kau tengah troll aku ke?

Hmm sebab banyak tengok tetiba macam banyak apa diorang kata trolling / butthurt / atau komplen atau apa apa jelah, so rasa macam pelik. bayangkan makcik kempunan famous amos kena troll. pastu ada budak komplen puasa pun kena troll. semua nak troll. semua nak jadi moral police. aku terfikir gak sebab biasanya yang kena troll ni ahli politik. trolling ahli politik memang lagi takle blah tapi bila troll orang biasa yang sekadar meluahkan perasaan di facebook, tiba tiba nak kena jaga hati orang lain pulak

aku haritu pun nak tergelak bila @khairykj kena troll. dia komplen sikit je pasal signboard makanan besar2 mintak DBKL turunkan. pastu ada sorang dua cakap dia melampau dan samakan dia dengan ahli Pas yang radikal. bak kata @kzamri, orang malaysia ni dah hilang sensitiviti untuk melawak. aku rasa mmg khairykj melawak je dah dia twit pun bulan puasa. cuma dia HAMENO kan, so memang kena troll la.

kalau betulla orang malaysia hilang sensitiviti untuk melawak, rasanya kekalkan sahaja raja lawak dengan lawak lucah berlapik. murahan betul lawak kita ni.

Disclaimer: aku non-partisan dan aku blogger picisan

26
Aug 2010
POSTED BY
DISCUSSION 14 Comments
TAGS

Hiatus

Away from this blog because will be busy for next week to. Here let me update you few things

  1. The result for my Namakan Weddingkami aku = 1) – I already registered waniwan and no one successfully guessed it, so no one get it. The next is that with all the names given, no one come close to likings. Kreuger & zaiman noris got it near with Thisisit/thisis.weddingkami.com. At the end we decide to name our weddingkami as = its.weddingkami.com ūüėÄ
  2. Last week I’ve began my part-time at Sunway University college as Flash tutor. My 2nd employment after first. Will be working for 3 hours for 14 weeks teaching them basic of Flash including ActionScript.
  3. And since last week, I’ve teach Flash for 3 days, and this upcoming week, going to teach Flash for 4 days. While HTML5 is the next standard, Flash, from my perspective, will be reduced to what it does originally, a tool for artist, animators, graphic designers. The statement Flash is dead is overrated, as Flash will complement HTML5 later on
  4. In other words, we’ll see HTML5 ads coming soon too :)
  5. And I start code in HTML

Later. That would be all :)

21
Aug 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

Jom berbuka dengan Anak Yatim

Aku biasanya first day berbuka mesti ngan family aku.

Hari-hari lepas tu baru allocate ngan kengkawan, buffet ke, makan kat mamak ke apa semua. Atau pergi ke pasar juadah.

Tahun lepas aku pernah berbuka ngan anak-anak yatim Asrama Darul Falah kelolaan Muslim Aid Asia. Rasa best la jugak. Dapat bersembang ngan derang. Tahu sedikit sebanyak kisah derang.

So tahun ni aku nak ajak korang rasa kegembiraan tersebut. Jom berbuka ngan anak yatim. Makan simple je takde fancy2 macam dekat hotel. Tapi bayar RM50 = diorang pun akan dapat duit raya. Kalau tak berkesempatan nak datang, kita kirimkan RM30 untuk mereka.

Apa kata anda? nak join? Maklumat acara dibawah

Fast 2 Feed Episod 1
Tarikh: 21 Ogos 2010/ 11 Ramadhan 1431
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur
Kapasiti: 60 anak yatim dan miskin dari ASDAF

dan

Fast 2 Feed Episod 2
Tarikh: 27 Ogos 2010/ 17 Ramadhan 1431
Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya
Kapasiti: 70 anak yatim dan miskin dari ASDAF dan komuniti Rohingya dan Myanmar Muslim

//tengah berkira-kira nak pergi mana satu. Rasa macam nak pergi 27 Ogos punya.

Sape nak join sama dialu-alukan :)

16
Aug 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 6 Comments
TAGS

Aku ada rasa nak masuk raja lawak…

Cuma aku rasa kenkadang lawak aku susah nak faham a.k.a terlalu advance. Tak caya? Test lah kalau-kalau korang boleh gelak dengan lawak Inception berikut

PRU13
Ingat tak pada Nek Mun yang bertanding?

Ada lagi. Aku tetiba ada dlm 5 minit untuk buat lawak2 Meme sebegini

Read more…

15
Aug 2010
POSTED BY
DISCUSSION 5 Comments
TAGS

Namakan Weddingkami kitorang

Akhirnya, lagi 3 bulan nak kahwin. Cuak wei. persiapan banyak kena buat. Banyak lagi tak siap. satu mende, nama website aku. hahaha

Aku ngan tunang aku dah decide dah nama subdomain [—.weddingkami.com] dan sebab ni bulan raya, aku bermurah hati untuk buat pertandingan ini

ada dua pertandingan

  1. Teka nama yang kitorang pilih. Anda dapat RM20. Pertandingan tamat bila ada tekaan yang tepat.
  2. Cadangkan nama baru yang kitorang suka. Pertandingan tamat Ahad, 15 Ogos 2010 1159malam. Kitorang akan pilih nama terbaik, atau kalau takde langsung, kitorang tak pilih la dan takkan gunakan nama itu untuk subdomain weddingkami. Hadiah = RM30 untuk SATU NAMA SAHAJA

Cara penyertaan = komen je kat blogpost ni. Leh submit berapa banyak nama yang anda nak letak.

Selamat mencuba :)

P/S: nama tunang aku Hazwani <3

P P/S: Last call untuk promosi kad kahwin percuma Weddingkami. Gunalah dari Ogos sampai 17 oktober!

P P P/S: Saje letak bag laptop Golla. Itu hantaran tunang aku kepada dia. Saje penyeri post.

12
Aug 2010
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 29 Comments
TAGS