Tendang cikgu, salah siapa?

Pertamanya, Flavert tak memenangi MSC-Apicta Award untuk kategori Best of Tourism & Hospitality. takpe, tahun depan cuba lagi. ( tie kambing hitam tu punca kekalahan -__-  )

Berbalik kepada topik asal, semalam lagi dah terkejut bila berita pasal murid tendang cikgu ada dlm tv. Pagi saya tadi dimulakan dengan santapan cekodok pisang dan nescafe O. Bila baca berita murid tendang cikgu dalam paper berita harian, hairan jugak, sebab berita semalam dlm berita harian, ada berita bertajuk

Merotan tidak dilaksana semula – ms/13

elok sangatlah, pada hari yang sama berita ni keluar, murid tendang cikgu kat perlis.

rasanya bagi mereka yg dlm lahir sebelum tahun 90, tahu apa maksud rotan. rotan ialah perbuatan menyebat pelajar DENGAN TUJUAN UNTUK MENDIDIK, bukan untuk kekejaman. Antara material rotan yang pernah aku rasa adalah, pembaris kayu, rotan buluh, getah paip. malahan, aku antara pelanggan rotan cikgu abul kat samten dulu. antara sebab aku kena rotan

  1. subuh lambat. selalu jadi imam jemaah kedua.
  2. lambat pergi prep
  3. paling takle blah bila setiap kali dorm check untuk solat berjemaah, ada sorang dua kat dorm, satu dorm kena rotan.. piap!
  4. masbuq solat. masbuq bermaksud kita join solat jemaah time raakat kedua dan ada baki. ha.. elok lepas tu.. kena gi depan, piap!
  5. dan kerana sebab2 khusus yang tidak semena-mena. ( mcm cikgu abul nampak budak2 masih main futsal walaupun dah azan maghrib )

kat buntut, kat tangan, kat kaki, kat buku lali, kat lengan.. dah pernah rasa dah.
teringat aku ngan ustaz hamzah dulu. ada sekali tu, mungkin baru selepas sukan asrama, hampir satu block tak bangun subuh. beliau dtg ke hostel block lelaki. kemudian, sebab kitorang tak bangun gak, dia menjerit berteriak bergema bergegar satu asrama lelaki mengejutkan semua sambil menghayunkan rotannya sehingga memecahkan tingkap2 dorm tertentu. rasanya ada yg terkena hayunan dia.
kesemua pelajar lelaki asrama didenda sambil mendengar ceramah beliau. beliau bernada sedih, dan berkata, ( ayat sebenar mungkin berbeza, tp saya sampaikan dlm pemahaman saya sendiri )

tahu tak tinggalkan solat tu dosa. saya warden kamu. saya tak mahu saya disoal di akhirat kenapa kamu semua tak bangun subuh berjemaah. setiap salah  seorang dari kamu tanggungjawab saya. ibu bapa kamu hantar ke sekolah ini dan mempertanggungjawabkan saya untuk mendidik kamu… saya pun tak suka dengan apa yang terjadi tapi, ini memang tanggungjawab saya untuk mendidik kamu.

itu cerita di samten.kemudian, aku dah tak rasa rotan tu.

tapi tak lama kemudian,cikgu kena saman. cikgu takleh rotan. jentik pun takleh. cubit pun sama. aku jumpa cikgu abul ngan ustaz hasmuri pun diorang cakap susah nak mendidik budak2 zaman sekarang

sebab takut kena saman.

pastu, kerajaan komplen tak ramai orang nak jadi guru. bukan tak nak jadi, tp takut kena saman… ibu bapa skang smer kaya. takpun nak kaya cepat, saman saman upah lawyer pastu lawyer lauya sket kat mahkahmah cepat je dapat duit.

dulu guru dihormati, sekarang guru macam orang gaji, orang gaji untuk mengajar.

tak semua guru sekarang tak dihormati, aku akui. masih ada guru guru muda yg aku respek. masih ada anak muda berani menjadi guru demi mendidik pemuda pemudi harapan negara seperti bat ( iklan sket bat ni baru amek kursus kahwin :p ) tapi, tidakkah tindakan sebegini, tendang guru, saman cikgu, menjatuhkan reputasi dan martabat guru?

aku rasa, tokoh2 sekarang, usahawan2 sekarang, pun pernah kena rotan.

dan rasanya, merotan patut dilaksana TETAPI DENGAN TUJUAN MENDIDIK.. apa kata anda?

