Press Release: Bila aku mau kahwin?

Soalan paling popular terkena kat aku buat masa ni sebab

  1. sabau dah kahwin
  2. syed huzaifah kahwin 10hb ni
  3. edry faizal kahwin 20hb ni

Apsal tak tanya syawal ker.. aih. tanye aku lak ‘ko bila tekong?’

ha nih jawapan aku:

sesungguhnya setiap manusia itu telah tercatit nasib dan takdirnya dalam kitab Lauh Mahfuz semasa beliau lahir. Meskipun manusia itu telah tercatit segalanya, namun begitu manusia masih menentukan arah hala tujuannya. Contohnya telah tercatit manusia itu akan mendapat kekayaan, akan tetapi kekayaan itu berpunca dari hasil usahanya. andai tanpa usaha, mungkin ianya nasib. justeru, nasib dan takdir adalah sesuatu yang ghaib yang tidak mampu tercapai akal fikiran seorang manusia yang mempunyai hadnya tersendiri.

Analogi pasal nasib dan takdir ini adalah seperti begini

Ada satu jalan, jalan maut yang meragut banyak nyawa. selekoh takle blah. papan amaran ‘kawasan kemalangan’ telah pun diletakkan.anda lalu disitu. anda tanya diri anda

  1. anda nak memandu secara cermat atau?
  2. anda tahu tu kawasan kemalangan, tapi anda memandu secara leka dan merbahaya

anda pandu secara cermat pun boleh kemalangan kalau ada orang lain memandu secara merbahaya. tapi tidakkah tindakan anda itu ( memandu secara cermat ) mengurangkan risiko kemalangan dan penumpang serta polis pun takkan salahkan anda sebagai pemandu yang telah menjalankan tanggungjawabnya, membawa secara cermat.

Nak kata aku tak carik, ade je aku selalu carik. Nak kata aku jual mahal, ptuih jauh sekali aku bukan hensem nak jual mahal. aku tamau pun nak kumpul harta banyak2 sebab seseorang dah mengajar aku harta bukan segalanya walaupun ianya amat diperlukan dialam yang fana ni. dan aku bukanlah manusia yang tidak berusaha dalam mencari teman hidup, cumanya bak kata Syah Mardan dalam Hikayat Syah Mardan ( yang sedang aku animasi-kan )

“takdir belum menentukan untuk kita bersama”

Aku yakin hari itu akan tiba, tapi bila aku tak tahu. mungkin aku mati muda siapa tahu.. so jawapan utk bila aku kahwin

aku tatau :p dan sebolehnya, masa aku umur 25 kot. kalau idup la.

oh ya jangan lupa, BarCamp JB sabtu ahad ni. aku akan pergi naik kereta dari KL. sapa mau tumpang? satu seat dah diambil orang. gagaga.

02
Dec 2008
POSTED BY
POSTED IN funny stuff WISIWYG
DISCUSSION 14 Comments
TAGS

14 Responses to : Press Release: Bila aku mau kahwin?

  1. azraai says:

    jadi kaya dulu la.

  2. ikhwan nazri says:

    azraai – sahabat nabi yang takde ape ape dtg berjumpa Rasulullah tanya ape dia kena buat ape, Rasulullah suruh menikah. Pastu dia jadi kaya.

    aku kena kawin dulu kot ahhaha.

  3. Emi says:

    Soalan cepu mas yg aku slalu dapat gak nowadayss… aihh.. im the next in line to get married belah mak aku..

  4. Bat says:

    Bali pun dah nak kawin. Hehe..

    Sudah la Tekong, cepat pergi amik kursus kawin, mana tau kalau2 lepas tu ada jodoh(macam takda kaitan ja, huhu) Boleh kami kawan-kawan ni merasa makan nasik minyak. =D

    Nak pergi barcamp, tapi sekarang aku kat penang. Aduh melepas lagi, huahuahua.

  5. ikhwan nazri says:

    emi – ko untungla dah kerja tempat besar.. nnt dapat la datuk
    bat – aah eh.. aku dtg kenduri bali time dia nye. aku dah amek kursus kahwin kot. tapi tah.. sebab aku tak pandai mancing macam ko kot.. :p

  6. Bat says:

    Yaw, mancing ikan dengan mancing awek tak sama la. Hahaha..Kalau nak mancing ikan, meh la tasik permaisuri, join aku, kekeke

  7. syawal says:

    dem! apsal nama aku ade plak kat blog ko.haha!
    dh la edry lupekan aku sbg ahli isra’.haihh…

  8. liyananaznim says:

    btw,umur 25 adelah lagi 2 tahun. aku doakan yg terbaekk utk ko. insyaAllah 😉

  9. Najib says:

    Hamba meminta maaf klau soalan hamba psl kawin kat encik tekong mengundang rasa sakit di hati. hah aper lg pegi la berubat cari awek . huhu . bila lu nk kawin ni, serious beb?

  10. ikhwan nazri says:

    syawal – sbb ko ahli isra la ade nama ko hehehe
    liyananaznim – aww mu sunggo sweet… thx 😀
    najib – kan dah jawab atas tu :p

  11. Syawal: Kau bukan dilupakan tapi selalu diluar coverage dalam erti kata lain selalu tak online. Kalau online pun semata-mata sebab ada ‘org tu’ cari lalala.

    Perghh sampai ada press release tu. Ye la perlu jugak. Sebab tekong ni dah la CEO, ada perdana, baik hati, taat pada Allah, berilmu. Memang most eligible bachelor yang mana ramai nak tahu bila dia nak tamatkan bachelor dan dapatkan master:D

  12. ikhwan nazri says:

    edry – ceo la sangat ptuih. ni perdana abah aku la.. lain la ko.. viva sendiri. agaga. bila la nak beli peugeot 406 atau peugeot convertible coupe :p

  13. syazwan says:

    Baru teringat, rupa2nya tunang aku sama sekolah agama ngan ko dulu, tapi korang tak kenallah masa tu, huhu. Anyway, yang penting jangan putus asa mencari teman hidup. Ramai je yg menanti nak kawin dgn CEO macam ko, betul tak Edry? 😛

  14. ikhwan nazri says:

    syazwan – aku dah cakap.. aku mmg fokus pada pembelajaran :p kalo aku kenal mesti ko tak bertunang de.. tp yela.. time tu apemende la aku tau.. tunang ko leh jadi proof yg aku….. err aku….. errr…

    pemalu orangnya :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>