Wajarkah WiFi disediakan di Masjid?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat blog ni. Harap anda sihat2 belaka lagipun sekrang dah 15 ramadhan. kejap tak kejap ada lagi 15 hari je sebelum raya. Amalan dah bertambah banyak ke belum ? jom sama sama memperbanyak amalan dibulan yang mulia dan menyambung amalan tersebut sehingga bulan seterusnya.

So, camne boleh terkeluar idea nak cakap pasal soal WiFi ni? Seperti yang anda sedia maklum.. atau tak tau lagi, aku seorang pengamal ROWE ( Results Only Work Environment ) yang mana aku leh wat keje kat mana-mana. Dan saya pun run Project Officekami – Everywhere is your Office yang menyediakan maklumat kat mana tempat yang BUKAN OPIS yang leh wat kerja, terutamanya kedai kopi mahupun…. masjid. Yep. Masjid.

Situasi aku

Masa bulan puasa, takboleh la nak buat keja kat kedai kopi karang sesia kena tangkap. Lepas tu masuk dlm paper. Memang tak la kan. Tapi ada juga yang masih bekerja di Food-Court terbuka seperti Jusco AU2. Lagipun lagi ramai orang tengok, lagi segan la nak makan dan ramai saksi untuk mengatakan si polan yang menggunakan laptop itu tidak makan. So alternatifnya dapatlah aku jumpa beberapa tempat seperti Perpustakaan Negara dan juga Masjid.

Yep.. Masjid. Lagi sekali.

So bermula dengan tweet dua-tiga minggu sblm puasa, aku ada twit tanye kat mana nak #mobileoffice time puasa. Kemudian Abdullah_habshi mencadangkan Masjid Al-Ghufran, TTDI Damansara. Masjid ni dah masuk review Officekami. Bes. memang bes masjid ni. Sangat hidup. Bukan setakat WiFi, kedai makan pun ada. So aku pun terus google “Masjid ada WiFi” nak tengok masjid mana ada lagi dan apa aku dpt result ni

screenshot_02

So aku masuk, tapi topik dah lock dah. tp outcome dia macam agak kurang sikit so aku nak tanye directla kat sini senang.

Mari mengundi

===Poll 1 ===

Wajar ke ada WiFi kat Masjid?

View Results

Loading ... Loading ...

===Poll 2 ===

Kalau ada WiFi kat masjid, korang nak datang tak?

View Results

Loading ... Loading ...

Pendapat aku

07082009683 2scale600Pada hemah aku lah kan, WiFi ni wajar diletak di masjid. Ia bagaikan marketing. Marketing disini adalah dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur yang berpatutan. Fungsi masjid ni kalau kita lihat zaman Nabi dulu adalah pelbagai. Kalau tak silap pernah ada Rasulullah membawa Aisyah tengok orang lawan pedang dalam masjid. Fungsi masjid bukan sekadar rumah ibadat, tapi menjadi tempat pembelajaran sekalipun. Lagipun sekarang Masjid pun dah pakai projector dan powerpoint lagi untuk khutbah jumaat, WiFi adalah langkah seterusnya yang dapat mengimarahkan masjid dan juga dapat menyebarkan mesej-mesej islam.

Dengan WiFi, tok imam atau AJK masjid yang muda2 pandai guna komputer ni dapat publish terus slide yang digunakan semasa khutbah untuk rujukan pada hadirin jumaat haritu. Malahan kaum wanita pun tidak ketinggalan untuk mengetahui isi kandungan khutbah jumaat haritu. Selain itu, dengan WiFi, secara tak langsung dapat meramaikan orang yang datang masjid. Spesis mobilewarriors yang bekerja dengan laptop dapat memanfaatkan WiFi yang tersedia. Masuk je waktu, terus solat dan sambung kerja di perkarangan masjid. Hakikatnya pada 2 Ramadhan yang lepas, aku ber-mobileoffice di perkarangan Masjid al-Ghufran. Kalau bukan bulan puasa bolehlah aku try Cafe al-Ghufran.

