Isu wang hantaran di selangor

kalau korang, terutamanya lelaki bakal berkahwin dengan gadis dari selangor, sila prihatin ya..

Jadi aku yang bebaru menikah nak sambung cerita pasal isu wang hantaran. Sebab ada yang kurang pasti. Jadi aku rasa dengan ilmu yang aku ada ni rasa nak berkongsilah.

Sebelum aku berceloteh, kat sini kita tengok definisi istilah berikut

  • maskahwin- hadiah yang akan menjadi hak mutlak isteri. orang lain tak boleh mintak termasuk suami. Dalam islam mesti ada mas kahwin. Tidak semestinya wang. Sepotong ayat al-Quran pun cukup. (kawan aku nikah, maskahwin dia sepotong ayat al-Quran yang dibacakan selepas akad nikah). Maskahwin ni boleh hutang. maskahwin mungkin disebut dalam akad, dan akad mungkin berbeza mengikut kadi, tetapi basis dia sama (akan diterangkan selepas ini)
  • wang hantaran – tiada didalam islam. amalan masyarakat je.
  • hantaran – lebih kepada hadiah. tiada dalam islam. amalan masyarakat gak

Jadi sebenarnya, yang paling wajib adalah kewujudan maskahwin tu. maskahwin tak semestinya duit, terpulang kepada kemampuan suami.

So masa aku nikah, maskahwin yag ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah RM300. Aku banyak kali gak la berlatih akad nikah tapi bila nak akad, perlu ditunjukkan maskahwin nya. Kalau hutang mungkin ada surat hutang la kot. So bila nak tunjuk maskahwin, ada RM300 je dalam dulang. Tapi sebelum ni masa berbincang dengan abah isteriku, beliau dah menetapkan wang hantaran sebanyak RM10K dan itu sebelum undang2 baru JAIS dikeluarkan, aku dah bersetuju. Jadi masa akad, kadi pun menanyakan sekiranya ada wang hantaran untuk isteriku. Jadi ditunjukkan RM10K dan kadi suruh cakap – maskahwinnya RM10300 tunai – aku yang dah berlatih nak sebut 300 mengagau jugaklahhhhh.

Alhamdulillah dipermudahkan dengan sekali lafaz.

Kalau nak ikutkan, dalam akad, cukup je nak sebut ‘aku terima nikahnya’. Seingat aku rasa macam @noktahhitam ada twit adik dia jawab akad nikah – aku terima nikahnya – dah sah dah. Cuma masyarakat melayu ni yang kadang2 mengada-ngada. Kalau yang gagap memang susah lah. Ada yang siap tak bagi duduk atas bantal pengantin lagi. Oh aku pun pada haritu hampir terduduk atas bantal pengantin tapi tak tahu menahu lak ada pantang larang tersebut. in fact, statement ‘ tak bagi duduk atas bantal pengantin ‘ aku hanya dengar selepas nikah aku selesai. ROFL

Sambung balik pasal maskahwin, kalau korang nak menikah gadis2 di selangor, make sure mende ni clear cut lah. Bukan apa mana tau nnt si gadis mintak maskahwin 888 pastu mintak hantaran 11,111. tak ke mencanak bila imam suruh campur dah jadi 11,999. cuba ko sebut tengok menggagau tak. bwahahaha.

So itujelah nak share. harap penjelasan tersebut terang dan jelas 🙂

06
Dec 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 7 Comments
TAGS