P/S: beli bow tie tp masuk2 tengok ramai pakai tie biasa… sbb aku ni segan, pakai la tie biasa. haha.

18
Oct 2008
POSTED BY
POSTED IN Artikel Issues WISIWYG
DISCUSSION 23 Comments
TAGS

23 Responses to : Tendang cikgu, salah siapa?

  1. Najib says:

    Aku agak setuju ngan cik tekong… aku pon kena rotan (pelbagai medium dan method) waktu kena tu mmg kegeraman y amat sgt tp bila pikir balik skrg it is part of education

  2. DilaSuhaila says:

    huhuhu..tau xpe…mmg susah jadik cikgu sekarang..bdk2 ni jenis melawan..da malas satu hal…ade cikgu2 veteren y komen ckp la..bdk2 dulu..even bdk2 kelas belakang still hormat cikgu…bdk2 skrang..?huhu..bila jadik cikgu neh bnyk blaja…

  3. faiz says:

    lepas nihh ada la plak murid gigit telinga cikgu. Pengalaman nihh memang cikgu2 akan kena, mak aku dah 20 tahun jadik cikgu, dari calarkan kereta,sampai lampu kereta pecah, tayar pancit, mak bapak dtg rumah maki2, sampai anak murid ajak bertumbuk. Kalau dah lahabau tak gheti nak hormat guru,mcm tuhh la perangai dia.

  4. ehsanhanafi says:

    aku sokong!
    aku pon same la kne rotan ngan ko pasal aku 1 dorm ngan ko kan..
    rindu la plak kne ceramah ngan cekgu abol..
    joging pkol 3 pg..kne sembur air bomba lps jog tuh..hapenning!

  5. ikhwan nazri says:

    najib – patut la ko kurus kering.. aku, lemak aku berjaya menahan sedikit kuasa rotan yang dikenakan. huehue.
    suhaila – aah.. ko kan cikgu.. ape pengalaman cikgu muda ngan pelajar muda?
    faiz – ko jgn.. putus telinga cikgu. mak ko cikgu disiplin ke ?
    ehsan – haha.. mandi ko air sejuk kul pagi.. huehue.

  6. sam says:

    I agree with rotan, but for students lar. University onwards kalau kena rotan lagi itu tak best… but sebelum tu, patut ada option rotan utk tujuan mendidik

  7. vanqif says:

    aku ingat lagi masa sekolh dulu sanggup lompat terjun dari tingkat satu semata-mata takut kene rotan sebab lambt pegi prep…huhuhu

  8. emi says:

    Aku pun pernah kena rotan sebab ponteng kelas.. huahuaha… Yes, budak2 zaman skarang are spoiled! 90′ dan keatas

    Dulu cikgu dipandang tinggi, profession yg dihormati.. ( my grandpa was a teacher.. ramai orang sanjungi dia.. ) but now cikgu is like orang gaji yg mengajar.

    Hurm.. ape nak jadi zaman sekarang…

  9. Bat says:

    Terkejut jugak pasal berita tu. Tambah-tambah melibatkan pelajar perempuan. Rasanya banyak kes lagi, cuma tak sampai ke pihak media, kan?

    Aku yang tak jadi cikgu sekolah rendah ni pun dah rasa bahang keperitan nak jadi cikgu(2010, Insyaallah baru jadi, sila doakan saya). Tapi dah pernah rasa mengajar dalam kelas, jadi memang tahu, bukan senang nak control kelas. Kalau anda rasa mengajar itu senang, sama ada anda menipu, atau pun anda memang hebat, hehe..

    Setuju dengan highlight entri ni, merotan itu PERLU untuk tujuan mendidik. Tapi ada jugak segelintir cikgu yang menyalahgunakan kuasa merotan yang ada dulu(Cikgu pun manusia biasa, kan?)

