Tidak ada lagi istilah ‘Wang hantaran’ di Selangor

Sebab dah masuk dalam mas kahwin Negeri Selangor = RM300.

Bukan aku suka suka cakap. Aku takde tauliah. Ni Pengarah JAIS yang cakap.

“Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” katanya selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Khamis.

Spoiler

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini.

Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.

“Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” katanya selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Khamis.

Beliau berkata kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapaperkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpamengira status mereka seperti sebelum ini.

Tambah Khusrin, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin.

Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran NCRkad tersebut Khusrin berkata, kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT).

Menurutnya, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.

Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah.

“Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut Kushrin, cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.

Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Kita tidak ada menyediakan satu tempoh khas untuk mereka membuat pertukaran disebabkan ia bukan diwajibkan kepada setiap pasangan. Kita hanya galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka sendiri,” katanya.

Menurut beliau lagi, warga Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang.

Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini.

Berita penuh di sini.

Apepun.. aku still rasa masih ada wang hantaran. Kalau tak nanti apa orang kata. Kan orang melayu ni lebih mengutamakan ‘apa yang orang lain kata’ alah apa orang cakap.. biar mati anak, jangan mati adat.

Biar tak kahwin, asal kenduri mesti gempak gila nak mampus

Line diatas atas adalah sarkastik, kalau kamu tidak tahu.

11
Dec 2009
POSTED BY
POSTED IN WISIWYG
DISCUSSION 24 Comments
TAGS

24 Responses to : Tidak ada lagi istilah ‘Wang hantaran’ di Selangor

  1. marinamusfirah says:

    erk.. ini ka penyebab ko mao kawen lambat tekong?

  2. ikhwan nazri says:

    marina – gila kau kalau lagi lambat kang sesia naik maskawin pastu wajib ngan hantaran RM5K.. mahal tu. hahahhahahahahha

  3. faiz says:

    kawin kat siam la..murah.. balik malaysia mintak sijil jerk..haha.. 😀

  4. kaykay says:

    xdak maknanya xda wang hantaran…. wang hantaran mesti mahal.. baru leh lwan artis… hampeh jer…. aku againts adat letak wang hantaran mahal2 ni.. sbb tu aku xkawen lagi… 😀

    http://malaysiakini.com/news/119624

  5. marinamusfirah says:

    manala tau kut ko dok simpan duit menggunung nak tunggu increment mas kawin makin membukit ka kan.. ko tu bukan bleh caya ngat! aneh! hehe

  6. ikhwan nazri says:

    paie – heh tanak la sampai camtu :p

    kaykay – high five!

    marina – gila duit menggunung.. baik aku pergi mekah ( cover up ) takpun gi travelling ke beli rumah sewakan takpun beli wakaf ungaga

  7. marinamusfirah says:

    memang patut ko tak kawen lagi. baiklah… semoga berjaya =D

  8. ikhwan nazri says:

    marina -yeay berjaya time square!

  9. sue says:

    aku takde duit hantaran.. kita perlu yakin nak citer pd masyarakat.. derg mengata, aku jawab, “sunnah nabi, nabi mana ada hantatan, mahar je. kau mengata aku, kau mengata Nabi” mmg berkesan.. hehehe..

    kau buat ah cmne pon.. kawin grand org mengata.. tak grand org mengata.. mahar tggi org mengata.. mahar rendah org kata jugak.. malas aku nak layan..

  10. ikhwan nazri says:

    sue – that’s epic. i love that quote. And the second sentences, well basically, humans always criticize, either good or bad critiques :D.

    pray that you and your husband, will live happily ever afterlife, insyaAllah :)

  11. Amin Azman says:

    ada lagi satu kes, mas kahwin letak pelik pelik, RM1924.40 … kan susah tu nak sebut time lafaz akad nikah.. berbelit lidah wali, apatah lagi bakal suami yang tengah gementar tu

  12. marinamusfirah says:

    wow! amazed by sue!! seriously! phew~

  13. Fahmishah says:

    biar mati anak jangan mati adat? kalau anak mati siapa nak teruskan adat? perumpamaan yang tak boleh pakai.

    well. apabila letak hantaran tinggi-tinggi, lelaki pun naik gila nak cari duit. sebab tu zina berleluasa sebab nak “kahwin” cepat. tujuan perkahwinan itu dah lari apabila masing-masing sibuk dengan wang hantaran. :)

