjadi RM10300?
    Dia bukan tak tau mas kahwin ada kaitan dengan khulu’..

    Mintak dijauhkan la…tapi ramai yang tak ambil tahu bab ni KECUALI bila ada masalah dan nak bercerai besok.

    Andai kata ada masalah, si isteri nak berpisah dan dikenakan khulu’ (tebus talak)…ini bermakna si isteri kena bayar khulu’ kepada si suami bersamaan nilai mas kahwin.

    Kalau mas kahwin RM300….dia kena bayar balik dengan kau RM300.
    Tapi sekarang kau dah lafaz mas kahwin RM10300…so besok kalau nak berpisah isteri pun kena bayar khulu’ pada kau RM10300!!

  4. tekong says:

    faesal – rasanya kadi tak bangang. kadi ikut apa yg jabatan agama perintahkan dan kadi yang dipilih jabatan agama bukan calang2. mungkin subliminal mesejnya adalah untuk mansuhkan wang hantaran. sebab wanghantaran ni pun dikenali belanja hangus. jadi dia taknak membazir kan.

    • IskandarZulkarnainShah says:

      tuh la pasal… tapi rasanya kes ni baru timbul kat negeri selangor je. dan rasanya masa ella kahwin ari tu pun, lakinya sebut hantaran+mas kahwin sekali.

  5. IskandarZulkarnainShah says:

    nih pun, baru tadi adik yg akan berkahwin bulan depan cakap, dia diberitahu tadi masa akad nikah kena sebut duit hantaran+mas kahwin sekali. tak ke macam tu, duit hantaran tu pun dah jadi mas kahwin sekali? ishhhh…

  6. Azraff Azlan says:

    Bos kalau die mntak bukti yg wang hantaran tu cam ne…klu pihak laki da bg kat pihak pompn…pastu nk tnye lg…gigil x..hahahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>