iklan arak di web (dah setel) dan halal haram kerja multimedia

Assalamualaikum warahmatullah. disclaimer: artikel ini ditulis bertujuan untuk menasihati rakan seagama saya. dan bagi yang beragama lain dari islam, harap entri ini dapat sedikit sebanyak mendidik anda. jgn kata saya selfish, seandainya ada perkara mengenai agama anda yang saya patut tahu ( mcm pantang larang ) kemukakanlah dan berbincanglah secara baik.

disclaimer ni bukan ape.. sensiviti kaum menjadi mainan politik kebelakangan ni. dan aku tak maublog aku jadi bahan mainan lak.kasihan politikus ni, mereka mungkin masa kecil tak sempat main pokemon,jadi derang mainkan sensiviti kaum.

kenapa tiba tiba wujud isu ‘arak di web’ rujuk blog post ini. aku hinggap kat blog tu melalui megat, rakan twitter. selepas membaca kedua-dua post tersebut, terus aku login account nuffnang aku untuk melihat andai ada pilihan untuk membuang iklan berkaitan arak.

puas aku cari.. tiada. mungkin aku rabun tak nampak pilihan itu. tetapi yang nyata advertlets ada, kat mula mula login ade preference.bagi aku.. andaikata fungsi yang sama terdapat di nuffnang, bukan salah nuffnang kalau pengguna tak kecualikan penggunaan iklan arak tersebut. akan tetapi, jika fungsi tersebut tidak disediakan, lebih elok dan patut bagi nuffnang menyediakan fungsi tersebut. atau kiranya memang wujud fungsi tersebut, nuffnang lehla membuat pengumuman bagi memperbetulkan keadaan ini.

nasib baik blog aku takde iklan arak ni. kalo ade.. terpaksa off jap nuffnang.

—–update dari pihak nuffnang : Fariz ( komen rujukan dibawah )

  1. iklan dari nuffnang biasanya ada notis. (betul tuh.. aku pun dapat )
  2. semasa notis, kalau ada bantahan terhadap iklan. sila kemukakan
  3. terdapat 1 filter utama, ‘religion’ dlm ‘profile’. kalau islam. dia takkan display/invite iklan arak2.
  4. andai kata ‘accidental case’, harap maaf. tetapi 2nd filter akan diwujudkan, tickbox on-off untuk arakdan bahan berkaitan.

——
isu kedua: halal haram kerja multimedia

suka untuk aku sentuh perkara ini kerana dahulu sebelum aku ngan sabau kerja dengan satu syarikat ni, dia meminta kami untuk buat website yang berkaitan rokok dan arak. kami bersama mempunyai delima designer. ” konfem dpt kerja dengan syarikat ni. tapi kalau tak nak buat kerja berkaitan rokok dan arak dengan syarikat ini, takut takde syarikat yang lain nak ambil kitorang?”

nasib baik pada masa tersebut, rakan sekelas, Candiece, mencadangkan kitorang supaya menerima tawaran kerja itu tetapi meletakkan syarat-syarat supaya syarikat tersebut faham dengan kehendak kami. antara syarat yang kami letakkan.

we will not working with any projects that related with gambling, tobacco, pornography, liquor as it is not a permitted thing with our religion, that is islam.

Alhamdulillah, mula mula ingatkan dia tak ambik kitorang sebab syarat kami. tetapi beliau ambil juga kami bekerja dan dengan syarat ni, beliau menjadi lebih concern dengan kehendak kami sebagai seorang muslim. ade juga disediakan tempat untuk bersolat dan berbuka bersama kami.

jadi, buat para designer/pereka multimedia yang mempunyai majikan bukan islam, seeloknya sekiranya risau diri melakukan perkara-perkara diatas, tetapkan sahaja syarat sebelum diambil bekerja.sekiranya majikan anda memerlukan anda bekerja sehabis baik, anda juga punya hak. andai kata kalau tak dapat, contohla, syarikat multimedia tu adalah yang terhebat di malaysia, sangat2 hebat dan menjadi impian dari kecik untuk bekerja disitu tetapi mereka tidak dpt memenuhi syarat pekerjaan anda sebagai seorang muslim, yang tidak mahu bekerja dengan perkara yang diharamkan,takpe, keraskan hati, adalah hikmahnya tu dan mungkin terdapat peluang lebih baik di syarikat lain seperti kami ( cewah :p )

tapi lagi haru kalau bos.. nama je muslim, tapi tak hidup sebagai seorang muslim. tanggungjawab kita untuk berdakwah walau sedikit.

artikel pilihan sempena bulan puasa untuk dibaca – sila baca ya :)

// pergi ke times square untuk berbuka bersama geng isra’ yeahu!.

11
Sep 2008
POSTED BY
DISCUSSION 13 Comments
TAGS

13 Responses to : iklan arak di web (dah setel) dan halal haram kerja multimedia

  1. megat says:

    ya kadang ada perkara yang memang buatkan kita keliru, langusng menjadi sesuatu perkara menjadi isu.

    aku ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yg lain dimana letaknya sesuatu perkara.

    teknologi juga banyak kelemahan dan kekuranggannya tetapi bukankah teknologi adalah buatan atau ciptaan manusia!?

