Kiranya aku seorang Perdana Menteri
Sekarang adalah masa kritikal buat negara
konsep 1 Malaysia diuji sehebat2nya
gereja dilempar bom masjid dilempar batu,
ada sahaja kejadian menimbulkan haru
berlarutan hingga hari sabtu,
akan aku kerahkan polis dan askar untuk turut membantu
akan aku seru supaya rakyat bertenang dan bersatu
dan aku tidak diam membatu
akan kucari penjenayah itu!
Malangnya,
aku hanyalah seorang biasa.
-(aku tulis ni)
Rakan2, dalam masa kritikal ini kita ketepikan sebentar isu Allah siapa yang punya, tetapi kita fokus pada keamanan dahulu. Agama kita tidak pernah mengajar untuk menyerang tempat beribadat agama lain. Dalam masa yang sama juga, marilah kita kuatkan iman kita dan rujuk balik al-Quran demi menghadapi zaman yang penuh fitnah ini.
Sekarang ni, jelas ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Mungkin untuk menaikkan ketegangan kaum. Mungkin mahu 13 May berlaku lagi diantara Muslim & Kristian. Atau mungkin hanya untuk menakutkan rakyat. Mungkin agenda politik, tidak kisah sama ada kerajaan atau pembangkang. Apapun, sekarang zaman fitnah, daripada memikirkan perkara diatas, perkara yang lebih baik adalah dengan memfokuskan pada keamanan. Jangan sengaja membangkitkan kemarahan sesiapa sahaja. Dan berwaspadalah untuk tempat2 yang mungkin menjadi sasaran keganasan terancang ini.
Pesanan buat muslim, kuatkan iman anda, rujuklah Al-Quran. Dan sekiranya anda mencari pencerahan, bacalah pendapat ustaz hasrizal berkenaan isu ini.
Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 



January 10th, 2010 at 10:25 pm
syair ke sajak kat atas tu…best la….
” Agama kita tidak pernah mengajar untuk menyerang tempat beribadat agama lain. ” -betul tu…kita kena hormat menghormati sesama agama.
January 11th, 2010 at 12:28 am
very the true
January 11th, 2010 at 12:36 am
syin – tu.. sajak kot. hahah main sebat je
January 11th, 2010 at 12:37 am
Ramai rakyat biasa jadi PM. Apa lak pelik…One day…n true statement
January 11th, 2010 at 6:54 am
kruel74 – hehe everyday heroes eh ?
January 13th, 2010 at 3:05 am
Ini kalau ko perdana menteri. Kalau aku, nak buat entri kalau aku yang dipertuan aaaaaa…g…0ng…
aku pelik, isu dah panas macam ni, orang no 1 negara buat2 x paham je.. tolonglah mencemar duli untuk mengeluarkan titah agar rakyat bertenang dan sebagainya..
January 15th, 2010 at 1:03 am
khai – ydp agong tunggu PM kasik statement dulu kot