12 gambar interface twitter baru

Semua tengah kecoh pasal interface twitter yang baru kan? Hehe aku dah pakai dua hari dari hari Ahad tak silap aku. So apasal ramai sangat orang kecoh dengan hashtag #newtwitter lagi ni?

Meh aku tunjuk 11 screenshot. Aku ada sampai 15 screenshot tapi sebab takut trafik naik pastu bandwidth habis, aku kurangkan screenshot. Yang dulu bulan puasa sampai 4000 visit. Nasib baik bandwith banyak hahah.

Sebelum korang start, review ni panjang gak. Kalau bos korang marah baca blog, cakap korang tengah baca pasal User Experience/User Interface Twitter yang baru. Kalau dia cakap twitter buang masa pastu dia kerja dekat IT department, kau tumbuk dia atau kau hantar surat letak jawatan, kerja kat company lagi advance. Semua gambar ini boleh di click untuk tengok lebih jelas.

General Interface / Home Twitter

So ini paparan pemuka lepas korang login. Aku mula mula mencarik gak kat mana nak log out. rupanya log out melalui dropdown box. In general, dia terbahagi dua. Kiri adalah timeline ( timeline berdasarkan following, list, new messages ) dan panel sebelah kanan lebih kepada description. Sekiranya anda click sesuatu pada panel sebelah kiri, akan ada popup di sebelah kanan yang akan diterangkan pada gambar2 berikut. Melalui general interface ini korang boleh straight away tengok @mentions/replies, retweets, searches, ngan lists. Aku paling suka kat sini part retweet. sebab kat drop down menu dia ada—

Your Tweets, Retweeted

Dulu kalau nak tengok ni kena tengok by replies/ mentions. Sekarang senang! atau dulu nak tengok mende ni mungkin kena pakai third-party service macam Share-in.

Post Twitter Status

Bila korang click icon yang mcm note ngan pensel sebelah avatar tu, korng dapat popup macam ni. Siap boleh add location (korang kena pakai browser yang canggih macam Safari, Chrome, Firefox untuk allow Geolocation tracking ) dannnn

User-ID Autocomplete

best kan? takde la penat2 nak ingat nama orang. lagi satu sebab kita type baru 4 huruf, dia akan detect susunan huruf jugak. tu sebab type aman boleh dapat afzamadenan

Twitter Hashtag viewer

So bila korang click #hashtag, akan ada pop-out slide keluar. So kat sini aku click @sumardi nye tweet pastu jadi besar. Kemudian boleh scroll kebawah utk lihat tweet yang di-hashtagkan. Dan cuba lihat address bar tu ada tanda target. Tu tanda geolocation active.

New Twitter Conversation

Ini pulak conversation antara @blogrichie ngan @ariffshah Sekarang lagi senang nak tengok orang mengumpat tak payah click ‘in reply to; in reply to; in reply to and so on macam dulu dulu.

Embedded Bio of Multiple Mentions/Mentioned in this tweet

Lagi satu feature adalah kita dapat lihat profile bio description sesiapa yang disebutkan dalam twit tersebut. Ni kira macam kita tengok ‘siapa yang bercakap/disebutkan’, so kat situ kita dapat tengok profile @walterheck @azizikhalid ngan @simonlim88, profile speaker Webcamp Kuala Lumpur. Tu kalau click #wckl tu akan view semua hashtag berkaitan #wckl

Profile View & Embedded Picture

Yang ni lak profile view orang. Kalau korang click profile orang lain pun macam ni jugak cuma panel sebelah kanan ada lah maklumat dah berapa dia punya twit, twitter list semua. Dalam gambar diatas juga adalah bila korang nampak icon kecik kat penjuru setiap tweet aku. So ada twit ngan @iwani & @obefiend tu sebab aku ada conversation ngan derang. Kemudian ada icon gambar tu menandakan pengguna boleh click dan lihat gambar tersebut. Kat bawah gamabr tu ada @put3_anissa sebab dia pun ada sembang dan nak tahu update, so bila aku mention dia, ada dia gak. Aaah tu gambar kereta Gen2 yang kemek sebab langgar Isuzu D-Max abah aku. D-Max abah aku lak, ahhh nnt aku update post lain hari. Kami sekeluarga selamat.

Embed Video view in Twitter

Kalau korang follow aku mesti cakap aku asyik duk twit mende ni. Aaah baru tadi aku twit ni lagi sekali semata-mata nak tengok dia popup kat sebelah kiri. So macam ni la nak tengok video dalam twitter baru ni. senang kan? tak payah load youtube.

Embed Google Maps for Tweets with Location

Buat mereka yang gilakan lokasi, dan suka stalk orang punya privacy (peh pantun berirama), Embed Google Maps pada panel sebelah kanan. Tp aku heran map tu takleh besar lagi ke biarlah penuh macam gambar/video diatas. Lokasi @jasongan diatas macam ala ala Google Latitude.

