Kaitan Poligami & Poli-Niaga

hira-2032

Saya budak creative multimedia :p

Poligami = Satu lelaki beristerikan lebih dari satu

Poli-Niaga = Seseorang yang mempunyai banyak bisnes.

Poli-Niaga.

Baru-baru ini terdapat dua tawaran untuk mengajak aku menyertai bisnes mereka. Ini bukanlah bisnes MLM picisan, tetapi bisnes besar. Ada yang mengajak menyertai MDeC Preseed bersama-sama. Ada juga yang mengajak menjadi rakan kongsi. Tetapi kesemua tawaran ini telah ditolak, walaupun ada yang mempunyai masa depan cerah, tapi aku tolak.

Ini kerana pada hemat dan pendapat penulis, aku masih bukan seorang ketua yang teramat cekap. Aku bukan jenis yg heavily multitasking. Aku kena concentrate. Selalu sahaja dengar orang cakap “orang2 bisnes ni biasanya mempunyai banyak bisnes” . Haha ayat mcm ni lagi membuatkan aku memang bukan bisnesman, sbb aku ada satu je. Tapi mmg aku bukan berasal dari dunia niaga.

Aku berasal dari dunia pekerjaan, dan sampai sekarang masih bekerja, tetapi bekerja untuk syarikat. Buat masa ini hanya untuk syarikat.

Untuk pengetahuan pembaca, mereka yang mempunyai bisnes, dan juga mempunyai bisnes lain, biasanya sama ada mereka mempunyai pembantu, dan syarikat utama mereka sekarang ini sudah terlampau stabil. Jadi mereka boleh menyertai dan berkongsi perniagaan dengan orang lain.

Dibandingkan dengan aku, syarikat yang sudah merangkak, kini cuba berdiri bagaikan seorang bayi yang sedang bertatih, belajar berjalan. Alhamdulillah :)

Oleh kerana syarikat baru hendak belajar bertatih, sekiranya tindakan aku menyertai atau berkongsi perniagaan dengan memegang jawatan atasan dalam syarikat lain, aku rasakan aku mempunyai liabiliti tambahan. Aku akan mempunyai dua syarikat untuk aku kerjakan. Dan syarikat utama aku masih bertatih, tidak adil bukan?

Lebih baik aku tumpukan perhatian pada syarikat utama aku.

Kaitan Poli-niaga dengan Poligami.

Mempunyai isteri lebih dari satu menjadi idaman mana-mana lelaki. Poligami telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Turunnya Islam telah mengehadkan poligami kepada 4 isteri. Namun Poligami sebenarnya merupakan liabiliti dan terserah kepada kemampuan lelaki itu dalam berkelakuan adil kepada isteri-isteri mereka.

Dengan poligami, lelaki sebenarnya menambah tanggungjawab mereka. Sekiranya isteri pertama diberikan wang saku RM1500, begitu jugalah yang perlu diterima oleh isteri kedua. Kesamarataan mesti ada jadi tahniah diucapkan buat mereka para lelaki yang berjaya berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka. Lelaki yang berpoligami kebiasaanya mampu dari segala aspek, dari memberikan kasih sayang, dan harta benda. Kebiasaan poligami juga selalunya adalah selepas anak-anak mereka sudah pandai berjalan dan mungkin sudah Mumaiyiz. Poligami juga, kalau nak diikutkan, selalunya mendapat kebenaran isteri terlebih dahulu, cuma kita yang selalu didedahkan kepada berita-berita sensasi dimana mereka yang mengamalkan poligami dan tidak mendapat keizinan isteri, berita itu yang sampai dahulu ke media massa.

Persamaan diantara kedua ini adalah

Syarikat = Isteri : Liabiliti yang perlu dititikberatkan dan perlu dijaga. Kalau rasa betul mampu, sertailah bisnes lain juga.

Bagi aku, aku masih tak mampu untuk menjadi rakan kongsi perniagaan yang lain. Tapi takpe, sekarang aku mampu tersenyum, syarikat aku mula hendak belajar berdiri :)

//tamat artikel.

Harap artikel ini dapat memberi pencerahan dan memberi manfaat kepada semua :)

P/S: Nak handle satu company dah terkontang-kanting, inikan pulak kalau nak berpoligami – getus hati aku satu malam kui kui kui

P P/S: Gambar diambil semasa Kursus Komputer Budak2 Hira datang MMU 2 tahun lepas

P P P/S: Oh lagi satu, lihat portfolio terbaru Flavert = Arasmega.com

screenshot_021

Bacaan lanjut tentang website ini di blog syarikat kami.

26
Apr 2009
POSTED BY
DISCUSSION 5 Comments
TAGS

5 Responses to : Kaitan Poligami & Poli-Niaga

  1. Pingback: Kaitan Poligami dan Poli-niaga dari Ikhwan Nazri « InfoMalaya dot Com

  2. Bat says:

    Terkena batang hidung aku. Kesian anak-anak murid aku nanti kan, kalau terbiar dek aku ni bizi dengan kerja lain.

    Oh demit.

  3. ikhwan nazri says:

    bat – ke terkena batang hidung ko sbb nak berpoligami kofkofkof ( chapan aku suka la gelak ko )

  4. chapan says:

    sebab tu ada beza entrepreneur dengan businessman .. and bagi aku, kita bukan businessman.. kita just multimedia people yang hensem dan berani amek risiko dan of kos malas nak buat keje utk jadikan bos kita kaya.. kof2

  5. faiz says:

    huuu..ingat cita pasal kawin…bisnes rupanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>