  14. ikhwan nazri says:

    amin – wa gile lah. tu ikut tarikh lahir tu. kalau orang kahwin 12/12/12 mesti berbelit gila. RM1212.12 dengan maskahwinnya seribu dua ratus dua belas ringgit dua belas sen tunaiiiii ( wahaha mcm dah practice je ;p )

    marina – haha ko try la wat camtu :p

    fahmishah – tula. btw kakak ko nnt pun tak kenakan duit hantaran utk aku kan kan kan ? wahahhahah kesengalan

  15. marinamusfirah says:

    tula… aku hendak berusaha ke arah itu =D

  16. fecraze says:

    why, oh why…

    kan senang nikah kat masjid je… invite only your close friends and relatives, and then bg la kurma 2, 3 biji…
    done, finished, everything will be over, and the money can be better used for the couples future.
    if you want pictures so badly (“eh, rugi la takde wedding… takde gambar” as ppl say) go to the studio. Cheaper… and you can pose all you like. Just photoshop your friends in.

    muahaha

  17. ikhwan nazri says:

    fecraze – waw temah. ermm ermm. ala segan la nak cakap sini. wahahahha ( ayat aku mcm nnt ko komen balik je kat sini wahahah )

  18. fecraze says:

    once again for the umpteenth time, my name is not temah.

    now that that’s of my chest… apa nk komen?

  19. sue says:

    biasa la masyarakat.. mmg kena tahan telinga.. aku buat catering pon derg nak ngata.. pastu jiran belakang buat masak sendiri pon kena ngata.. apa derg nak aku pon tak sure.. org dh bg makan free, mengapa tidak boleh duduk diam2 dan makan saja? hmm

    kerja kawin is seriously memenatkan.. nak memuaskan hati semua, byk mengundang air mata.. aku rasa pengantin skrg menangis bukan sbb terharu ke apa nak kawen, tp sbb stress makcik pakcik banyak sgt bunyi.. pastu 10 kepala 10 idea. aku ckp dr pengalaman la.. stress sgt aku tataw nak jawab apa dah, aku nangis je, baru semua org senyap tak ckp apa2 dah.. haha

    fatimah: hebahan psl walimah itu wajib.. yang tak wajibnya nak buat grand2 lauk sampai 10 jenis etc.. penah kata, “tak bleyh eh goreng bihun je??” mak hampir ketuk kepala anak dia ni =p

    well, yg nak kawen pasni.. buat ikut sunnah la.. and apa2 parents mintak, selagi tak langgar syarak, raikan saja.. tanak gaduh2 plak, pembinaan rumah tangga itu jalan panjang.. takyah letak mahar pelik2, kesian husband nak lafaz akad.. tangan dah siap sejuk mcm ais, takde masa dia nak hafal nombor pelik2 tu.. satgi kena buat sampai empat lima kali kang…

  20. alFaisal says:

    Tekong ni dahlah baik budi pekerti, CEO syarikat, ada Perdana, muka comel, banyak alat teknologi. Siapa beristerikan dia memang bertuah(memang langsung takda kena mengena).

  21. ikhwan nazri says:

    alfaisai – jgn upselling aku please. nnt bakal bini aku kalau aku buat slack pas kahwin mesti jadi tak semenggah. dah la nama slacker. hungagaga

  22. Pingback: Nazri :// Mysight – What I See is What You Get » Blog Archive » Bye 2009, Hello 2010

  23. znz83 says:

    pada saya mahar yang lama (RM80) dinaikkan kepada RM300 tu ada baiknya. cuba kita fikir, dengan RM80, apa yang isteri kita dapat beli untuk kenang2 dia. biasanya perempuan akan guna duit tu beli emas. kalau dulu dapatlah anting2 sepasang. tu pun kecik. sekarang mas dah mahal. hari tu dah naik jadi RM138 segram. Jadi, dengan RM300 tu boleh la dia beli cincin sebentuk walaupun nipis. tapi, yang saya musykil ni kenapa wang hantaran kita tu disebut dalam akad sebagai mahar / mas kahwin. kalau ikut hukum, mahar tu jadi milik isteri. parent dia tak boleh minta duit tu untuk buat kenduri ke dll. kalau family yang kaya raya tak pe. kalau yang sederhana, mcmana pulak???? lepas tu, takkan anak perempuan tu tergamak tak nak bantu parent dia bagi sikit duit sedangkan kenduri tu untuk dia. jadi, elok rasanya dikaji semula dan dimurnikan. terima kasih

  24. Pingback: Nazri :// Mysight » Blog Archive » Just married

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>