Modus Operandi WiFi di Masjid

Dalam forum Halaqah.net tersebut, banyak juga diperdebatkan dan malas nak tulis balik sebab tulisan ni pun dah mula panjang korang pun nanti boring. Ini adalah idea aku kalau kita nak menyediakan WiFi di Masjid

  • WiFi hanya tersedia pada BUKAN WAKTU SOLAT. Contoh 6-7 (subuh), 1-2 (zohor), 4-5 (asar), 7-8-9(maghrib & isyak ) Masa2 solat ni off WiFi. So semua kena solat. Tiada kompromi kecuali perempuan yang ‘bercuti’. Apepun kalau kita lihat dari timeslot tersebut, masih mengekalkan waktu bekerja. ( pukul 8 – 12 tengahari, 2 – 4petang )
  • WiFi di Masjid perlu mempunyai Password. Kalau nak guna, kena mintak dari AJK Surau yang ada, atau telefon. Langkah ini demi, at least, kalau ada orang nak download porn ke dia akan terasa sikit la. Mungkin tidak mampu menghalang setidaknya menyedarkan.
  • Disediakan tempat power plug, dan juga tabung derma berhampiran. Jadi kalau diorang rasa nak bayar, bayarlah. Duit tu pun akan masuk tabung masjid buat bayar bil api air semua.
  • Dan boleh juga untuk jemput sesiapa menjual makanan/minuman. Spesis mobilewarriors biasanya minum secawan kopi duduk sampai 3-4 jam. Kalau Masjid tu takde kedai makan ke apa, AJK masjid boleh sediakan food service delivery.
  • Mengenai peruntukan, sama ada Pusat Zakat boleh menaja atau mana-mana syarikat boleh taja untuk pakej setahun dua. Banyak pakej Wireless Broadband tersedia. P1 Wimax atau Celcom Broadband WiFi Gateway pun boleh. ( <- diorang tak bayar aku utk cakap mcmtu tau ) Ni macam ‘Hotel Quran Project’ oleh Islamic Information & Services Foundation, satu bilik di hotel ada satu quran.
  • mewujudkan sistem Filter untuk menapis seboleh mungkin kandungan2 yang Lagha seperti porn.

Pendapat pendek Ustaz Hasrizal

Berkesempatan untuk mesej dia dalam facebook. ini pendapat ringkas beliau

screenshot_01

Penutup

Okey dah tulis penutup, jom kita bincangkan perkara ini, harap kita dapat go somewhere. Seriously aku nak tengok mende ni jadik. Selamat berpuasa semua! 😀

P/S: aku rasa Masjid Darul Ehsan Subang Jaya adalah masjid pertama ada Twitter. Ye ke? Bukan setakat website, TWITTER! Aku first follower diorang yeah! Follow diorang leh tengok update dari masjid tersebut woooot

P P/S: Pasni masjid mana nak ada Facebook Pages? Aku rasa lagi takboleh jalan lah Facebook nanti pak imam main FarmVille ngan MafiaWars semasa menunggu mobilewarriors mintak password nak guna wifi :p Twitter cukup FTW. Apapun Teknologi takpernah jadi penghalang, ikut manusia yang menggunakan. Kena gayanya Facebook Pages pun boleh jalan.

06
Sep 2009
POSTED BY
DISCUSSION 25 Comments
TAGS

25 Responses to : Wajarkah WiFi disediakan di Masjid?

  1. sam says:

    masjid patut guna benda mcm opendns untuk menapis benda benda yg tak elok jike nak sediakan servis wifi

  2. Bat says:

    Masjid itu tempat berkumpul, dan tempat ilmu, selain tempat beribadat. =)

    Walaupun aku jarang ke masjid(sedar pun diri), tapi idea ni best. =D

  3. Pingback: WiFi disediakan di Masjid? « InfoMalaya dot Com

  4. chokilala says:

    kalau xsilap aku, masjid MITC melaka pun ada wifi. tapi dah lama la aku gi, aku xsure. haha

    menarik idea ko ni. nak lepak kedai makan, minum air secawan lepak berjam-jam, malu. kalau ada wifi dekat surau dan provide tempat yang sesuai, student boleh datang. kalau masuk waktu solat, boleh sembahyang. brilliant

  5. Fahmishah says:

    Setuju, tak perlu lagi ke maple. terus saja ke masjid.

