Mangkuk, sudu, dan kaitan dengan dunia freelancerku

Aku pulang dari satu hari yang busy buat paperwork sahaja di Jusco AU2. Kepulanganku disambut dengan makanan yang sedap-sedap yang dibeli abahku di pasar malam. Mak pun berkata kepada ku:

Mak: Abg pergi dapur ambik mangkuk lagi satu.

Aku kembali dengan mangkuk. Tetapi aku tidak memenuhi citarasa ibuku, bukan kerana salah mangkuk tak besar atau tidak, tapi:

Mak: Mangkuk je dia bawak. Sudunya mana?

“Mintak mangkuk je, tak cakap pun nak sudu”. Getus hatiku. Aku sentiasa berbalah kerana setiap kali permintaan ibuku diutarakan, ada sahaja tambahan yang dia mahu. Apa boleh buat, memang itu Sunnatullah ( natural/hukum alam ) memang natural wanita lebih suka mengharapkan lelaki boleh membaca perasaan.

Apapun dia ibuku, dia terkecuali dlm kes diatas ini :p Kalau isteri aku pun terkecuali gak sebab kena manjakan bini hehe :p :p

Oke sambung. Sebab aku tak rasa nak berbalah, aku terus mengambil sudu diatas rak pinggan-mangkuk. Sebaik sahaja aku menyentuh sudu itu, aku terfikir,

“Aku patut memahami kehendak ibuku. Dia mintak mangkuk sebab nak makan laksa. Macam mana nak makan kalau takda sudu?”

Sebab minda aku masih berkerja, terus ku kaitkan dengan dunia kerja ku.

” Aku kena faham kehendak client aku “

Kita sebagai freelancer mahupun sesiapa jua yang mempunyai prospek untuk ditawarkan kepada client, haruslah mengambil berat mengenai kehendak client. Seandainya client mahu mendapat tempat teratas dalam enjin carian, haruslah kita offer pakej SEO. Seandainya client tidak mampu untuk buat page yang banyak, memadai satu page website sahaja tetapi mempunyai maklumat yang komprehensif dan padat. Seandainya client meminta tugas penjenamaan/branding terhadap logo mereka, kita harus menyediakan design logo tersebut, dan situasi logo tersebut bila digunakan dalam pelbagai keadaan ( hitam putih, 4 spot color, grayscale ) Ini hanyalah situasi contoh.

Dan pengajaran dlm situasi tadi, adalah seandainya aku bawa sudu, mesti ibuku memuji aku.

Tawaran yang menambahkan keuntungan

Satu lagi tips yang agak jauh dari situasi ini, kita boleh juga menawarkan extra package untuk setiap prospek untuk client kita. Contohnya

===situasi di Coffee Bean. Sedang menunggu client yang bakal tiba pada pagi tersebut, dan terus stay sampai petang===

Aku: The Ultimate Regular satu

Pelayan kat kaunter: Abang tambah lagi seringgit boleh dapat Large Ice Blended. Lagi besar lagi banyak. tengok saiz dia kat situ ( sambil jari menunjuk kat bekas large ice blended )

Aku: Okey [ + 1 ringgit ]

Pelayan kat kaunter: Nak tambah cream tak?

Aku: MMmmmmm (  3 saat ) .. boleh la [ + 1 ringgit ]

Pelayan kat kaunter: Nak kasi extreme tak ?Aku: Extreme tu apa pulak?

Pelayan kat kaunter: Extreme kasi lebih kopi, lagi pekat. ( sambil menunjuk kat poster kat dinding )

Aku: ( berfikir selama 10 saat sebab aku mmg duduk lama kat situ nanti ) bolehlaaaaaa [ + 1 ringgit ]

Pelayan kat kaunter: Semua sekali ( tah berapa belas dah lupa 16 kot. )

Aku: -__-!! ( padan muka sendiri sapa suruh main add add je )

===tamat situasi===

Erm anda boleh faham kah situasi diatas? dengan hanya 4 punchline dari Pelayan itu tanpa menggunakan kecantikannya, aku telah menyumbang tambahan keuntungan sebanyak RM3. Situasi yang sama juga boleh dialami di kedai-kedai makanan terutamanya. Pelayan-pelayan kedai kopi ini pandai berkata-kata berbanding yang lain. Mungkin kerana mereka dibayar mahal? Mamak berhampiran pun buat yang sama, cuma, dia cakap semua ada, tapi bila mintak boleh pulak takde. Apepun, cuba kaitkan situasi ini dengan dunia freelance anda.

Tak dapat kaitkannya? takpa. lihat contoh situasi dibawah.

===masih di coffee bean tadi===

Aku: Jadi beginilah proposal Tuan ya?

Client: Yup. Beginilah yang saya mahukan. Saya nak ramai orang tahu pasal kewujudan bisnes ini.

Aku: O okay. Tuan nak tak kalau saya buatkan sekali Search Engine Optimizer. Dengan SEO ni, tempat tuan boleh menjadi antara yang teratas dalam enjin carian google. Orang google je ‘(keyword dia)’ SEO ini akan tolong nama website tuan kat first page Google.

