Dari RM10 jadi RM600

Ini bukan MLM. Ini juga bukanlah produk yang dihadapan sistem MLM. Atau ini bukanlah iklan produk yang anda akan dapat diskaun bila jadi ahli dan lagi banyak diskaun sekiranya rakan anda mendapat rakan lain. Sekali lagi ini bukan MLM.

Ok ceritanya macam ini. Ini kisah benar. Kisah aku.

Alkisahnya masa pameran pengantin bulan julai/ogos lepas di midvalley, aku pergi melihat2 kalau ada persiapan yang perlu sebelum kahwin lagi 6 hari dari tarikh blogpost ini ditulis. Masa tu memang takde target nak beli apa pun sebab hampir semua perkara telah diselesaikan/ditempah. Tapi aku dan tunang aku tertarik dengan pakej promosi Facial Wash berharga RM10 untuk 15 minit.

Tunang aku tertarik dengan promosi tersebut. Aku tahu betapa wanita memerlukan kemanjaan sebegini. Jadi aku izinkan sahaja tetapi tunang aku ajak sekali siap belanja lagi RM10. Aku rasa janggal. Lelaki buat Facial? kau mahu aku diketawakan seluruh alam? tapi tunangku sayang kepada aku. Dia mahu aku kelihatan segak. Dia mahu aku kelihatan hensem dimatanya walaupun aku rasa muka aku ni banyak jerawat sebab tangan aku kalau takde di keyboard atau di butang PSP, memang di muka la jawabnya. Jadi aku ikutkan sahaja. So kitorang tempah la dan bayar promosi tersebut.

Jadi pada 10/10/10, adalah tarikh yang dipilih untuk melakukan facial tersebut. Pada tarikh tersebut ramai betul orang kahwin, merata-rata. Tapi aku tak dapat pergi sebab pada masa itu aku sudah mula sibuk dengan persiapan. Pergi sana sini memastikan semuanya berjalan lancar. Dan pada hari itu aku pergilah ke tempat tersebut. Sebelum sesi bermula, dari RM10 menjadi RM95.

RM10 itu hanya untuk seorang. Pekerja di spa tersebut menawarkan full facial course pada harga promosi = RM95. Harga asal pakej tersebut adalah RM140. banyak jugak kurang tu fikirku ketika itu. Dari RM10/15 minit menjadi RM95 / 1 setengah jam. Kami bersetuju kerana bila lagi nak cuba dan kami berdua pun first time buat facial. Selama 1 jam mukaku diurut, diletakkan basuhan, scrub, mask, steam heating, extraction, macam macam la. In fact aku terkejut bila beautician tu cakap extraction/tabiat memicit jerawat tu memang elok, cuma kalau tanpa alatan dan proses yang betul, berparut macam muka aku. patutla mak aku cakap orang dulu suka steamkan muka kat dapur, terutama masa masak nasik

selingan: tetiba rasa geli, katakanlah tiap kali kau bukak periuk masak nasi tu ko suakan muka ko.. jerawat tu masuk dlm nasi jadinya makan nasi jerawat ke? ala ala nasi kangkang? haha

Rawatan yang dilakukan memang ada memberi kesan. Aku rasa hensem sikit lepas tu. Siap esok tu student aku kat sunway cakap aku muda sikit. Ok berbalik pada cerita, selesainya facial tersebut, jurujual spa tersebut menawarkan offer lagi gempak. Dikatakannya 10 kali rawatan facial (harga asal RM140) dengan 10 kali terapi mata (harga asal RM80 berapa tah ) pada harga RM1900 je UNTUK 2 ORANG. ( RM220x 10 = RM2200 x 2 = RM4400). Siap dapat kelengkapan make up sekali (RM600). Bincang punya bincang punya bincang, dengan pengiraan belanjawan masa depan, dengar macam best la pulak sebab ikutkan dah banyak gila jimat tu dari harga asal. So aku bayar deposit RM400 walaupun hati aku berbasa-basi. Naluri aku mengatakan aku silap……. rupanya memang aku silap.

