Assalamualaikum warahmatullah. disclaimer: artikel ini ditulis bertujuan untuk menasihati rakan seagama saya. dan bagi yang beragama lain dari islam, harap entri ini dapat sedikit sebanyak mendidik anda. jgn kata saya selfish, seandainya ada perkara mengenai agama anda yang saya patut tahu ( mcm pantang larang ) kemukakanlah dan berbincanglah secara baik.
disclaimer ni bukan ape.. sensiviti kaum menjadi mainan politik kebelakangan ni. dan aku tak maublog aku jadi bahan mainan lak.kasihan politikus ni, mereka mungkin masa kecil tak sempat main pokemon,jadi derang mainkan sensiviti kaum.
kenapa tiba tiba wujud isu ‘arak di web’ rujuk blog post ini. aku hinggap kat blog tu melalui megat, rakan twitter. selepas membaca kedua-dua post tersebut, terus aku login account nuffnang aku untuk melihat andai ada pilihan untuk membuang iklan berkaitan arak.
puas aku cari.. tiada. mungkin aku rabun tak nampak pilihan itu. tetapi yang nyata advertlets ada, kat mula mula login ade preference.bagi aku.. andaikata fungsi yang sama terdapat di nuffnang, bukan salah nuffnang kalau pengguna tak kecualikan penggunaan iklan arak tersebut. akan tetapi, jika fungsi tersebut tidak disediakan, lebih elok dan patut bagi nuffnang menyediakan fungsi tersebut. atau kiranya memang wujud fungsi tersebut, nuffnang lehla membuat pengumuman bagi memperbetulkan keadaan ini.
nasib baik blog aku takde iklan arak ni. kalo ade.. terpaksa off jap nuffnang.
—–update dari pihak nuffnang : Fariz ( komen rujukan dibawah )
- iklan dari nuffnang biasanya ada notis. (betul tuh.. aku pun dapat )
- semasa notis, kalau ada bantahan terhadap iklan. sila kemukakan
- terdapat 1 filter utama, ‘religion’ dlm ‘profile’. kalau islam. dia takkan display/invite iklan arak2.
- andai kata ‘accidental case’, harap maaf. tetapi 2nd filter akan diwujudkan, tickbox on-off untuk arakdan bahan berkaitan.
——
isu kedua: halal haram kerja multimedia
suka untuk aku sentuh perkara ini kerana dahulu sebelum aku ngan sabau kerja dengan satu syarikat ni, dia meminta kami untuk buat website yang berkaitan rokok dan arak. kami bersama mempunyai delima designer. ” konfem dpt kerja dengan syarikat ni. tapi kalau tak nak buat kerja berkaitan rokok dan arak dengan syarikat ini, takut takde syarikat yang lain nak ambil kitorang?”
nasib baik pada masa tersebut, rakan sekelas, Candiece, mencadangkan kitorang supaya menerima tawaran kerja itu tetapi meletakkan syarat-syarat supaya syarikat tersebut faham dengan kehendak kami. antara syarat yang kami letakkan.
we will not working with any projects that related with gambling, tobacco, pornography, liquor as it is not a permitted thing with our religion, that is islam.
Alhamdulillah, mula mula ingatkan dia tak ambik kitorang sebab syarat kami. tetapi beliau ambil juga kami bekerja dan dengan syarat ni, beliau menjadi lebih concern dengan kehendak kami sebagai seorang muslim. ade juga disediakan tempat untuk bersolat dan berbuka bersama kami.
jadi, buat para designer/pereka multimedia yang mempunyai majikan bukan islam, seeloknya sekiranya risau diri melakukan perkara-perkara diatas, tetapkan sahaja syarat sebelum diambil bekerja.sekiranya majikan anda memerlukan anda bekerja sehabis baik, anda juga punya hak. andai kata kalau tak dapat, contohla, syarikat multimedia tu adalah yang terhebat di malaysia, sangat2 hebat dan menjadi impian dari kecik untuk bekerja disitu tetapi mereka tidak dpt memenuhi syarat pekerjaan anda sebagai seorang muslim, yang tidak mahu bekerja dengan perkara yang diharamkan,takpe, keraskan hati, adalah hikmahnya tu dan mungkin terdapat peluang lebih baik di syarikat lain seperti kami ( cewah :p )
tapi lagi haru kalau bos.. nama je muslim, tapi tak hidup sebagai seorang muslim. tanggungjawab kita untuk berdakwah walau sedikit.
artikel pilihan sempena bulan puasa untuk dibaca - sila baca ya
// pergi ke times square untuk berbuka bersama geng isra’ yeahu!.