  6. ikhwan nazri says:

    sam – thanks utk idea opendns 😀

    bat – aku pun.. aku tak jarang la.. aku kurang jarang :p

    chokilala – alamak tak pena masuk lagi masjid MITC adeh kalau tak leh plotkan kat Officekami gak hoho

  7. mmm…susah jgk nk pilih coz need 2 analyze the pro & con ye. even my chinese frenz kata kt temple dia pun dh (goes 2 hi-tec) dgn adenye wifi then he ask me whether my mosque ade ke? techno goes everyway, so sooner or later our mosque will oso be equip wif wifi. ape yg penting adenye pengawasan thdp perlaksanaannye. ^^

  8. nesca says:

    tak salah and betul gak sape2 yang nak guna wifi kena mintak password dekat sape2 yg incharge. tapi jangan pulak datang hari2 ke masjid semata2 nak wifi free, pastu tak menyumbang plak tu.

    masjid kalau ada twitter memang best, leh tweet event2 masjid

  9. Kreuger says:

    seperti yang aku cakap tadi.. better letak open
    tapi kire encript Wifi + Proxy la. daripada sini
    AJK senang nak monitor jumlah bandwidth dan jugak
    site yang pengguna lawat. proxy boleh control sama
    ada manually atau automatic. jadi.. bila malam..
    proxy akan terminat semua client daripada menggunakan perkhidmatan
    wifi kat masjid/surau.

    ok.. itu citernye. jadi kalau nak open pon.. tak perlu la
    pakai wifi router yang N tuh.. bakai BG sudah.. kalau dah sampai
    pacak antena.. hahah abis la depa ni dok layan REDTube plak
    kalau wifi tuh boleh di aksess luar daripada kawasan masjid/surau.
    depa ni bukan bleh caya.. janji kepala layan.. hehehe.

    sebarang kemudayan yang wujud, aku rasa boleh diperamati dengan terperinci.
    mungkin ade orang lain pendapat pasal faktor ni. tapi dari segi pengawalan
    aku rase dah sedikit sebanyak aku menceritakan kat atas tuh. yang buruk
    tuh memang kita yang mencari.. dan sumber yang baik adalah datang dari
    Allah.

    jadi.. bila buka laptop/komputer.. cube pikir sejenak.. apa yang kita
    nak tengok dalam dunia kita hari ini???

  10. ikhwan nazri says:

    fahmishah – tula maple pun bukan selesa. ekceli kalau idea ni jalan, leh difranchaisekan sekaligus menyediakan alternatif buat mereka yang tidak mahu ‘menyumbang peluru dengan membeli produk… ko tau kan produk sape..’

    iamarunaholic – hehe agama2 lain pun sama maju siap ada social network based on their religion lagi 😀

    nesca – setuju. pengawasan paling penting

    kreuger – aku bukak laptop wat keje hehe. harapnye orang lain yang nak guna kemudahan ni berfikir yang sama lah.

  11. captainLJ says:

    mmg bagus kalo masjid ada wifi..
    dpt membuat kerja dimana2 pun..
    dpt mncri ilmu..

    brkenaan ngan poll yg kdua..
    xkn la ade wifi bru nk masjid..
    lbh baik kita btlkn niat sbb ape g msjid..
    kalo g msjid stkat nk gnekn wifi..
    xgne la plak..
    pahala ibadat pn xdpt..
    lbh baik dok kt kedai kopi..
    sama je…

  12. ikhwan nazri says:

    captainLJ – kan dtg guna wifi pastu time solat smer kena solat. tak oke ke ? dari duduk kat kedai kopi langsung tak solat ?

    sham hardy – why not pada sape ?

  13. pecal says:

    kite x boleh pandang masjid sbg tempat solat jer..kite patut pandang sbg institusi utk mengembangkan agama islam..jadi x salah kalau ade wi-fi pon. sbg bantuan pengisian ilmu agama..informasi..dll. sbb ade masjid yg buat kelas2 agama..so kne la ade teknologi yg latest utk memudahkan penyampaian ilmu tersebut.