Sebulan lepas itu, iaitu harini, aku pergi dengan tunangku dengan harapan RM400 deposit yang dibayar itu dapatlah buat facial sekali lagi, dan lepastu nak cancel. Tapi, diorang meminta aku membayar 500. Kiranya aku kena penuhi bayaran aku untuk 10x rawatan. Aku merancang, tuhan menentukan. Aku kira tawaran bagus tetapi duit diperlukan ditempat lain. Lalu aku tolak dan menanyakan apa yang kami boleh dapat dengan deposit aku. Sebab aku dah spend 95×2 pada rawatan sebelum ini, aku rasa aku boleh buat macam tu lagi sekali. Tapi diorang tak kasik sebab itu deal semasa promosi. Dan kalau aku kenselkan sekarang, aku dah spend = RM140 x 2 = RM280. Jadi dari deposit aku tu, aku ada baki RM120 je.

Tapi jurujual tu pun nak menang gak, dia cakap lah aku leh bayar ansuran tapi tayah mekap. Aku pun nak menang aku cakap taknak mekap, so diorang turunkan harga dari RM1900 jadi RM1500. Aku lak cakap’ boleh tak kalau lepas ni I datang lagi 8 kali I bayar RM200 tiap2 kali datang?’

Dia kata takboleh la macam tu punya ansuran. Dia rugilah. Oleh kerana takboleh, aku decide untuk tak teruskan. Servis diorang memang bagus. Salah aku je tak mampu. So masa nak keluar tu, diorang cakap ayat punchline: Ok macam ni lah, you pun sudah datang sini nak kahwin lagi seminggu kan, you bayar RM200 jelah. Lepas tu you fikir nak sambung atau tak. Sebab you pun dah datang kan’.

Aku rasa macam Marty McFly masa tu. Are you chicken?

Sebab dah sampai pun, so bayar jelah RM200. Lepas rawatan aku rasa hensem balik dia rasa lawa. tapi kami puas dengan servis dan layanan.

Pastu masa aku drive balik, aku terfikir, dari RM10 je diorang dah dapat RM600. Malahan, kalau dikirakan harga sepatutnya RM140 x 2 sesi x 2 orang = RM560. Diorang untung RM40 walhal aku tadi aku rasa boleh je cakap aku ada baki RM120 so aku topup RM 160 je utk rawatan tadi. Cam biasa la darah muda ngan darah manis.

Tengok, dari RM10, jadi RM600

kalau nak berhujah secara rasional, kecantikan mahupun kehenseman adalah depreciation asset/aset yang makin berkurang. Menda facial, mandi bunga ni ikutkan tak perlu pun tapi sebab dari pemerhatian aku, aku lihat perkara sebegini membuatkan tunang aku happy dan yakin untuk menghadapi masa akan datang. Korang tak kenal tunang aku macam mana orangnya. Tapi benda2 sebegini membuatkan beliau yakin, lebih ceria, dari diri beliau sebelumnya jadi dalam kes ini, aku telah berbelanja terhadap appreciation asset tunangku. Hari ke hari beliau menjadi seorang yang jauh berbeza dari hari pertama aku bertemu beliau dan ibunya (hari pertama dah jumpa mak, memang FTW). Perbezaan dari baik kepada yang lebih baik.

Aku perlu menjustifikasikan blogpost ini sebab minda prejudis aku mengatakan ada orang akan cakap = “ceh tekong membazir, berlagak nak tunjuk dia mampu”. Maaf, sebab tersebut telahpun aku nyatakan diatas jadi kalau korang nak katakan aku membazir, korang bercakap dari sudut pandangan korang. Dari sudut aku, Alhamdulillah, aku beruntung :)

Apapun, aku bertanya pada tunang aku yang kelmarin selesai mandi bunga dan semua2 lah. Dia cakap facial yang dia buat tu tak bagus. Lagi bagus yang mahal ini. Memang adatlah kan. Takkan bayar murah nak servis bagus. Apapun aku rasa aku belajar something dari experience ni. Mengenai bagaimana dari RM10 boleh menjadi RM600. bagaimana umpan RM10 membawa pulangan RM600, dengan cara membawa pelanggan datang ke kedai dan mengalami pengalaman berurusniaga dengan kita.