Pelayan kat kaunter: Boleh jugak. penting tu.

Aku: Kaachiingg! ( yay tambah untung company)

===tamat situasi===

Dapat kan apa yang saya maksudkan? Harap kisah saya memberi manfaat. Ingat

  1. Fahami kehendak client
  2. Cadangkan solusi berguna/servis yang boleh ditambah supaya keuntungan pun bertambah

Oh jangan lupa lagi satu, buat seorang lelaki, syurga dibawah telapak kaki ibu.

(sekarang zaman ekonomi meleset, situasi diatas tu pun sebab aku belum meleset lagi 2-3bulan lepas. sekarang hari-hari kat Jusco bawak air dari rumah, naik motor sebab jimat minyak dan tak perlu bayar parking serta menjimatkan masa tidak perlu terperangkap dalam kesesakan di MRR2 = Mesti Repair x2. Kawan aku mengatakan aku kedekut. memang pun :p kedekut untuk mende yang tak perlu, tak salah betul tak? :) )

10
Mar 2009
POSTED BY
DISCUSSION 19 Comments
TAGS

19 Responses to : Mangkuk, sudu, dan kaitan dengan dunia freelancerku

  1. betul3…

    Aku pun ada jugak pancing customer utk tambah service dan selalunya berjaya 😀

  2. abdusfauzi says:

    hurm.. tips yang bagus utk business. :)
    *noted down.*

  3. catzer says:

    tekong bawak chopsticks, mangkuk megi, sos cili, air masak..jom masak megi..hahahah

  4. ikhwan nazri says:

    izuddin.helmi – pancing yaaa pancing.. tp dlm memancing.. takle kasar.. nnt langsung tak dpt gege

    abdusfauzi – noted down dan sebar2kan 😀

    catzer – ini la anak dara zaman sekarang, pagi2 tido.. pastu masak megi je tau. ops terkantoi ? :p

  5. Eric Cartman says:

    satu ketika dlu hobby aku adalah mengumpul setem. tapi sekarang aku dapati hobby aku adalah mengutip kulit cengkerang.hmmm

  6. Irfan Jani says:

    Teruja aku membacanya. Benarlah apa yang tekong cakapkan tu. Orang panggil apa tu, upselling ke back end sales.. tak ingat dah. Memang susah kerja freelancing ni kan? Tapi mencabar.

  7. ikhwan nazri says:

    eric cartman – ingatkan hobi kau mengutuk kyle :p

    irfan jani – aah. upselling kot. tak sure bukan budak bisnes tau terms-terms ni :) apapun selamat datang ke blog saya yg biasa2 je hehe.

  8. Irfan Jani says:

    Kalau tekong selalu update, aku bolehlah selalu ke sini. Huhu. Sebab aku suka konsep Flash Wedding Card.

  9. Khai says:

    Info yang sangat berguna.. Thanks.. mengajar aku sesuatu hari ni..

    oh ya, dalam situasi terakhir, Pelayan kat kaunter leh tersesat join ngan client plak.. hehehe

  10. kairi says:

    sesuai sangat untuk aku tu..

  11. catzer says:

    Mana ada tido..lelap kejap jerklah…ko ni mengkantoikan aku plak 😛 Aku suke wedding2 ni mkn free

  12. ejon says:

    dia macam pi kat mapley

    “bos, kasi nasi lemak”
    “nasi lemak ayam aa..”
    “ha boleh lah”

    kaching.. tambah rm4.. haha satu punchline 😀

  13. ikhwan nazri says:

    irfan jani – er jgn harapkan content yg berkualiti sangat.. kadang2 je idea bagus.. sbb What I see is what you get :p

    khai – taklah.. pelayan kat kaunter paling untung sbb dia sebat aku ngan client aku nye duit ahahahhaha

    kairi – sesuai part mana ? :p

    catzer – hehe saje kantoi2kan :p

    ejon – tapi mamak tak style kot. haha. sebab kalau kau cakap Nasi lemak ayam sambal lebih.. dia akan panggil kawan dia lagi sorang utk explain apa itu ‘sambal lebih’ :p

  14. akira says:

    layanz…mekasih.bagi info penting utk aku yang baru berjinak dunia freelance nih..
    asek salah quote je masalah aku..haih~!

  15. ikhwan nazri says:

    akira – jgn salah quote ngan aku lak gahgahga

  16. narutohb2 says:

    haha! kalo camtuh mak ko tnye “bler nk kawen?” tuh tandenye dier nk cucu jugak dgn segere..;))

  17. ikhwan nazri says:

    syawal – ai ai mak ko ke mak aku yg tanye ni 😛

  18. aku says:

    selling skill yg ini biasanya org panggil over the counter or cross selling.. so mmg paling dlm market…topup is must and added value is a must.. try to read blue ocean strategy and you will be more idea on top of that..

  19. ikhwan nazri says:

    aku – blue ocean strategy = buku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>