Iktikaf for Dummies

Aha. ada lagi berapa hari je sebelum puasa habis so nak cakap pasal satu mende yang boleh tahan terkenal nye. iktikaf.

Iktikaf – secara generalnya adalah bertafakur/ berdiam didalam surau/masjid/rumah Allah. Amalan semasa iktikaf bukan setakat berdiam malahan bermunajat, berzikir, bermuhasabah dan apa saja yang mengingatkan kita dengan Allah. Iktikaf tiada had masa tertentu( seperti hanya dibulan puasa ) tetapi hari-hari biasa pun boleh. Malahan masuk je masjid niat iktikaf dah dapat pahala iktikaf.

Tapi kenapa Iktikaf ni popular masa bulan puasa? Hari biasa macam takde ditekankan pasal iktikaf?

Jangan salah faham. Ada je iktikaf time tak bulan puasa cuma yelah. itu mungkin amalan biasa tanpa kita sedari. Lagipun Rasulullah bersabda

1-Daripada Ibnu Umar r.a. katanya:

كان رسول الله يعتكف العشر الأواخر من رمضان

Maksudnya “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan” HR Bukhari dan Muslim

2-Daripada Aisyah r.a. katanya:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده

Maksudnya “Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda. Kemudian, isteri-isterinya terus beriktikaf selepasnya” HR Bukhari dan Muslim.

jadi tu sebab Masjid ramai orang. Best. Lagipun rasional lagi satu masa bulan puasa, siang tu kita kurang makan. Dan dalan masjid, susah nak jumpa kedai makan. lagipun sebolehnya bila iktikaf tu kena lama. Sebolehnya tidak boleh keluar dari Masjid. Ini yang nabi amalkan. Malah saya kira kalau kita nak bertafakur di rumah pun boleh cumanya, bergantung pada peribadi seseorang, persekitaran memainkan peranan juga. itu sebab saya memilih untuk beriktikaf.

meh sambung baca

Amalan yang dilakukan sepanjang iktikaf

  1. Membaca al-Quran, ma’thurat
  2. Berzikir dan bermunajat
  3. Qiamulail atau bangun malam bersolat
  4. Menghadiri majlis ilmu

Bergantung pada kemampuan, buatlah amalan-amalan diatas sebanyak mungkin.

Kenapa kat Masjid, surau kecik-kecik takboleh ?

Boleh, cuma saya nampak disini lagi satu kelebihan adalah dari segi kemudahan infrastruktur/facility. Masjid besar2 mempunyai ruang bilik mandi dan tempat menukar pakaian yang lebih sesuai dan proper. Bila iktikaf, kita sebolehnya tidak keluar dari kawasan masjid kecuali kalau ada perkara yang sangat sangat sangat perlu. kalau surau nanti nak carik mamak nak sahur la. Adapun mereka yang datang beriktikaf, siap sedia membawa bekal makanan kerana memang, sebolehnya, iktikaf tu nak fokus untuk ibadah. takdela time solat duk fikir nak berbuka nak bersahur.

Lagi satu saya lihat ada beza dari segi .. environment dan kemeriahan. tahun ni alhamdulillah dapat beriktikaf di dua Masjid. Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya ( masjid ada twitter ngan website ) dan Masjid Shah Alam. Di masjid lagi ramai orang dan ramai juga dari tempat lain yang datang beriktikaf. Secara tak langsung dapat kita mengenali muslim yang lain. Alhamdulillah saya sempat beriktikaf selama 3 hari 2 malam.

Apa yang perlu dibawa?

Bawak mende ni

  1. Tenaga dan semangat untuk beramal
  2. Sleeping Bag + Bantal. beg pun boleh jadik bantal
  3. Quran. tak perlu bimbang masjid pun banyak quran.
  4. Pakaian yang mencukupi
  5. Makanan dan minuman
  6. Ubat-ubatan sekiranya anda seorang pesakit ( seperti asma, ubat darah tinggi dsbg )

Perlu diingatkan untuk tidak membawa barangan berharga seperti barang kemas. Hilang peleceh pulak. Pergi iktikaf ni ala-ala camping. Bergantung pada masjid, ada sesetengah masjid menawarkan bilik seperti Masjid al-Ghufran, TTDI menyediakan bilik couple ( untuk yg dah kahwin okey atau group satu jantina yang kecil ) sehinggalah bilik keluarga. Masjid Shah Alam ada bilik2 kecil yang boleh memuatkan.. 20-30 orang kot ( dulu masa ngan budak usrah mmu sampai 15 orang rasanye )

Mengenai makanan, tak perlu bimbang bulan puasa banyak pihak yang menderma untuk masjid dan surau so memang akan disediakan. Cuma kena jugalah bersedia kalau nak jadi kisah tak cukup makan ke. Makan tu penting, tu sbb ada gambar dibawah :p

12092009739scale600

Nasi dalam dulang ini bukan Nasi Ambang. Ini kat Masjid Darul Ehsan. Penyediaan sebegini senang nak basuh dan, menggalakkan muslim beramah-mesra antara satu sama lain.