  2. syuxx says:

    Nuffnang tak sediakan function untuk filter alcohol ads.
    tapi sebelum diorang advertise, nuffnang akan email dulu untuk dapatkan pengesahan.
    Jadi, salah sendiri kalau tak bukak email dan reply no alcoholic ads for my blog.

  3. Fariz says:

    Assalamulaikum..

    Saya Fariz dari Nuffnang,

    Di sini saya ingin menerangkan proses bagaimana nuffnang HANYA memaparkan iklan alkohol HANYA SETELAH mendapat kebenaran pemilik blog dan pemilik-pemilik blog ini adalah bukan beragama Islam.

    Kami faham isu sensitiviti alkohol, maka nuffnang melakukan tapisan yang ketat sebelum menyiarkan iklan alcohol.

    Iklan alcohol adalah selective untuk blog-blog tertentu sahaja. Iklan alkohol tidak berbentuk network wide.

    Proses Pertama, Nuffnang TIDAK akan memilih blog yang profile pemiliknya berdaftar sebagai muslim (ini dilakukan pada http://www.nuffnang.com.my/blogger/change-profile > Religion)

    Proses Keduanya, kami pihak nuffnang akan menghantar notification emails (sebelum iklan dipaparkan) kepada pemilik blog yang isinya menyatakan Iklan alkohol akan dipaparkan, dan tempoh waktu ia akan dipaparkan. Pemilik blog yang tidak bersetuju untuk memaparkan iklan alkohol boleh membalas email menyatakan ketidak setujuannya.

    Proses ketiganya, Blog yang terpilih dan bersetuju memaparkan iklan alkohol, Earningnya akan menunjukkan breakdown iklan tersebut, jumlah klik dan analitiknya.

    Tiada iklan alkohol dari nuffnang yang akan datang secara TIBA-TIBA untuk mana2 blog. Blog tersebut dipilih, dihantar notification email, dan bersetuju.

    Saya harap untuk telah menjelaskan kesulitan.

    Jika ade kesulitan lanjut boleh lah menghubungi kami pihak nuffnang.

    Terima kasih, Selamat berpuasa semua!

    :)

    Fariz@nuffnang.com

  4. Fariz says:

    Assalamulakum..

    Saya Fariz dari nuffnang ingin menyambung penjelasan.

    Dalam kekhuatiran terdapatnya sebarang “accidental case” yang tidak disengajakan dimana Blog yang pemiliknya beragama Islam memaparkan iklan Alkohol, kami pertamanya;

    Ingin memohon maaf jika ini pernah berlaku.

    Keduanya, kami berterima kasih atas entry post di blog ini.

    Atas cadangan dari reaksi bloggers muslim, nuffnang akan menyediakan option “on/off” untuk iklan alkohol sebagai 2nd filter setelah Blogger Profile > Religion (yang ini adalah 1st filter kami).

    Di harap dengan adanya 2nd filter ini, accidental case dapat diselesaikan dengan lebih efisyen.

    Dan sekiranya masih ade kes-kes accidental yang kecil bilangannya kami kira (accidental disini bermaksud bloggers tidak menyatakan Islam sebagai agamanya di profilenya, dan jika setelah 2nd filter dibina, bloggers secara tidak sengaja memilih ON) pihak nuffnang boleh dihubungi.

    Earning dari iklan alkohol yang dipaparkan secara accidental akan ditolak.

    Terima kasih sekali lagi atas entri ini.

    Kami berharap untuk telah berkerjasama dalam sensitiviti iklan alkohol ini.

  5. ikhwan nazri says:

    megat – yep.. tapi takpe.. dah ade pihak nuffnang tampil buat statement :thumbs:
    syuxx – oo eh.. huhu aku tak perasan. tabiat normal, takpernah nak baca terms n condition.
    fariz – wah terima kasih atas penjelasan dan penambah-baikan secara pantas. rasanya hal ini dah cukup setel dah dan harap bagi empunya blog yang ada iklan arak, bolehla email nuffnang mintak pertolongan.

  6. faiz says:

    betul2, bos sekarang mana pikiaq menda2 tuhh…asal masyuk ja tau haa tu tak masuk rasuah nak dptkan contract keja..haizzz. tengok mcm flavert media lab, bos-bos kt sana semua boleh diharap..:D

  7. catzer says:

    beb..isu ni dah settle ke belum ni..heheheh..wei budak jom buke pose sama..heheheh

  8. ikhwan nazri says:

    faiz – tahun ni takdak bonus lagi :p
    catzer – beb dah setel ar. uih ko ajak aku berbuka ke?? err… malula :)) ko banjer ar.

  9. nesya says:

    artikel pilihan sempena ramadhan tu sangat bes. :) menjelaskan everything yang ade dalam otak selama ini. hehe

  10. ikhwan nazri says:

    nesya – hehe thx. nnt aku bitau pengarang dia 😀

  11. noname says:

    Ye, bagusla klau macam ni.
    Aku pun dulu ada terbust logo untuk satu website company untuk Poker nye.
    Skang aku dah lama xterima projek2 cam tuh.
    Dosa subahat… :)

  12. noname says:

    *terbuat <- dlm post atas
    FYI aku nih freelance gfx designer je. 😉

  13. ikhwan nazri says:

    noname – yep dose kering mintak dijauhkan :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>