kena tag ngan liyananaznim
Kali ini saya ditagged oleh LiyanaNaznim
Syarat dan peraturan:
- Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
- Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
- Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
- Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
***
- saya gemuk dan suka makan
- satu hari semasa berbual2 ngan partner in crime semasa di mrsm taiping dahulu, berbual dlm telepon, dia cakap suara aku dah macam robot. dia siap cakap lagi suruh get a life sbb kata bz je kan
- walhal, kebanyakan masa, aku buat-buat bz
- mempunyai masalah dengan warna, dan juga kiri dan kanan.
- suka kucing
- suka buat muka pelik/kelakar kat budak2 bawah umur. bukan seorang pedophile tetapi memang menyukai budak.
- sukakan kelajuan, baik dari segi masa yg diambil untuk menyiapkan kerja, mahupun di jalan raya
- ofis yang diidamkan adalah ofis google, tetapi pekerjaan yang diidamkan adalah bekerja mengendalikan eksperimen bersama Mythbuster di saluran Discovery. dan sangat mengagumi ArtLebedev. Harapan beliau Flavert Media Lab akan menjadi seperti itu, dan sedang berusaha kearahnya.
- sehingga sekarang, bilangan orang yang memotong rambut aku boleh dikira dengan jari, tak masuk lagi jari kaki. mereka adalah ibuku; budak SAMTEN: bird + mat nor yang terhiris telinga aku; mamak kat taiping; budak MRSM Taiping: Jijoe, mujib, ngan sorang atau dua lagi.. rasanya syafiq shafinei; Vivian Lim, Style Expert, The Met KL ( sebab dapat voucher discount + dia ni potong rambut tak pakai sikat, pakai jari je tp lawa lak tu. gile expert ), dan baru ni kat ampang, tapi tanak buat lagi dah. mak aku je paling reti potong. so total 10 orang.
- Masa kecik, aku pun heran tapi, ada cita-cita utk jadi tukang masak. pernah goreng hot dog pastu lebihkan mentega mcm kuah.. pastu campur dengan air konon2 jadi mcm gravy/brown sauce. esoknya, aku ngan adik aku sakit perut.
- sukakan hitam/stealth, perfomance, durability, agility & speed. itulah antara sebab barang2 aku at least ada salah satu atau dua property tersebut. jehuty = hitam + agility. Anubis = speed. Eruda = Speed + perfomance. Anne = perfomance + durability + hitam
- ada dua jahitan di badan. satu di bibir atas sebelah kanan dan satu di kaki kanan
- aku menabung, dan bila tabung tu penuh dengan duit syiling, aku cashkan hanya di CIMB MMU Cyberjaya. Ini adalah kerana kalau deposit kat sana, memang nampak la macam pelajar universiti yang tengah sengkek. setakat ni rasanya dah 4 kali dah cashkan. cashkan setiap 2 semester. rasanya semua deposit itu berjumlah RM400++
- sekarang ini, mempunyai satu habit baru = katakan tak nak pada plastik beg. buat masa ni tak beli beg lagi. rancang nak beli Switch Eco-Green bag. tapi dah mula melaksanakannya di Jusco, 7-Eleven dan dimana-mana
- dapat cash voucher sebanyak RM50 untuk barangan timberland pemberian abahku. pergi ingat nak beli seluar, tapi tak terbeli sebab masih diluar lingkungan bajet. kedekut kan ?
- bukan kedekut, tapi simpan duit untuk mende yang lagi perlu :p
dan 16 orang yang kena tag
- Nik Muammar Fahmi
- Ermi Farihah Lihan
- Pian
- Odin the Very Important Programmer
- RinaKeiko
- Farsha
- Elia
- Fahmishah
- KNizam
- Iwani Bitter Coffee
- Bali si pengantin baru TAHNIAH!
- Farah Azmi Ronan
- Ikram hakimi Ronan
- Hidayat Tay
- Nasz yang tak nampak jalan
- Ainee yang akan jadi cikgu di johor
Oh tahniah buat Edry Faizal dan Kamariah yang telah menjadi suami isteri minggu lepas. gila ignorant aku kat blog ni tak update2 haha. bawah ni gambar ni distort sebab lens Zati JinggaBiru yang saja nak mengenakan aku supaya nampak lebih pendek dan gemuk.

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 



December 28th, 2008 at 11:00 am
hahahahahaha pendek dan gemuk!
December 28th, 2008 at 4:58 pm
Pertama, perkataan pendek dan gemuk tidak sesuai di sini, perlu digantikan dengan perkataan “comel”.
Point No.16 tu, ehem ehem..Cepat skit cari calon. =P
December 28th, 2008 at 7:13 pm
norain = cessss… ko pun pendek kemetot
)
bat = oke para pendengar.. aku tak ckp aku comel. tp orang lain yg ckp aku comel ( ini taktik baru untuk tidak mengaku comel.. kalau mengaku orang ckp perasan
neway bat, susah la calon tu. mahal sangat. cube ko suruh Lamborghini kurangkan harga, atau sponsor aku, atau ko gi suruh kerajaan kurangkan cukai duti kereta import untuk menggalakan persaingan antara syarikat automotif negara dan pengeluar antarabangsa.
lamborghini itu perlu :p
December 29th, 2008 at 6:45 am
walaupun aku dah tgk gambar tu kat facebook,aku masih rasa mau gelak.
hahahah
btw,no. 13 tu idea bijak. mau tirulah.dah lame tak cash duit syiling
December 29th, 2008 at 2:00 pm
setuju ngn bat.. its spose to be comel!! ehehheehe
aku dlu slalu buat gak no 13.. tapi slalu hampaaa jek sbb tak byk pon.. gile ko smpai 400+ tuhhh
nnt aku jwb tag nihh tengkiuu momochi tag akuu
December 30th, 2008 at 1:43 am
liyananaznim – nnt kat mmu nnt smer orang tengok.. kaaachiiingggg
waniee – tips aku, tak pernah ada syiling.. hua hua.. smer syiling masuk tabung. ko bayang la kalau pergi shopping complex, baya tiket pakai duit rm 10
baki dpt RM8 = syiling 50 sen = 16 keping smer masuk tabung..
mana tak tabung aku kaya.. hahahaha
December 30th, 2008 at 12:17 pm
spesifikkan sikit masalah warna ngan kiri kanan tu!~
December 30th, 2008 at 1:42 pm
[...] sekian lama tidak di’tag oleh sesiapa, kali ini Ikhwan Nazri memberanikan diri menyenaraikan nama aku sebagai 16 orang yang kena tag. Antara syarat untuk tag [...]
December 31st, 2008 at 1:15 pm
g kawen pakai camtu? gile sempoi…
December 31st, 2008 at 5:42 pm
myeqa – nak pakai Ape lg da ?
December 31st, 2008 at 7:03 pm
fahmishah = aku rabun warna sedikit.. tp masih kenal merah hijau kuning.. kiri kanan tu.. kadang2 aku suruh belok kanan.. tp tangan aku tunjuk belok kiri. hahah
January 7th, 2009 at 11:26 am
sian bini edry, baru nikah da kene siku dgn ko
January 7th, 2009 at 2:29 pm
sebab aku tak dpt siku bini ko hahah. siku aku membawa berkat.. nnt anak2 edry smer buruk siku.
March 9th, 2010 at 1:48 am
It’s not actually my practice to post comments, but I thought I would say that this was outstanding.
-G
Free Energy for Your Home