13092009742scale600

Nasi lemak ditaja oleh tabung Haji di masjid Shah Alam dan bubur lambuk mereka. Ini pun sbb aku lambat turun dewan makan diorang. Nasib baik ada Tabung Haji. berguna gak aku simpan seringgit tak tambah2 dari darjah 1 hahahha.

Iktikaf bagi mereka yang berkeluarga

Bagi mereka yang berkeluarga, membawa anak-anak mungkin menjadi sedikit masalah. Itu saya tak nafikan. tapi buat ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah boleh berlari dan bergelak tawa dan mungkin mengganggu para jemaah ketika bersolat, jangan bimbang. Masjid Shah Alam, menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak secara percuma. So mak bapak leh solat tanpa gangguan ataupun tanpa mendapat jelingan tajam pabila pakcik makcik lain tengok “oh anak mamat ni la yang bising time solat ni”. Masjid Shah Alam siap menyiarkan Upin Ipin buat tontonan si kecil. Sehabis bersolat terawih, mak bapak diorang ni amek la diorang, join sekali moreh/supper dan tidurkan mereka sebelum kembali bangun pada pukul 3, tanpa mengejutkan anak mereka, untuk berqiamulail.

Konklusi

Bukan selalu untuk concentrate ibadah, marilah beriktikaf 😀 Ada kenalan2 saya mahupun client saya beriktikaf dan mengambil cuti 10 hari untuk beriktikaf. Dan tak semestinya meninggalkan kerja kalau nak beriktikaf. Seandainya terlalu perlu, saya kira, bawak jelah kerja anda ke masjid. Saya ada nampak seorang pakcik, menggunakan laptop di ruang bawah Masjid Shah Alam yang dilengkapi WiFi. Sama ada perbuatan dia tu dah tidak dikira iktikaf, Wallahualam tapi dari pemahaman saya, dia mungkin perlu ‘connected’ so masa yang dia buat kerja, dia buat kerja. Keperluan dia sekarang ini tidak memerlukan beliau untuk keluar dari masjid, yang boleh membatalkan iktikaf. Jadi pada tanggapan saya, bila dia perlu, dia on je laptop, setel semua. Tak perlu keluar masjid.

Saya pun bawak laptop gak :p Flow saya bukak bila perlu, bila tutup je masa untuk baca quran. Cuma letih sikit la usung laptop sana sini. Lagipun saya keluar iktikaf hari isnin, terus bekerja. tu sebab bawak laptop.

Teknologi tak pernah menghalang manusia. Saya sangat gembira dengan kewujudan WiFi di masjid yang membolehkan saya beriktikaf dan bekerja, sekaligus cuba untuk menjadi Muslim yang dimodelkan oleh Anif Sirsaeba – Berani Kaya, Berani Takwa 😀

P/S: tanak kaya, nak mewah. Bak kata sabau, mana ada kereta kaya.. kereta mewah adalah.

P P/S: Ada handphone Flash-Lite enabled? meh download game Try-Masak karya company ^_^

P P P/S: Alang2, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, art oleh Art Director = Paie Gurun

design 12342

16
Sep 2009
POSTED BY
DISCUSSION 7 Comments
TAGS

7 Responses to : Iktikaf for Dummies

  1. faiz says:

    entry yang best tekong !!!

  2. kruel74 says:

    Wifi di masjid memang dah ada lah ya. Boleh guna jugak ni bila takde tempat lain. N good article

  3. ikhwan nazri says:

    paie – grafik ko pun bes huehue

    nesca – thanks 😀

    kruel74 – haha ni dah letak dlm Officekami location 😛

  4. pecal says:

    iktikaf kt masjid besi putrajaya ah..bilik mandi besar btul. hehehe baru pegi tarawih kt situ 2 hari lepas.

  5. ikhwan nazri says:

    pecal – wohoo masjid besi lom jejak lagi. nantilah

  6. Pingback: Nazri :// Mysight – What I See is What You Get » Blog Archive » Bye 2009, Hello 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>