Tolong aku pilih motor mana satu

Aku selama ni ada Jehuty= Honda EX5 Class. Tapi sekarang ni motor aku tu dah bagi adik aku pakai kat universiti dia. So sekarang aku pakai Kriss abah aku. Tapi, aku kahwin akhir tahun ni dan akan menyewa rumah. So tetiba terfikir

Takkanlah kalau aku nak pakai motor aku bawak motor abah aku gak kat rumah sewa aku

So rasanya tiba masanya untuk aku membeli motor pertama aku. Keyword= Beli!. Motor pertama aku adalah Jehuty sebab balik je aku dapat lesen motor, sebijik motor second hand sudah tersedia. Abah aku bagi pastu aku topup sendiri tambah box apa semua. Bila la aku nak bagi abah aku motor. Anubis yang aku pakai pun bapak aku nye gak. Huuu kalo aku kerja makan gaji mesti leh belikan hadiah utk abah aku -_-

In general, motor aku mesti

  • 2 seater. leh bawak bini
  • ada box kat belakang. untuk kemudahan stor barang
  • bakul kalau boleh pasang adalah kelebihan
  • reliable + good long distance performance. sebab aku pun sekarang merempit dari ampang ke cyberjaya. lepas ni tatau la sewa kat mana dan berulang ke ampang. mungkin aku akan tinggal kat shah alam.
  • CC target = 125-150. Lebih dari tu harga motor tu mahal
  • maintenance boleh tahan.
  • memang target pakai lama. 10 tahun ke.

So far aku ada 2 motor yang aku dah aim, satu motor yang nak tapi terpaksa reject :(

Suzuki Belang R

(gambar kredit Duniamoto.com)

Kelebihan motor suzuki Belang R ini sebab CC dia. 150. Adik aku cakap kalau gear 6 memang boleh sampai lebih 150km/j. Aku tanya member aku kaki motor dia cakap mmg berdesup. Tapi ada gak orang cakap sparepart kurang dan kalau nak jual balik rendah. tapi aku taknak jual balik. motor ni takleh pasang bakul tapi aku nak pasang box takde masalah. disc brake depan belakang memang ngam. tapi ultimate win bagi aku sebab mamat ni travel satu malaya pakai Belang R dia.

Aku memang ada harap nak kembara macam tu gak.

Yamaha 135 LC

(kredit gambar dari masterbikers.com)

Yang ni lak konfem leh pasang bakul. kekurangan dia CC rendah sikit 135 pastu orang cakap barang panas. tak lock memang hilang. dah pulak. belakang dia tak pakai disc brake. support rasa banyak sebab banyak moto dia kat market kan. aku paling tak berkenan bila orang cakap barang panas. aku nak letak mana mana pun jadi paranoid.

So far motor yang aku reject adalah Kawasaki KSR sebab single seat (bole pasang tambahan tp kecik) dan Naza GTR sebab kurang reliable. Gamabr adalah seperti berikut

Kawasaki KSR

Naza GTR

Haihla aku paling berkenan kawasaki KSR sbb dah try bawak tapi tula, bakal isteri aku mmg kecik orangnya. AKU PULAK BUNCIT GEMUK kang sempit dia duduk kalau kawasaki KSR tu ada box mcm atas tu.

So tolong aku ya buat keputusan. nak suggest pun boleh. include sekali review atau gambar dalam comment box. thanks semua!

Kalo nak, aku nak je beli Honda Police Cruiser tu. Speed sedap, cruise mantap!

03
Oct 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 16 Comments
TAGS

16 Responses to : Tolong aku pilih motor mana satu

  1. faiz says:

    motor paling tahan lasak..ex5 la tekong.. 😀
    kala ikut list… paling best
    yamaha 135 LC

  2. Amran says:

    Sbg pengguna naza gtr. Aku rasa ko x sampai pun klu reliable. Haha.

  3. bali says:

    Aku dah lama usha motor baru tapi motor Lagenda 110 aku ni elok lagi walaupun dah 6 tahun pakai.

