kena tag ngan liyananaznim

Kali ini saya ditagged oleh LiyanaNaznim

Syarat dan peraturan:
  1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
  2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
  3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
  4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
***
  1. saya gemuk dan suka makan
  2. satu hari semasa berbual2 ngan partner in crime semasa di mrsm taiping dahulu, berbual dlm telepon, dia cakap suara aku dah macam robot. dia siap cakap lagi suruh get a life sbb kata bz je kan
  3. walhal, kebanyakan masa, aku buat-buat bz
  4. mempunyai masalah dengan warna, dan juga kiri dan kanan.
  5. suka kucing
  6. suka buat muka pelik/kelakar kat budak2 bawah umur. bukan seorang pedophile tetapi memang menyukai budak.
  7. sukakan kelajuan, baik dari segi masa yg diambil untuk menyiapkan kerja, mahupun di jalan raya
  8. ofis yang diidamkan adalah ofis google, tetapi pekerjaan yang diidamkan adalah bekerja mengendalikan eksperimen bersama Mythbuster di saluran Discovery. dan sangat mengagumi ArtLebedev. Harapan beliau Flavert Media Lab akan menjadi seperti itu, dan sedang berusaha kearahnya.
  9. sehingga sekarang, bilangan orang yang memotong rambut aku boleh dikira dengan jari, tak masuk lagi jari kaki. mereka adalah ibuku; budak SAMTEN: bird + mat nor yang terhiris telinga aku; mamak kat taiping; budak MRSM Taiping: Jijoe, mujib, ngan sorang atau dua lagi.. rasanya syafiq shafinei; Vivian Lim, Style Expert, The Met KL ( sebab dapat voucher discount + dia ni potong rambut tak pakai sikat, pakai jari je tp lawa lak tu. gile expert ), dan baru ni kat ampang, tapi tanak buat lagi dah. mak aku je paling reti potong. so total 10 orang.
  10. Masa kecik, aku pun heran tapi, ada cita-cita utk jadi tukang masak. pernah goreng hot dog pastu lebihkan mentega mcm kuah.. pastu campur dengan air konon2 jadi mcm gravy/brown sauce. esoknya, aku ngan adik aku sakit perut.
  11. sukakan hitam/stealth, perfomance, durability, agility & speed. itulah antara sebab barang2 aku at least ada salah satu atau dua property tersebut. jehuty = hitam + agility. Anubis = speed. Eruda = Speed + perfomance. Anne = perfomance + durability + hitam
  12. ada dua jahitan di badan. satu di bibir atas sebelah kanan dan satu di kaki kanan
  13. aku menabung, dan bila tabung tu penuh dengan duit syiling, aku cashkan hanya di CIMB MMU Cyberjaya. Ini adalah kerana kalau deposit kat sana, memang nampak la macam pelajar universiti yang tengah sengkek.  setakat ni rasanya dah 4 kali dah cashkan. cashkan setiap 2 semester. rasanya semua deposit itu berjumlah RM400++
  14. sekarang ini, mempunyai satu habit baru = katakan tak nak pada plastik beg. buat masa ni tak beli beg lagi. rancang nak beli Switch Eco-Green bag. tapi dah mula melaksanakannya di Jusco, 7-Eleven dan dimana-mana
  15. dapat cash voucher sebanyak RM50 untuk barangan timberland pemberian abahku. pergi ingat nak beli seluar, tapi tak terbeli sebab masih diluar lingkungan bajet. kedekut kan ?
  16. bukan kedekut, tapi simpan duit untuk mende yang lagi perlu :p
dan 16 orang yang kena tag
  1. Nik Muammar Fahmi
  2. Ermi Farihah Lihan
  3. Pian
  4. Odin the Very Important Programmer
  5. RinaKeiko
  6. Farsha
  7. Elia
  8. Fahmishah
  9. KNizam
  10. Iwani Bitter Coffee
  11. Bali si pengantin baru TAHNIAH!
  12. Farah Azmi Ronan
  13. Ikram hakimi Ronan
  14. Hidayat Tay
  15. Nasz yang tak nampak jalan
  16. Ainee yang akan jadi cikgu di johor

Oh tahniah buat Edry Faizal dan Kamariah yang telah menjadi suami isteri minggu lepas. gila ignorant aku kat blog ni tak update2 haha.  bawah ni gambar ni distort sebab lens Zati JinggaBiru yang saja nak mengenakan aku supaya nampak lebih pendek dan gemuk.

dsc_03642
28
Dec 2008
POSTED BY
DISCUSSION 14 Comments
TAGS