Resipi Serunding Daging

Hohoho. Serunding Daging mak aku sentiasa menjadi buruan rakan-rakan terlampau karib, al-Isra terutamanya Syawal, Syed dan Edry. Meskipun Syed dan Edry sudah beristeri, namun mereka berdua masih mengidam serunding mak aku. Ini bukti dari mereka, penagih serunding yang tegar.

screenshot_01

screenshot_02

Dan tak lupa juga syawal

Anne000146

Woo hahah. sampai nak order kot si syed ngan syawal. Tapi mak syawal tak kurang hebatnye memasak tau. Jadi untuk memastikan ilmu mak aku diturunkan zaman berzaman, terimalah

Resipi Serunding Daging!!

====================

Bahan-bahan

  1. Photo 431kg Daging Batang Pinang ( part ni daging paling lembut ) // boleh ditukar dengan ikan atau ayam
  2. 2 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya ( sori tak taulah sebiji berapa mililiter. mak aku cakap 500ml kot )
  3. Cengkih/bunga lawang/kayu manis ikut suka
  4. 3 sudu besar garam
  5. 1 sudu besar gula
  6. 3 sudu besar minyak

Bahan A ( Blender A )

  1. 2 bijik bawang besar
  2. 1 ‘labu’ bawang putih ( labu – keseluruhan sebiji bawang putih, bukan seulas )
  3. 20 Biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan

Bahan B ( Blender B )

  1. 3 sudu besar jintan manis
  2. 1 sudu besar jintan putih
  3. 3 sudu besar rempah ketumbar
  4. 1 sudu kecil lada hitam
  5. 6 batang serai
  6. 3 inci halia

Cara Cara

30082009714scale600Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat Halus. Tumis sedikit bawang merah/putih beserta cengkih/lawang/kayu manis. Masukkan Bahan A dan B yang telah dikisar a.k.a diblender dan santan pekat kedalam kuali dan panaskan sehingga garing. Kemudian, masukkan daging, garam, gula dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga kering.

Proses ini mungkin memakan masa sehingga 1-2 jam kerana api perlahan dan serunding perlu betul2 kering supaya tahan lama dan lazat serta enak dimakan. Tak leh berhenti kacau serunding sebab boleh hangus dan jadi tak rata. Lihat pada tekstur permukaan serunding untuk mengetahui ianya dah kering belum.

gambar disebelah adalah Serunding Kelapa Stail Jawa. Sedikir berlainan kerana mempunyai banyak kelapa dan ada sedikit daging. Kalau jenis serunding ini, untuk mengetahui seandainya serunding ini sudah dimasak sehingga kering, pastikan kelapa parut tidak melekat dengan daging.

Selamat Mencuba!

P/S: tau tak kenapa serunding mahal? sebab nak kena masak api perlahan. Semalam aku tolong mak aku sakit lengan siut sejam dok kacau je.

01
Sep 2009
POSTED BY
POSTED IN Food Review WISIWYG
DISCUSSION 20 Comments
TAGS

20 Responses to : Resipi Serunding Daging

  1. khansa' says:

    alahai..sedapnye nengok..bagi kat syed banyak2 sket…nak jugak rase..:D

  2. ali asam says:

    wah…aku nak!bp weh ko nk jual..bagus utk sahur neh

  3. huzaifah says:

    serius aku gelak sakit perut siot bace sms syawal, siap ade icon kiss. adei la..bleh plak ko prin screen tampal bukti2 minat kami pd serunding mak kau kat sini ek haha

  4. ikhwan nazri says:

    huzaifah – pastikan jangan terkentut semasa bergelak :p

  5. Aku taknak resepi, aku nak serunding. Aku tak nak tau kenapa mahal, aku nak kau letak je harga!

    Tapi apa pun aku akan cuba resepi ni bila berkelapangan.

  6. marinamusfirah says:

    betul3.. klakaw buanget membaca entry ko ni weh. hohoho. tapi kan.. mmg kaco serundeng sangat menguji kesabaran. lepas sudah ja kaco.. makan naikla muscle kat lengan suma. kalo kuali kecik/medium bleh tahan lagi. dah kalo kena yg L/XL.. mau keras.. hohoho

  7. JHafiz says:

    alahai, awal pagi la plk bace artikel ni. harap2 kalau buat menjadi la sedap macam mak nazri yg buat… hu3 :)

  8. ikhwan nazri says:

    edry – siut gila ayat ‘ tak nak tau kenapa mahal ‘ tp tulah tandanye appreciation seorang food enthusiast ( konon )

    marina – oo kira ko nak cakap ko ada muscle la ni hahahah

    jhafiz – selamat mencuba :D

  9. pecal says:

    kalau tekong pun dh mule masuk kedapur..kite ni bile lagik? korang sume ade dh dgr ura2 ke tekong nak ikut jejak langkah edry utk mebina masjid?..sampai dh boleh masak serunding neh..kot la sesame nk masuk dapur dgn bini. xde la wat megi kari dgn telur dlm kole besi mcm kt ostel mmu dlu jer.

  10. kamzAlqamariah says:

    kalau suami dah cakap sedap, memang sedap la tu. Nak try la nanti… terima kasih untuk resepi serunding daging ni.
    habis la suamiku…lepas ni perutnya kembali membukit semula..muahaha

  11. Edry alFaisal says:

    Yeah dah dapat serunding kelapa mak Tekong. Tekong siap bungkus macam ganja lagi. Tapi aku nak serunding ayam weh (gila tak reti bersyukur).

  12. ikhwan nazri says:

    pecal – aku dah lama dah masuk dapur kalo nak tau, tapi untuk tujuan berlainan lah :p

    kam – ko jawa patut ko tau wat kot… kot. eh jap kalo mcm tu sekarang tak membukit la eh perut dia ? sekarang membukau lah? :p

    edry – ahh sudah itu mungkin pas raya lah kalo ada hahah.

  13. kamzAlqamariah says:

    sekarang bulan puasa membusut..tunggu lepas raya nanti jd la bukit semula:p
    walaupun orang jawa, tak semua orang jawa pandai masak serunding ok:p

  14. ikhwan nazri says:

    kamz – mak aku bukan orang jawa :p

  15. naruto says:

    hagham! mentang2 aku duk nun jauh ke dalam utan sane,jadik bahan aku di tenet :) ).neway tenks resipi.nnt leh aku wat eksperimen B-).

  16. ikhwan nazri says:

    syawal – wahhaha ko semelih la sekor dua arnab ko suruh mak aku wat serunding :p

  17. nurindah says:

    salam aidilftri,

    thanks for sharing.
    minta izin copy resipi serunding ni,ya. :)

  18. ikhwan nazri says:

    nurindah – salam aidilfitri juga. kalo menjadi silalah komen yea!

  19. faiz says:

    hoo.. bila nak wat open house tekong.. ada lagi serunding daging??..:D hehe

  20. ikhwan nazri says:

    faiz – tak sure hehe :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>