  14. abdullatef says:

    assalamualaikum .. bagus idea ni… boleh menarik lebih ramai ke masjid inshaAllah

  15. ikhwan nazri says:

    pecal & abdullatef – hoo thanks atas pendapat dan sokongan. Ustaz Hasrizal pun sokong idea ni 😀

  16. amin says:

    Wifi di masjid idea yg baik, pada masa depan banyak kegunaan pada jemaah masjid. Tujuan utama ke masjid untuk beribadat, ibadat tidak semesti melakukan solat wajib dan sunat. kuliah2 agama dan program2 menarik minat untuk datang ke masjid.

    Idea Kegunaan teknologi internet @masjid spt Video Streaming dr Masjid di seluruh dunia -Cth Mekah ke Masjid Putrajaya. “kuliah streaming”. lum ada yg buat lg.

    Ziarah Masjid@streaming ( mungkin tidak semua mampu untuk menjejak kaki ke Masjid2 terkemuka. tidak salah jika ziarah dilakukan dlm medium internet.

    ada banyak lg idea baik yg bole kita kongsi kan – oleh sbb itu @ Copyright 2009 11:05am 8/9/09- amin 😀

  17. ikhwan nazri says:

    amin – waw siap terus copyright tu :p

  18. myadlan says:

    salam. aku pun pernah terfikir idea ni kat masjid AU2. banyak kebaikan juga.

    aku suka lepak kat surau atau masjid time breakfast, (apatah lagi bulan puasa lepas) dan time lunch break. selain baca quran, tido, bleh gak men tenet. tapi sama je. masuk opis pun bleh sambung men tenet.

    Kalau sekadar nak buat Kuliah streaming, tak perlu guna Wifi pun boleh. Cuma kalau masjid tu besar, wifi ni berguna jugak. 1 lagi contoh untuk broadcast khutbah jumaat di masjid besar, contoh masjid negara etc yang jemaah ramai, tak nampak muka khatib dr bahagian luar. tapi memerlukan PC dan skrin 42″ yang banyak jugak.

  19. ikhwan nazri says:

    myadlan – masjid AU2 kat mana ? thanks atas pendapat 😀

  20. Pingback: 15 Mosque Trend in Malaysia | AdlanKhalidi.com

  21. Imam 1 says:

    Saya bertugas sebagai imam …. dan saya tak main Farmville mahupun mafiawars…. cuma main scrabble je! :-)

    Anyway, la ni mmg tgh nak pasang wifi dah nih kat masjid saya ni…. fasa terakhir. Nak tanya pendapat…
    Broadband mana yg terbaik sbnrnya? (dari semua segi… services, after sales service, warranty etc)

    Syukran

  22. Kassim says:

    salam.

    utk kerja dan research, dan juga dikala bulan puasa, memang elok. elok la lepak masjid wat keje, takde distraction.

    a suggestion though. kalau nk browse web or gune laptop dlm masjid, jgn la wat bising. ni still dlm masjid. eloknye dudukla kt perkarangan masjid, mcm kat area masjid ttdi, kt situ at least ade la spot nk lepak2.

    sy base kan argument sy berdasarkan ape sy nmpk kt masjid mmu, di mana students wat keje dlm masjid, dok depan2, tp berborak cam kt kedai mamak. takde la bising sgt, but still. kalau sampai mengganggu orang nk solat dn mengaji, still tak elok gak.

    yg eloknye perbetulkan niat masing2.

    pihak masjid leh sediakan khidmat wifi, dan seeloknya ade ruang legar dimana orang2 leh duduk dan menggunakan wifi ni, tanpa mengganggu org lain yg ingat solat didlm masjid itu sendiri.

    dan pihak yg menggunakan wifi ni kena considerate lah ngn orang lain yg dtg situ bukan utk gune wifi. maksud sy, biar beradab. bile nk tgk web tu, sedar la korang ni dlm area masjid. dn kalau nk berbincang/berdiskusi, sedarlah korang ni dlm masjid.

    Sekadar pendapat. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>