Berkenaan #Yorais
(Don’t worry english readers, there’s still translation below :p )
Sudah hampir seminggu dari tarikh 19 Januari, tarikh keramat oleh para pengguna twitter di Malaysia. Pada tarikh tersebut, boleh dikatakan ramai pengguna tegar twitter di Malaysia bersatu padu bagaikan menurut kata keramat 1Malaysia, berganding bahu untuk menyumbangkan suara, maaf, twit masing-masing yang berkaitan #yorais sehingga ianya menjadi salah satu topik terhangat didunia.
Apa itu #yorais?
Pada 16 Januari 2010, Menteri Informasi, Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah menasihati rakyat Malaysia, TERUTAMANYA MUSLIM, supaya tidak terlalu ‘ketagih/mendalami’ terhadap kegunaan internet khususnya Facebook & Twitter. Berita lanjut, click sahaja butang spoiler dibawah.
Saya dapat rasakan yang mana Dr Rais Yatim sebenarnya mahu memberikan komentar yang berbentuk pencegahan diatas kejadian pelajar Aswara yang telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk ugutan di Facebook. Namun begitu, saya tidak rasa maklumat sebenar yang ingin disampaikannya dapat dicerna dengan tepat oleh para Netizens. Berikut adalah penjelasan saya tapi sebelum itu teliti ayat2 berikut.


Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 


