sakit gigi dan kaitan dengan azan masjid yang tidak kedengaran.

tadi on the way ke subang jaya menggunakan KESAS. lalu nampak signboard kinrara, teringat pada kontroversi teresa kok juga. andai korang rakyat malaysia, patut tahu ape jadi ngan kancah politik negara. macam-macam ada macam bazaar ramadhan juga.

pastu, sakit gigi melanda. teringat tentang artikel ini berkenaan masalah PA System yang dihadapi oleh masjid tersebut. sementelah kesakitan gigi yang dihadapi, terhasil satu analogi

aku ni, kalo korang kenal, memang banyak cakap. cakap takleh berhenti. jadi orang yang jumpa aku hari-hari selalu cakap dan merasakan aku ni friendly dan peramah. tapi satu hari, aku sakit gigi, aku lagi banyak senyap dari hari-hari biasa - sekiranya aku jumpa kenalan baru pada hari itu, tentunya orang itu mengganggap aku pendiam, tak peramah dan tak suke bercampur gaul. mungkin jadi lebih teruk andai kata orang yg hari-hari aku jumpa, berburuk-sangka melihat aku bersikap acuh-tak-acuh terhadap sebarang perbualan yg diutarakan.

walhal aku sedang sakit gigi. sakit gila. bukan nak tanya. maybe nak suruh aku buat press statement kot.

moral of the story = jangan berburuk sangka. jangan ASSUME.. sebab ASSUME tu sebenarnya = AS U ME, atau AS* U ME.. macamlah kau ni.. aku. lain kali tanye dan selidik.

dan moral lagi satu, jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

aku tak pernah jumpa bertahun lamanya.. owwwwwww !!>_<

artikel pilihan

September 17th, 2008 by ikhwan nazri Posted in Artikel, Issues, WISIWYG, funny stuff |

BarCampJB - Be There