Mobs Alive!
sempena anwar menang, nak merapu sikit. click play dengar lagu ni utk dptkan feel sket.
- harga minyak hanya akan turun bila parlimen kena take over ngan pkr
- tetapi, harga minyak mesti akan naik
- sebab rakyat malaysia ‘tidak berterima kasih’ dengan penurunan minyak sebelum ini
- bukan setakat penurunan minyak, malahan jasa ‘kerajaan’ sblm ini
- jadi marilah kita shopping minyak secepat mungkin sblm minyak naik
- dah kata minyak akan dilihat setiap 15 hari. he he he
- pada aku, kerajaan yang dipilih rakyat seharusnya melakukan kerja sebaik mungkin mengikut keinginan rakyat
- ape itu keinginan rakyat?
- keamanan, keharmonian dan kemakmuran
- tetapi dengan peningkatan kes jenayah, kes culik, kes ragut,
- belum campur korupsi
- itu semua bukan keinginan rakyat
- kerajaan dipilih oleh rakyat, sekali lagi, patutnya dengarlah apa rakyat cakap
- seperti penambahbaikan khidmat LRT dan juga komuter
- apa kata lepas ni try naik bas ataupun teksi?
- bendera tak banyak berkibar?? tanyalah diri sendiri
- apa gunanya mengundi mereka yang tidak boleh dipertanggungjawabkan
- macam dlm apa mufti cakap dlm paper, satu masa nanti, undi tu terpaksa ‘memilih yang terbaik dari kalangan terburuk’. maksudnya bukan memilih yang terbaik dari terbaik
- aku tak mau macam tu. rasanya orang lain pun tak mau macam tu. bayangkan yg tinggal semua terburuk.
- dan aku harap pemilihan rakyat tidak sia-sia kali ini.
- kalau sia-sia, musnah la segalanya, keputusan 4 tahun akan datang bakal bertukar tangan.
- suka aku katakan. aku berkecuali. siapa aku sokong hanyalah termaktub apabila undi aku dimasukkan dlm kotak undi.
- aku sebagai hamba Allah, berterima kasih kepada Allah atas apa yg aku kecapi sekarang ini. dan mengharap supaya malaysia aman damai. mana tahu.. kemenangan Anwar ini pun sebenarnya merupakan peringatan/nasihat/tauladan buat ‘mereka’ yang mahu berfikir.
- ataupun, kemenangan anwar ini sebenarnya satu bentuk ujian dari Allah buat hambaNya yang berfikir di Malaysia ini.
- Wallahualam. Allah lebih Maha Mengetahui aku berdoa agar malaysia kekal aman dan rakyatnya yang berbilang agama dan kaum kekal hidup aman.
- terima kasih kerana membaca sehingga garisan ini :p
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.




August 27th, 2008 at 10:57 am
huh..awak..cm manifesto berantai lak ni
August 27th, 2008 at 4:39 pm
haha apekah manifesto berantai. ni ape yg tekong nak..