P/S: Apapun, aku rasa servis diorang serius bagus. Sebab lepas rawatan first time, mak aku cakap jerawat aku makin kurang. Dan tunang aku compare dengan servis yang dia buat baru baru ni, dia cakap beautician yang kat kedai lain ni kasar tak lemah lembut langsung dan jauh berbeza gaya semua dari yang mahal ni.

P  P/S: Kecantikan dan kehenseman adalah depreciation asset/ aset yang sentiasa mengurang. Namun begitu, belajarlah untuk menghargai pasangan dan menjaga pasangan masing-masing. Belajarlah untuk ‘treat yourself’….

P P P/S: atau lebih kurang sama bunyinya lain ejaanya = ‘trick yourself’ :p

P P P P/S: Aku share kos ni ngan tunang aku. Aku kata kat tunang aku kita try datang bulan 3-4 2011 nanti tengok offer tu valid lagi ke tak. kalau tiap kali dtg bayar RM200 untung gak atau masih dlm lingkungan kemampuan. Sebulan kita simpan RM50, 4 bulan dapat treatment premium lagi.

20
Nov 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 7 Comments
TAGS

7 Responses to : Dari RM10 jadi RM600

  1. mat jan says:

    You nak join i nye business? barang baik punye?

  2. fiezafiez says:

    tekong..1st time wat facial ke? hehe, good2, breakthru experience..
    tapi power kan marketing and part closing deal diorang with customer..mantap giler.
    aku dlu masa masalah jerawat melanda ada gak try facial kat NYSS. Dpt free trial voucher, tp lps abis je treatment trus dia promote pakej. So masa tu mcm xpandai nk elak and rasa cam cantik lepas facial,so trus sign up n bayar. mmg mahal, harga lebih kurang pakej ko. hasil mmg superb, kulit licin sampai org tegur.
    Lepas abis pakej tu, aku try facial kat tmpt lain. rawatan dia best, dr harga promosi rm 15 jadi ke rm95 sbb jadi full facial course. Tp lps treatment, aku bergegas pulang kerana xmahu terpengaruh dgn promosi2 pakej hebat diorg tu..huhu
    Dan tempat facial aku skrg is the best. Harga asal rm250, aku leh dpt rm88/session. Mmg sgt berbaloi, sbb before treatment, kita boleh enjoy facilities spt gym, jacuzzi and steam. Rasa mcm di pampered giler mcm tuan puteri. Hasil memang sangat2 memuaskn, aku baru gi 2 kali kot, tp jerawat clear n parut pudar, muka cerah. Dan yg bestnya, kalo aku refer kawan kat tempat ni, kawan aku tersebut pun dpt harga promosi cam aku. Sbb harga promosi ni kdg ada, kdg xde. I got the best deal kat sini. Feel like being smart semasa berbelanja. Enjoy and rasa untung.. :) haha
    Sajer nak share experience

  3. IcedNyior says:

    I kadang2 malas dgn cara derang hardsell ni (ke, I yg senang tergoda utk beli?) hehe. so Kalo pegi buat treatment ke apa, bawa cukup2 je duit dlm poket. 😛

    Then again, i jarang pegi facial XD

  4. tekong says:

    mat jan – cukuplah dengan 2 bisnes yang ada sekarang ni :)

    fiezafiez – memang la first time. aku bukan metrosexual bwahahahha

    icednyior – tapi you punya skin macam takde masalah je. licin je kot. perlu ke pergi facial? or treatment you mean your hair ?

  5. Edry says:

    Siapa yang cakap Tekong membazir buat facial? Siapa? Diorang tak sedar ke Tekong memang sangat memerlukan facial (ayat ini boleh dibaca menyokong juga punchline mengutuk) Hahahaha.

  6. tekong says:

    edry – ni kalo syed masuk ni nasi tambah kaki bakar line kena tambah lagi la nampaknya hahahha

  7. yap says:

    perghhh…patut nampak muka tekong berseri2 (terbatuk2 aku sambil menaip haha haha haha )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>