Status kesahihan Fadhilat Terawih

Alhamdulillah aku telah menunaikan Terawih pertama untuk bulan Ramadhan ini, 2010.

Tapi kepala otakku sedikit terganggu. Sedikit teguran yang telah kuberikan kepada rakan, dikatakannya aku hanya merujuk kepada blog. Aku berikan teguran mengenai fadhilat terawih. Kalau anda tak pasti, hadis berkenaan fadhilat terawih yang popular adalah seperti contoh berikut

=======

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

=========

Mesti korang pernah dengar gak kan. Aku rasa masa kecik, poster ni ada terpampang dekat surau depan rumah aku ni. aku rasa sekarang macam dah takde. aku dulu siap excited baca fadhilat2 ni semua.

(artikel ni panjang, tapi kalau boleh bacalah sehingga perenggan terakhir)

Sampailah dalam beberapa tahun ketika, keluarnya ulasan Ulama / Mufti2 negara berkenaan hadith ni sebab hadith ni dah masuk mainstream/masuk tv. Masyarakat kita ni kalau menda dah masuk tv, memang lagi senang percaya. Tokoh agama pun memang mengakui tak pernah dengar hadith sebegini mahupun menemuinya dalam ‘Himpunan Hadith Palsu’. Kalau nak tahu, hadith2 palsu pun dibukukan supaya senang umat sekarang nak check.

Yang peliknya, hadith fadhilat ni takde dalam kitab tu, maka disyaki memang hadith baru yang direka.

tapi niat kami baik. dengan hadith ini dapat menguatkan usaha muslim lain dalam beramal

Memang niat baik tapi niat tidak menghalalkan cara. Dan lagi satu, bila kita sebut hadith, ianya bermaksud kata-kata yang Rasulullah S.A.W pernah sebut. Cuba bayangkan kalau perkara yang Rasulullah tak pernah sebut, kita sebarkan. itu namanya dah berdusta atas nama Rasulullah S.A.W. Dan ini hadith berkaitan perbuatan tersebut

Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Dan teliti perkara berikut,

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu`(palsu) atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Senang cerita, sedangkan haram kita untuk berbohong atas satu sama lain, inikan pula kita berbohong menggunakan nama Rasul dan Allah. Walau untuk amalan yang baik. tiada istilah bohong sunat.

Kalau macam ni baik tak payah berkongsi hadith! kami tak semangat la macam ni

Hadith2 sahih untuk amalan di bulan Ramadhan

Mari kita teliti hadith2 berikut.

==

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

==

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. “

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

==

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu.”

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi

==

Adakah anda nampak persamaan atara hadith2 diatas? Ya. Nama imam.

Disiplin hadith

Dalam menyebarkan hadith, adalah lebih elok kita melihat kepada turutan siapa perawi (sumber) hadith. Imam Bukhari, Muslim adalah imam-imam yang banyak meriwayatkan hadith. Dalam istilah awam/layman, senang cerita, hadith2 yang tertulis seperti – Sahih Bukhori, Sahih Muslim adalah lebih terjamin untuk disebarkan kerana mereka certified true. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, boleh tanya pada mereka yang lebih mengetahui. Atau google je. mesti terjumpa sumber2 online yang sahih.

Ini adalah kerana hadith, berbanding dengan Al-Quran yang lebih mudah dirujuk, hadith turun daripada kata-kata Rasulullah, kepada sahabat, kepada sahabat, kepada sahabat, sampailah kepada imam perawi hadith yang termasyhur. Setiap turutan perawi, mahupun melalui sahabat, dilihat ketulenannya sehinggalah kepada peribadi seseorang tu.

Sedangkan kalau kita buat kajian/research, perlu ada sumber rujukan/citation terhadap apa-apa istilah yang dipinjam diambil dari sumber lain, perkara yang sama juga adalah kepada hadith Rasulullah.

Akhir kata, disebabkan tokoh2 ulama (rujukan dibawah) dan juga Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz yang tadi memberikan ceramah di MMU menyatakan yang Fadhilat Terawih adalah hadith palsu, maka lebih elok kita tidak mempercayai dan marilah menyebarkan teguran mengenai status hadith fadhilat terawih.

Wallahualam. Selamat beramal :)

Senarai sumber rujukan dan potongan ayat

(perlu baca = Mufti Terengganu), Fatwa Brunei 1999, Sistem pengurusan fatwa USIM, Fadhilat Bulan Ramadhan PMIUPM,

10
Aug 2010
POSTED BY
POSTED IN Artikel Islam Issues
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

2 Responses to : Status kesahihan Fadhilat Terawih

  1. pernah terbaca pasal isu ni satu ketika dulu. da lama da aku tak beriman dgn hadis terawih palsu ni..

  2. tekong says:

    adlan – bagusla. sekarang mari kita menyebarkan disiplin hadith supaya lebih ramai orang memahaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>