minggu ni punya cerita
- isnin - bermobile-office di oldtown tmn melati. tempat2 yg ada wifi menjadi persinggahanku. on buat 3 jam pastu bateri kena charge. sb smer plug suda penuh, terpaksa la pergi petronas alang2 nak masuk zohor. lepas solat ditegur seorang pakcik. dia nampak aku tengah charge eruda. so dia ajak la sembang. sembang punya sembang, dia cakap la dia penah wat website besar. pastu, bila propose, boleh pulak orang yg dipropose tu mintak bahagian dia gak. yang takle tahan, mintak sekali ganda. contohnye. aku jual kopok leko ni rm2. dia nak rm2 gak. untung orang makan atas angin. tapi, just ridiculos. harganya jutaan ringgit. lepas lepak ngan dia selama 2 jam, balik rumah
- selasa - gi rumah sabau meeting discuss. pastu gi serdang, install anubis punya reverse sensor. kemudian ke puchong. singgah GetGorgeous nye kedai. fuyo!. dah ada kedai. banyak baju lak tu. lagi 5 tahun terpacakla signboard kat bumbung kedai derang, GetGorgeous!
- rabu - gi jumpe client kat damansara. alhamdulillah maybe akan berjalan long-term partnership.
- khamis - buat kerja dekat damansara. terbaca paper malaymail. korupsi berleluasa. peralatan polis dan fru rupanya tak menepati standards. kesian mereka. bayar berjuta mestilah kualiti pun bagus. ini tidak. harga dah kena markup.
- jumaat - on standby tunggu kerja. tapi gayanye takde.
isu yg ingin diutarakan disini adalah trend me-mark-up harga. bukan apa. aku leh faham la kalau ko yg kasi project kat aku, adalah project manager, buat semua paperwork, meeting sana sini, pastu demand 10-30, aku leh faham. tapi ini, mereka yg tiada usaha, tapi nak banyak. tu yang tak boleh. lagi satu.
bila orang yang markup harga ni, dia selalunya akan sub-contractkan pada orang lain. dan bila sub-contract, dia sub-sub-sub-sub dah berapa tingkat. akhirnya, pihak terakhir sekali akan menerima bayaran yang minima sahaja. bayangkan pihak yg menerima bayaran minima, mestilah dia pun terpaksa meminimumkan kos nya. disini satu contoh yg aku dengar dari seorang pakar landskap jalan.
- client > company a > company b > developer
- tawar kerja kat a yg memang developer > sub kat b> sub kat developer > developer buat
- budget 100K > amek 50K, bagi 50K kat B > dapat 50K, bagi 20K kat developer > developer dpt 20k je
- cube bayangkan, developer. cost nak buat dah 10K. 10K tu baya gaji pekerja, berapa ramai ???
- apa yg company a ngan company b buat?? takde pape. kalau buat pun dapatkan project. tapi ask yourself.. dapatkan project patut berapa persen je ???
so bayangkan dengan cost yang terhad, mana taknya developer terpaksa meminimumkan kos sekaligus, meletakkan kualiti produk yang tidak sejajar dengan pembayaran yang awalnya disediakan oleh client.sebenarnya tabiat outsourcing sebegini takde la tak elok. tapi jgn outsourcekan pada mereka yg tidak berkelayakan. sepatutnya outsourcing tu kena pada mereka yang betul2 layak dan boleh menjalankan tanggungjawabnya.
so apa jalan keluar dari tabiat korupsi sebegini ?
developer : selidik untuk siapa anda bekerja sebenarnya. kalau dah berlapis lapis mcm kek lapis atau kek kahwin tingkat2, takyah amek. tau kira kan untung rugi.
client : kalau cari developer, pastikan yang betul2 berkelayakan. yang betul2 berkebolehan. jgn setakat pandai outsource dan outsorce pada orang yang salah.
terima kasih kerana setia membaca sehinggga ke garisan penamat ini.

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.



