Mangkuk, sudu, dan kaitan dengan dunia freelancerku
Aku pulang dari satu hari yang busy buat paperwork sahaja di Jusco AU2. Kepulanganku disambut dengan makanan yang sedap-sedap yang dibeli abahku di pasar malam. Mak pun berkata kepada ku:
Mak: Abg pergi dapur ambik mangkuk lagi satu.
Aku kembali dengan mangkuk. Tetapi aku tidak memenuhi citarasa ibuku, bukan kerana salah mangkuk tak besar atau tidak, tapi:
Mak: Mangkuk je dia bawak. Sudunya mana?
“Mintak mangkuk je, tak cakap pun nak sudu”. Getus hatiku. Aku sentiasa berbalah kerana setiap kali permintaan ibuku diutarakan, ada sahaja tambahan yang dia mahu. Apa boleh buat, memang itu Sunnatullah ( natural/hukum alam ) memang natural wanita lebih suka mengharapkan lelaki boleh membaca perasaan.
Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 