Messages/DM

Ni interface untuk Messages/DM/Private Messages. Lagi organized berbanding dulu sebab conversation style. Sori @iamizuddinhelmi aku tak jumpa mesej orang lain yg tak private sangat hahah

List view

Yang ni lak last screenshot. Ini view untuk list. So ni aku nye Twitter-list untuk Barcampers panel sebelah kanan menunjukkan semua list yang aku ‘curate’. Curate, aku suka perkataan itu.

Endnote

bagi aku, aku masih guna tweetie dalam Mac aku so mcm tak berapa heran sangat fungsi-fungsi ni semua. Conversation dalam tweetie memang best. Aku tak guna Tweetdeck sebab mcm terlalu banyak. Aku guna tweetdeck time event je. Apepun, interface twitter yang baru ini sangat berguna bila korang tak dapat nak guna desktop app korang / atau korang terpaksa guna public computer. Takkan la nak install tweetdeck/twhirl kat cybercafe, pastu lupa log out ( sbb nature desktop app simpan login detail gak kan) pastu kena Tweetjacking. So bagi aku twitter new interface ni memang win! Terbukti kegunaannya semalam sebab aku takde access internet kat Sunway University, dah nama part-time lecturer kan. . So pakai pc derang, sebab aku ada #newtwitter, aku dpt bertwit ngan senang ๐Ÿ˜€

Dan tak silap aku, ini adalah interface yang pengguna iPad dapat bila load twitter app diorang. tak silap aku lah. jadi selamat enjoice pengicau sekalian!

P/S: aku panelist untukย WebCamp 8 Kuala Lumpur Rabu ni. Webcamp adalah meeting untuk web designers & programmers. Jemput datang ya. Ada juga maklumat pasal MDeC ICON Program kalau kau taknak dengar aku nye panel diskusi

P P/S: Macam mana aku leh dapat #newtwitter ? Aku cool kot? :p

28
Sep 2010
POSTED BY
DISCUSSION 17 Comments
TAGS

17 Responses to : 12 gambar interface twitter baru

  1. Khai says:

    Nice review. Aku pun dapat. ya kita cool.. hahah!

  2. Eizil says:

    Hehehe… menarik2… aku tak cukup cool lagi aa nampaknya.. wahahaa… sebab masih guna #oldtwitter tapi memang jarang guna web pun. Owhh ada WebCamp erk esok, tak sempat aa nampaknya nak menjoinkan diri. huhuhu

  3. Nice review dude ๐Ÿ˜›

    @seraphine

  4. Fahmishah says:

    dah tak pakai web twitter. pakai chromed bird.

  5. tekong says:

    khai – high five!

    eizil – aku guna desktop app lagi banyak. dia ikut sapa join dulu kot

    kevin – thx bro ๐Ÿ˜€

    fahmishah – aku guna desktop client gak.

  6. Aku punya belum update la…sigh ! cant wait

  7. tekong says:

    prakash – nnt ko punya dah siap, tangkap screenshot pakai 60D :p

  8. zulaikha says:

    nice review. daripada tak faham ape2 terus clean n clear. thanks ye.

  9. Sham Hardy says:

    kenapa nama @aman ko search? ada skandal ehh… lak leng tak tau. LOL!

  10. Fazreen says:

    aku dh guuna new twitter ni dah nak masuk 4 minggu dah. semalam aku tengok dok kecoh2 kat twitter. pasal new twitter pn ada yg nk bertengkar. tak paham betul aku

  11. Richie says:

    wow! aku kelihatan hensem di sini! haha

  12. Obefiend says:

    didn’t get it…. pasal im using opera maybe?

  13. mnarik jugak interface dia ๐Ÿ˜‰

  14. tekong says:

    zulaikha – thanks ๐Ÿ˜€

    sham – aku taip a pastu banyak. so aku saje type nama yg aku familiar laa.. kami takde skandal.

    fazreen – tula siap bertengkar hahahah. jeles kots

    richie – ko mmg slalu hensem. nasib baik ko register twitter dulu jumpa cakap takde twitter kekeke

    obefiend – opera should have me thinks. but still, you’re hell lot cooler than me

    aizuddinmanap – aah interface ala ala ipad

  15. Kujie says:

    hi….baru hari ni login guna web, baru nampak semua tu
    sbb jarang sgt login kat web

    tapi best arr…bile reply mention dia pop up

  16. tekong says:

    kujie – kalo kita kaki guna twitter client app mmg tak heran web version nye hehe

  17. chunli hiak hiak says:

    … (aku baru tau in reply to tu clickable) .. ( ‘__’ ) .. noob sungguh aku itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>