Etiqa yang kurang etika

Sabtu lepas ada dua kenduri kahwin yang aku pergi. Alya & Asrizal x Raihan. Dedua budak sekolah rendah & asrizal member sampai masuk samten. Asrizal nih aku nye deskmate darjah 6 dan pastu pulak dia sama ada yang first atau second yg masuk Samten sebab result SPRA cemerlang dalam sekolah aku. Yang kedua Wan Abdul Muiz. Yang ketiga aku. Bangga gak first intake tu tp besar-besar takde la cemerlang mana pun LOL. Yang alya ni aku rasa dia duduk depan asrizal. Sekolah kebangsaan lak budak sekolah aku.

Papehal pun mereka selamat bernikah hari sabtu lepas. Tahniah diucapkan. ( Alya bukan wanita didalam gambar nih. aku tak tangkap gambar dia pun hahah )

Gambar kahwin Asrizal x Raihan, tangkapan Mail, guna kamera Tokwan.

Lepas kenduri nikah Asrizal kat Saujana Impian ni, kitorang pergi la dekat Tesco berhampiran. Bub bab bub bab carik hadiah, masa balik tu leh pulak kitorang lalu kat satu dua booth. Memula ada la awek mana offer Streamyx 5MB.. Tak heran la kan sebab rumah kitorang semua nih dalam lembah jaya. Tapi takdela jaya mana sangat, streamyx aku pun baru upgrade 2MB. Nak unifi memang tunggu aku kahwin beranak 2 la kot.

Pastu ada minah nih promote insurans dia

“Bang etiqa bang, dan sakit baru nak beli insurans?”

Aku ngan tokwan yang terkena tu terus WTFish. Gila apa kau pitch customer ko macam tu. Aku rasa memang takde etika betul. Tokwan siap cakap kat aku lepas tu dia pun memang dah ada insurans dan memang kata kata etiqa tu langsung bikin panas. Fail pitch. 2 hari sebelum tu aku pun dapat call dari Prudential tapi tah mengapa aku rasa masa tu aku mmg tengah fokus + stress, aku cakap tak berminat tapi takde pulak orang yang call tu marah aku. Dia just cakap dlm english ‘I tak promote lagi you dah nak turn down dah’ tapi in the end aku lak rasa sikit gila dlm 15% rasa bersalah tak dengar apa orang tu nak cakap. Tapi kalau insurans ni aku pun dah ada 3 kot, termasuk 1 yang aku beli so memang aku tolak la.

tapi memang, aku rasa minah tu memang

1- dia kerja part time

2- memang gaya dia macam tu promote cara kasar

3- memang dia tak suka kerja dia, dan tak suka kitorang nak beli kot kot.

Bagi aku, aku rasa Prudential tu hanya cakap yang mana salah yang aku buat, iaitu aku cakap tak berminat terus belum habis dia cakap apa yang dia nak cakap, tapi yang Etiqa ni bila dia cakap future outcome bagi aku la kan dia macam menyentuh personal side sikit. Cuba kalau aku ada mak bapak aku yang sakit takde insurans pastu takde duit nak bayar dia cakap macam tu. Aku rasa memang makan selipar aku takpun kerusi booth dia.

Aku harap aku sendiri takde terlepas keluar promote macam tu untuk product-product aku. Meh sama sama amek iktibar ye.

07
Jun 2010
POSTED BY
POSTED IN Issues WISIWYG
DISCUSSION 8 Comments
TAGS

8 Responses to : Etiqa yang kurang etika

  1. asx says:

    haha , nak serang , call gua.

  2. nesca says:

    bagi dia nasi lemak sambal selipar!

  3. paeh says:

    etika ke laut~ miahaha

  4. aMyn says:

    Etiqa mmg macam tu weh, kurang ajar gile.. aku pnah keluar bank dia g hulur dpn muka aku, orang eksiden kaki putus, jari putus, dan memacam lagi, then ckp “takkan nak kene macam ni baru nak ambil insurans bang”

    wtf

  5. ikhwan nazri says:

    asx – lol apsal nak call ko mesti penah ada kes ni

    nesca – taula last week ada nasi lemak 1 malaysia :p

    paeh – etika ke laut = bawak life saving jacket :p

    amyn – wui sebijik siut. entah2 derang nye SOP mmg macam ni. stail threaten.

  6. asx says:

    pernah , kt png . lebam bijik mata mamat tuh , aku tgh makan , die slambe duduk. tau la aku mkn sorg2. pastu tarik pinggan aku. wahhh. mmg kne la ann.

  7. waNN says:

    @mok: btui2 ko post jgk ekk psal ni…ni slap2 hb ko rse bleh dpt ape2 x cm san francisco tu hehh…

    @amYn: aq ingt ktorg kne lbih dh…rupenyer ad lg kne baek nyer….

  8. ikhwan nazri says:

    asx – serious???

    wann – haha rasa takde efek sangat kot kat etiqa kita bagi feedback mcm ni. tak harap apa apa balasan pun. lgpun aku bukan customer derang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>