Nur Ramadhan 1429 Hijrah
Assalamualaikum Warahmatullah dan salah sejahtera buat para pelawat blog saya. Bulan ramadhan kali ini sebenarnya sangat beerti bagi saya kerana saya menemui sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup saya Insya-Allah.
Bukan wanita yang ku temui :p
Saya menemuinya sewaktu beriktikaf di Masjid Shah Alam. Iktikaf bermaksud duduk di masjid, melakukan amalan2 sunat. Iktikaf juga bermaksud amalan dimana kita memfokuskan diri hanya kepada Allah. One to one.Saya menyertai program Study@Institusi Usrah kerana dapat bilik ngan bebudak usrah dan juga, salah satu ‘getaway’ saya dari dunia kerja saya. Mereka berhempas pulas Study dan saya pula menghabiskan masa siang dengan membaca buku “Berani Kaya, Berani Takwa” buku tulisan Anif Sirsaeba.
Salah satu ceramah dlm program iktkaf tersebut telah memberikan saya sesuatu dan saya berharap dan berdoa pada diri sendiri agar tidak melupakan perkara ini. Penulisan artikel ini adalah salah satu cara untuk menyedarkan saya semula.
Saya dapat merasakan yang saya dapat memahami fungsi bulan puasa ini wujud dalam kalendar islam. Dalam 12 bulan dalam kalendar Tahun Hijrah, bulan ramadhan ini juga diwajibkan kepada muslim untuk berpuasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari, iaitu dari subuh sehingga maghrib.
Puasa pula bermaksud tidak makan dan minum dan JUGA menahan nafsu diri dari melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan islam. Secara amnya, saya dapat menahan diri dari tidak makan dan minum. Khusus pula, mestilah menahan nafsu diri dari melakukan sebarang perkara mungkar. Tetapi, berapa banyakkah perkara mungkar yang telah dapat kita hindari selama mana berpuasa ini? Lidah saya setajam pedang, cakap main lepas je huhu.
1. Perihal Haus dan Lapar
tapi di bulan puasa, kita akan kurang bercakap. lagi banyak bercakap lagi cepat haus. jadi secara tak langsung dapat merendahkan ‘possibility’ kita untuk mengumpat. Dan apabila lapar, badan kita sebenarnya bekerja dengan lebih cergas kerana tiada tenaga diperlukan untuk mencerna makanan. sebaliknya, tenaga tersebut disalurkan kepada otak yang membolehkan konsentrasi 100%. Andai kata kita selalu makan, tenaga badan banyak digunakan untuk mencerna makanan itu sendiri. ( dalam kes office job ).
2. Perihal Sahur
Andaikan ini bukan bulan puasa, Sahur itu boleh dikatakan hampir sama dengan Sarapan. Sarapan semasa/sebelum subuh. Kalau diikutkan, pekerja yang tidak terlepas sarapan mempunyai tenaga lebih berbanding pekerja yang tidak bersarapan. cukuplah makan sedikit, alas perut buat tenaga.
3. Perihal Solat Sunat Terawih
Solat Sunat Terawih dilakukan selepas solat Isya’. bergantung kepada kemampuan, ada yang buat sampai 8 + 3 dan ada juga buat 20 + 3. buat yang mana termampu. hikmah disebalik Solat sunat terawih ini adalah bagi kita untuk memperbanyak amalan solat sunat seperti solat sunat ’sebelum dan selepas’ solat, solat witir, tahajud, hajat, dan lain2 lagi. sekiranya kita mampu untuk menunaikan solat terawih 20 rakaat, pastinya kurang masalah untuk kita melakukan solat sunat seharian, sebelum dan selepas.
4. Perihal Tadarus
Tadarus merupakan amalam membaca Al-Quran. Khasnya dlm bulan ramadhan, pengamal tadarus biasanya akan mengkhatamkan Al-Quran dalam sebulan ini, baik seorang mahupun berkumpulan. Hikmah disebalik Tadarus ini adalah untuk menyemai amalan membaca Al-Quran seharian selepas bulan ramadhan.
5. Perihal Zakat
Zakat ialah cukai yang dikenakan keatas orang islam. Wang Zakat ini akan digunakan dan diberikan kepada mereka yang layak menerimanya ( asnaf ). Setiap muslim wajib keatasnya dua jenis zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Pendapatan. Zakat Fitrah ialah zakat yang wajib dibayar setiap bulan Ramadhan. Hikmah Zakat ini adalah untuk memupuk sikap bersedekah dikalangan muslim. Banyakkan bersedekah. Malah, tidak terhad kepada wang ringgit, sponsor makanan pun jadi. renungi hadis ini:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya [Ali Imran 3:102]
dari selalu tinggal solat > tak miss solat
dari banyak mengumpat > tak ngumpat
dari kurang baca al-Quran >mula banyak baca al-Quran
dari tidak menutup aurat > menutup aurat baik lelaki atau perempuan
dari kurang mengamalkan amalan sunat > memperbanyak amalan sunat
dari kurang muhasabah > banyak muhasabah/iktikaf
dari kurang datang masjid > rajin datang masjid
dari kedekut > kuat bersedekah
dari terkinja-kinja > menjadi ninja, senyap ( mana ada ninja bising weh/lawak takle blah )
P/S: dengarkan lagu Nur Ramadhan,karya terbaru kumpulan Demascus
P P/S: mungkin anda dah tau Adobe CS4 dah keluar. Ini review pasal Flash CS4 sahaja.
P P P/S: Satu lagi kad kahwin interaktif WeddingKami a.k.a produk Flavert Media Lab telah siap. Tahniah buat pasangan Aimran-Sufya yang akan berkahwin. Lihat kad kahwin interaktif mereka disini.
Sebelum saya memulakan perihal ini, suka saya ingatkan saya tulis artikel ini dengan melihat cermin keatas diri saya sendiri.
Renungkan balik, tahun kedua hijrah adalah tahun banyak perkara yang disyariatkan didalam islam. antaranya puasa. sekiranya Iman adalah satu tahap yang Rasulullah dan Sahabat kena capai sebelum berhijrah dari Mekah ke Madinah, maka Takwa adalah tahap seterusnya untuk Rasulullah dan Sahabat capai. Itu sebab, ayat diatas, yang mensyariatkan amalan puasa, didahulukan dengan ‘orang beriman’ dan diakhiri dengan ‘ menjadi orang bertakwa’. Bermaksud, Rasulullah dan sahabat sudah beriman, dan kali ini, mereka akan menaikkan tahap Iman mereka ke tahap Takwa.
Sungguh, diakhir Ramadhan ini, saya masih bertarung dengan nafsu agar tidak melakukan kemungkaran.

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.




September 29th, 2008 at 2:32 pm
yang bagi ceramah haritu nama dia abg zainal eh..?tak tau sbb msk bilik lewat..tp mmg terkesan dan tersedar dgr ape yg dia share haritu.
September 29th, 2008 at 11:45 pm
nasz - tula masuk lewat.. ape nak jadi ni. tu baru takat tazkirah je. lecture smer mesti lambat. ish ish ish ape nak jadi bebudak zaman sekarang
October 6th, 2008 at 1:31 pm
*insaf…
October 6th, 2008 at 7:10 pm
uhu