Surat terdenda
Pada suatu hari, sekonyong-konyong tupai melompat, aku telah pulang kerumah dan dikejutkan dengan Surat Terdenda
Surat Terdenda yang bukan diberikan dari polis kerana kesalahan trafik.
Surat terdenda adalah surat yang diberikan oleh posmen sekiranya surat yang patut sampai kat anda tak cukup duit. Aku pun heran.. aku tak menjangkakan sebarang surat akan datang kerumah aku. Biasanya bil-bil telefon semuanya “duti/setem sudah dibayar”
memang pelik. satu rumah pelik. sampai aku pergi pejabat pos jumpa kawan sekampung pun pelik
Apa kejadahnya surat terdenda?
Setelah memberikan surat terdenda kepada abg posmen, dia kasi kat aku surat yg patut sampai kat aku, tapi lekat setem 30 sen je. patut lekat setem 75 sen sebab berat. kemudian sebab dia terkurang 45 sen, aku kena denda dua kali ganda = aku kena bayar 90 sen utk amek surat ni.
ingatkan apa la yang berat, rupanya kad kahwin hard-cover. Dan aku rasa kad kahwin yang paling cool aku pernah nampak.. sebab ini
setem pertunangan tuh. waaaa setem.. gile gempak!
dah la tebal, siap riben lagik
two piece nye card siap sarung. semua tempat ditulis nama aku dlm kaler emas
gile kentang. ni tengok ni dia print kat indonesia kot. sbb nombor dia bukan nombor malaysia. agaknya berapa la kad ni kalau kat malaysia pastu buat 1000 jemputan. kalau RM2 pun dah RM2000. Tapi kalau dia ada 1000 jemputan dan semua dia letak setem 30 sen, maksudnya Pos Malaysia akan untung RM900 ataupun RM 450 sebab denda
HAHAHAH gelak guling2 pls.
kad kahwin ini datangnya dari Syazmin. Dia kuli aku kat MRSM Taiping dulu bawah Biro Makanan dan Kesihatan. Aku Naib Presiden, dia tah jawatan apa. cewah sesuka aku panggil dia kuli. Kuli2 dia pun dia kahwin dulu dari aku. aku loser. Dia ni memang rajin. Kalau hari ahad tu cepat je dia panggil da get ready untuk serve makanan. Tapi tak ingat la kalau dai selalu berebut untuk jaga tempat serve makanan perempuan dengan Bazli. hahaha.
Kemungkinan besar aku pergi kenduri sebelah dia kat kelantan bulan ogos, sebab bulan 6 ada kenduri Amin ngan Syazwan lak. So buat bebudak MRSM Taiping yg mau join, kongsi kereta atau bas, bitaulah. ( oke aku salah.. terengganu hahah )
Syazmin, tahniah! tapi nanti kau kena bayar 90 sen aku kahakaha
// Disclaimer : Buat makcik, pakcik, atau buat mereka yang akan berkahwin, buatlah ikut kemampuan anda. Saya takut dengan pos ini, anda bila nak kahwin, cuba untuk berbelanja berlebih-lebih yang mengundang kemaslahatan di kemudian hari seperti meminjam wang pastu tak bayar, atau meminjam wang melalui saluran yang salah. Dan saya takut orang-orang sebegini kemudian hari menetapkan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi buat bakal menantu mereka yang sememangnya menyebabkan mereka terpaksa menunggu demi mengumpul wang untuk memuaskan hati orang. Saya tak mahu dengan post ini, telah menetapkan standard perkahwinan sekarang ini. Saya tak mahu post ini, mempengaruhi mana-mana pihak yang mengundang kesusahan kepada bakal pengantin. Duit yang ada tu gunakan sedikit untuk majlis, sebab lagi banyak diperlukan oleh derang untuk memulakan hidup baru sebagai keluarga. itu lagi penting. alah pendek kata, buat kenduri kahwin ikut kemampuan. Pepatah lama mengatakan, kalau dibawa besi, dapatlah katil besi, kalau dibawa tikar, beralaslah tikar. Pepatah sape ni? LOL
// Disclaimer seterusnya: kalau aku kahwin, aku cakap awal, buat kawan2 aku yang ada internet, aku pakai WeddingKami je. Aku ada jemputan 10,000 orang tak luak pun :p
Lupa nak bita, Al-Quran for PlayStation Portable Terjemahan Bahasa Melayu sudah dipublishkan di website raise. lepas ni tutup The Raise Project untuk fokus pada project yang akan diumumkan minggu depan



Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 



May 17th, 2009 at 2:23 am
haha…giler gentang sungguh.
ala nyesal xbagi alamat kat si syazmin. Kad kawen dier mcm cantik giler je
xpe2 tekong klu aku rasa nak tengok kad kawen dier aku gi drop by to ur house k.erk still kat ampang kan? (akan ku minta num hpmu dr rakan2 sek rendahmu seperti wani atau asyeila)
Regards,
aesha
May 17th, 2009 at 2:27 am
tekong…syazmin kawin kat ganu ke kelantan….sabo2 tekong….
May 17th, 2009 at 8:47 am
trg la..ko ni bc btol2 alamat kt kad tuh..hehe..
apsal kene denda lak? aku ok je terima surat tu…hehe…thanks ben!
=)
May 17th, 2009 at 1:28 pm
aesha – haha oke. dengan syarat. kopi satu!
baiya – terengganu :p oi baiya bila mau balik kahwin ?
lynn – sori
aku ter-excited ngan plan aku nak backpacking to kelantan. tapi apsal ko tak kena denda.. haishhhhh
May 17th, 2009 at 11:06 pm
BEBBBBBBBBBBBBB…
hahaha…sori sori sori…
aku dah agak dah…aku ade problem ngan posting. hahaha…aku sanggup reimburse balek semilan posen kao tuh tekong. hak hak hak…
wehh…aku kawen trg aa…nih mesti kes bace kad tak sampai abes. hohoho.
kengkawan sekelian, jemput dtg nanti
May 18th, 2009 at 10:08 am
syazmin – apa problem nye? aku assume ko nye setem tu dah harga seringgit kan? tp ada orang posmen tak tahu.. ye ke?
May 21st, 2009 at 12:16 am
lama aku tak jengah sini, harapan aku kalau menjengah ke sini adalah ko sudah ada anak 2, meleset sangkaan aku…weh tekong, kawenla…pastu buat majlis kat pwtc…ko kan bakal ada 10000 jemputan, gile petai la tekong…pemes…hehe
May 21st, 2009 at 11:47 am
firdaus – gile a pwtc.. aku buat kat tepi jalan je hahaha biar trafik jem
June 1st, 2009 at 6:13 am
serious baru tau…
syazmin kahwin?????!!!!!!!!
pehal semua org kahwin left, right and centre nih…
tekong bila lg? ;p
to syazmin, wherever you are, congratulations!!! \(^o^)/
June 1st, 2009 at 9:54 am
fecraze – aku tunggu ko ler. hahah. ladies first katakan