minggu ni punya cerita

  1. isnin – bermobile-office di oldtown tmn melati. tempat2 yg ada wifi menjadi persinggahanku. on buat 3 jam pastu bateri kena charge. sb smer plug suda penuh, terpaksa la pergi petronas alang2 nak masuk zohor. lepas solat ditegur seorang pakcik. dia nampak aku tengah charge eruda. so dia ajak la sembang. sembang punya sembang, dia cakap la dia penah wat website besar. pastu, bila propose, boleh pulak orang yg dipropose tu mintak bahagian dia gak. yang takle tahan, mintak sekali ganda. contohnye. aku jual kopok leko ni rm2. dia nak rm2 gak. untung orang makan atas angin. tapi, just ridiculos. harganya jutaan ringgit. lepas lepak ngan dia selama 2 jam, balik rumah
  2. selasa – gi rumah sabau meeting discuss. pastu gi serdang, install anubis punya reverse sensor. kemudian ke puchong. singgah GetGorgeous nye kedai. fuyo!. dah ada kedai. banyak baju lak tu. lagi 5 tahun terpacakla signboard kat bumbung kedai derang, GetGorgeous!
  3. rabu – gi jumpe client kat damansara. alhamdulillah maybe akan berjalan long-term partnership.
  4. khamis – buat kerja dekat damansara. terbaca paper malaymail. korupsi berleluasa. peralatan polis dan fru rupanya tak menepati standards. kesian mereka. bayar berjuta mestilah kualiti pun bagus. ini tidak. harga dah kena markup.
  5. jumaat – on standby tunggu kerja. tapi gayanye takde.

isu yg ingin diutarakan disini adalah trend me-mark-up harga. bukan apa. aku leh faham la kalau ko yg kasi project kat aku, adalah project manager, buat semua paperwork, meeting sana sini, pastu demand 10-30, aku leh faham. tapi ini, mereka yg tiada usaha, tapi nak banyak. tu yang tak boleh. lagi satu.

bila orang yang markup harga ni, dia selalunya akan sub-contractkan pada orang lain. dan bila sub-contract, dia sub-sub-sub-sub dah berapa tingkat. akhirnya, pihak terakhir sekali akan menerima bayaran yang minima sahaja. bayangkan pihak yg menerima bayaran minima, mestilah dia pun terpaksa meminimumkan kos nya. disini satu contoh yg aku dengar dari seorang pakar landskap jalan.

  • client > company a > company b > developer
  • tawar kerja kat a yg memang developer > sub kat b> sub kat developer > developer buat
  • budget 100K > amek 50K, bagi 50K kat B > dapat 50K, bagi 20K kat developer > developer dpt 20k je
  • cube bayangkan, developer. cost nak buat dah 10K. 10K tu baya gaji pekerja, berapa ramai ???
  • apa yg company a ngan company b buat?? takde pape. kalau buat pun dapatkan project. tapi ask yourself.. dapatkan project patut berapa persen je ???

so bayangkan dengan cost yang terhad, mana taknya developer terpaksa meminimumkan kos sekaligus, meletakkan kualiti produk yang tidak sejajar dengan pembayaran yang awalnya disediakan oleh client.sebenarnya tabiat outsourcing sebegini takde la tak elok. tapi jgn outsourcekan pada mereka yg tidak berkelayakan. sepatutnya outsourcing tu kena pada mereka yang betul2 layak dan boleh menjalankan tanggungjawabnya.

so apa jalan keluar dari tabiat korupsi sebegini ?

developer : selidik untuk siapa anda bekerja sebenarnya. kalau dah berlapis lapis mcm kek lapis atau kek kahwin tingkat2, takyah amek. tau kira kan untung rugi.

client : kalau cari developer, pastikan yang betul2 berkelayakan. yang betul2 berkebolehan. jgn setakat pandai outsource dan outsorce pada orang yang salah.

terima kasih kerana setia membaca sehinggga ke garisan penamat ini.

01
Aug 2008
POSTED BY
POSTED IN Artikel Issues WISIWYG
DISCUSSION 11 Comments
TAGS

11 Responses to : minggu ni punya cerita

  1. syia says:

    waaa..nasihat yg bagus ni 😉 tapikan biase la org2 yg BERKUASA meluluskan biasenye nk mark up.. kalau cam tu scenarionye cam mana eh?

  2. ikhwan nazri says:

    syia – kalau tekong la kan. kalau tekong tahu dia mark-up, tekong akan fikir gak la sblm amek project. kalau sikit je. lehla. mcm dia amek 30% je boleh la. tapi kebanyakkanya tamak. derang markap sekali ganda kenkadang. markap sampai 50% tu tekong takle terima siyes. kalo kena mcm tu. takpela. tekong lagi sanggup buat kerja yang berbaloi. ade orang cakap ala kira upah la kan. tapi upah apanya kalo sekali ganda mcm tekong nye payment.

    kena tengok gak. kalau macam orang yg dptkan project tu yg siapkan paperwork, gi sana sini pun kita kena consider petrol dia gak. tu sbb isu ni mmg sensitif. tapi yelah, kalau orang yang buat kerja, kita tahu. tapi kalau orang yg selalu makan atas angin ni yg tekong tak suka.

    bukan apa. kena consider gak mata pencarian ni. halal haram. kita orang islam mesti faham kan. jgn nnt anak2 kita jahat, kita terlepas pandang lak macam mana cara kita dlm melakukan kerja. setiap saat tu betul ke buat kerja? kat situ la keberkatan rezeki yang perlu dicari.

    ( komen ini hanyalah sekadar teguran pada diri sendiri dan harap yg lain amek iktibar )

  3. faiz says:

    so apa jalan keluar dari tabiat korupsi sebegini ? —> JGN UNDI BN dan UMNO

  4. oDiN says:

    saya akan terima apa yang bos saye bagi
    xleyh demand 2x ..
    nanti kena buang keje ..
    😛

  5. ikhwan nazri says:

    faiz – aku undi utk yg boleh memberikan jaminan keamanan negara.. bilamana budak2 bebas berlari macam dulu kala
    odin – demand la nak improve skill hehe

  6. nasz says:

    ade choice ke kalo xnk sub byk kali..hehehehe..nwey, oldtown tmn melati kt mane ek..?x pnh nmpk pon..:-?

  7. ikhwan nazri says:

    old town tmn melati yg sebelum petronas ngan bomba tu. yg atas oldtown ni ade otai group and companies

  8. nasz says:

    oh…yg ade satay haji samuri kn..?…ok2

  9. ikhwan nazri says:

    nasz – aah. nak banje aku ke yeay!

  10. nasz says:

    dh lama dh nak banje ko..?ingt x dlu zati pnh ajak gi mkn satay kt precint 16 ke kt bangi, tp ko xnk…so aku anggap jela ko xnk smpei bile2..no 2nd offer..muehehhehe.

  11. ikhwan nazri says:

    aa ingat. tp.. tapi… err… aku segan.. korang ramai2.. aku sorang je. aku takut ape ape jadi karang kat aku.. wuwuwu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>