Kiranya aku seorang Perdana Menteri
Sekarang adalah masa kritikal buat negara
konsep 1 Malaysia diuji sehebat2nya
gereja dilempar bom masjid dilempar batu,
ada sahaja kejadian menimbulkan haru
berlarutan hingga hari sabtu,
akan aku kerahkan polis dan askar untuk turut membantu
akan aku seru supaya rakyat bertenang dan bersatu
dan aku tidak diam membatu
akan kucari penjenayah itu!
Malangnya,
aku hanyalah seorang biasa.
-(aku tulis ni)
Rakan2, dalam masa kritikal ini kita ketepikan sebentar isu Allah siapa yang punya, tetapi kita fokus pada keamanan dahulu. Agama kita tidak pernah mengajar untuk menyerang tempat beribadat agama lain. Dalam masa yang sama juga, marilah kita kuatkan iman kita dan rujuk balik al-Quran demi menghadapi zaman yang penuh fitnah ini.
Sekarang ni, jelas ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Mungkin untuk menaikkan ketegangan kaum. Mungkin mahu 13 May berlaku lagi diantara Muslim & Kristian. Atau mungkin hanya untuk menakutkan rakyat. Mungkin agenda politik, tidak kisah sama ada kerajaan atau pembangkang. Apapun, sekarang zaman fitnah, daripada memikirkan perkara diatas, perkara yang lebih baik adalah dengan memfokuskan pada keamanan. Jangan sengaja membangkitkan kemarahan sesiapa sahaja. Dan berwaspadalah untuk tempat2 yang mungkin menjadi sasaran keganasan terancang ini.
Pesanan buat muslim, kuatkan iman anda, rujuklah Al-Quran. Dan sekiranya anda mencari pencerahan, bacalah pendapat ustaz hasrizal berkenaan isu ini.
Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 