    Antara motor yang aku usha bawah 10k selain dari yang ko tulis kat atas:

    Yamaha Nouvo 135 LC versi 2010
    http://202.76.227.240/images/68/6828434727.jpg

    Sym GTS 200
    http://farm4.static.flickr.com/3489/3255770852_1109c324ae.jpg

    Impian aku nak beli Gilera RST 200/VXR Runner tapi mahal sangat la pulak 😀
    http://img116.imageshack.us/img116/4166/runnersil02lh2.jpg
    http://img78.imageshack.us/img78/8579/runnerst200209zh8.jpg

  4. Eizil says:

    Kalau antara Belanggar (Belang R) dengan LC, aku rasa baik layan Belanggar, sebab LC macam ko cakap barang panas, dan LC keluaran sekarang, dengan LC keluaran awal2 tuh, macam ada beza banyak dari segi performance.

    Tapi kalau nak layan motor lain, tak try ke usha Honda CBR 150 atau Kawasaki ZX 150? Aku pakai kawasaki tuh, cuma kawasaki ni 2 stroke, so ada 2T segala bagai, cuma kalau nak merempit tuh syiok aa sket, dan akan dapat mengatasi sebarang masalah kebuncitan atau seumpama dengannya. 😀

    Tapi kalau nak jimat minyak, Honda CBR 150 tu lagi jimat aa berbanding ngan kawasaki… Syiok gak motor tu, maintenance pun takder aa super duper mahal, dan stakat nak layan 120-130 memang takder masalah ngan motor ni.

  5. tekong says:

    faiz – LC tahla tak naik lagi. tp tak suka la dia barang panas. motor lain pun kena carik gak tapi kalau guna motor sasaran susah gak

    amran – aku sampai lah

    bali – aku ada terfikir sym GTS tu. memang sedap la bini nak duduk. masa tu kembara satu mesia dia tak kisah.

    eizil – motorsport ada fikir tp ni at least start motor general dulu. xde la gi sarapan nak kena pergi jauh2 sbb pakai motor besar. naik moto besar pergi sarapan takat 2KM mesti orang usha nyer

  6. oDiN says:

    LC FTW ~!
    – dari programmer rempit setiap hujung minggu klang – melaka 😛

  7. speedrider says:

    Selamat membeli motosikal baru. Ikutlah hati, ikutlah poket, pasti puas hati. :)

  8. Faizal says:

    Ada lagenda baru keluarkan 115 cc kalau x silap, cun jugak, kurang sikit panasnya compare to LC.

    Weh x nak pakai RXZ second hand? Aku nk jual ni, tolong promote bleh?

  9. chidori says:

    try usha lagenda yang latest punyer. Boleh tahan lawa dan kurang panas sket.

  10. tekong says:

    odin – ohoooo nak aku satu geng ngan ko ni? tanak ah

    speedriver – ahh bes ayat

    faizal – RXZ 2T pastu mcm malas maintain ngan pencemaran bunyi :p

    chidori – baik!

  11. paeh says:

    mengikut gaya ko ala2 mat rempit. tapi gemuk sikiiit jaaa… aku suggest belang r… mmg laju woooih~

  12. pijo says:

    beli kete la bro, ko dah nak kawin takkan nak naik moto lagi…kete kecik2 pun xpe…sebab nanti kalau wife ko pregnant, bahaya kalau naik moto, moto senang terhentak2, nanti jadi macam kawan aku wife dia keguguran sebab terhentak2 naik moto langgar lubang…xnak la jadi camtu…

    sekadar pandangan dari x-schoolmate ko…apa2 pun pilihan di tangan kau

  13. KNizam says:

    adik aku kat um baru je angkat LC tuh. kaler gold bling2 some more. hehe :)

  14. Pingback: Nazri :// Mysight » Blog Archive » Meet my new Orbital Frame: Ardjet

  15. malaysia says:

    bagusan satria fu bang….klo di sana nama.ya belang r(kaytak nama kucing)

  16. malaysia says:

    hahaha…
    nama motor d.sana aneh ya bang masa nama.ya belang r kan itu nma kucing….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>