  10. DilaSuhaila says:

    yng aku nmpk la..bdk2 skrang ni kuat melawan…
    yang x best nye..if la bdk2 ni ade wat salah,n panggil parent..parent mmg akan pertahankan anak die smp die ckp “cikgu ape tahu..cikgu bukan kenal anak saye” huhu..kesian aku tgk cikgu2 y kene maki tu..parent dtg serang..masalnye bdk2 ni x tunjuk peragai kat rumah.die akan tunjuk kat sekolah..jadi most of parent xtau perangai anak die.
    tp bukan suma la parent camtu.ade y jenis old school nye parent..parent cam ni bgs..mau dgr.bincang elok2..
    conclusion,bidang perguruan ni mmg kene bnyk sabo…sgt2..jgn sama kan perangai bdk2 skarang ngn zaman kite2 dulu..lain sgt2..

    p/s:hehe..bnyk pula aku bercerita..one more thing,dieorg ni sgt2 gle2 kat myspace

  11. ikhwan nazri says:

    sam – univ students kalau kena rotan… memang tak faham faham namanya :p what’s up bro.. lama tak nampak hehe
    vanqif – aku lagi lah. pernah turun ikut bumbung kolam mandi.. kaki sakit terjun tinggi huhu.
    emi – wah. nice profession. now, mmg mcm orang gaji
    bat – amin insya-Allah. time tu ko ngajar derang blogging eh? huehue. guru pun manusia biasa tp tulah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tp buat ibu bapa pun, kalau nak memahami profession perguruan, patut ibu bapa meneliti ape itu tanggungjawab/peranan guru sendiri secara menyeluruh dan kolektif dan bukan meneliti guru itu secara selektif…

    mungkin konfius ngan statement diatas dia mcm ni analogi.

    kalau ingin tahu pasal agama, jgn tengok pengikutnya, rujuk kitabnya
    kalau ingin tahu pasal perguruan, jgn tengok orangnya, rujuk peranannya

    suhaila – “cikgu mana kenal anak saya” . hello.. anak tu pergi sekolah hampir 12 jam siang hari. balik lagi 12 jam = 4 jam kat rumah + 8 jam tido ( budak2 tido awal ) dlm masa 4 jam, mampukah mak ayah kenal perangai anak. belum kira kalo makbapak kerja. lagi lah.

  12. azraai says:

    salah siapa? najib. kenapa? cari sendiri.

  13. DilaSuhaila says:

    haa..tau xpe…rasa nk je dieorg tu jadik cikgu..lecture senang sikit keje nye…cikgu ni haa..

  14. bantingboy says:

    bagi aku, rotankan aje. mengada betul budak2 zaman sekarang. tak takut cikgu. dulu, cikgu jeling je aku dah cuak gila..

  15. ikhwan nazri says:

    bantingboy – cik skang kalo jeling, bebudak ingat syok kat derang aha

  16. zafee says:

    banting boy? 😛

  17. chapan says:

    ekceli aku salahkan parents. kalau parents tak sapot, takkan budak2 naik kepala. stgh parents buat “aku tanak anak aku calar skit pon (sayang punya pasal) , kalau calar.. siap la” tu yg silap. tu yg budak2 naik kepala/spoiled/mengada2/gedik etc etc. And separuh dari yg jadi mcm tu nnt in the end lagi teruk as they grow up..

    aku kalau kena rotan/denda, diam2 sudey. pasal mak aku cikgu disiplin. pastu kalau aku balik ckp aku kena rotan/denda .. mmg jadi rotan/denda kuasa dua je pasal motto mak aku “cikgu tu rotan mesti sebab ade salah.. meh mak bagi lagi” T_T

    tp aku thankful pasal benda2 tu yg ajar kite nak idup. tu yg skrg aku hensem. kofkof.

    p/s: wow karangan… pfft

  18. ikhwan nazri says:

    zafee – aku ingat ko gak td
    chapan – woh. mak ko pun mesti kena calar kereta kan ?

  19. Fahmishah says:

    aku pernah kena rotak gak-sebab x dtg kelas tambahan. cikgu besar yg rotan

  20. ikhwan nazri says:

    fahmishah – rotak rotak rota mmg sedap :p

  21. DilaSuhaila says:

    hahahaa..cikgu besar…besar mane la cikgu tu

  22. bedak says:

    peh kt skola kena rotan kena penampar kt umah lg dasyat kena payung trus. ilek je aku.tak mati pun..bebudak skang eleh,sentuh ngan jari pun nak repot mak bapak..pigidah!harapan la nak bagi tgjwb kt org2 camni nak pimpin negara nanti.

  23. ikhwan nazri says:

    bedak – harap2 kita rilek cepat.. mati cepat ke.. sblm negara tunggang langgang agaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>