Mari BerCamping di BarCamp Malaysia
Adakah anda suka BerCamping?
Dan adakah anda salah seorang techie, programmer, seorang yg suka menggelarkan diri sendiri ‘pengikut teknologi’, pengamal tegar Web Standards, CSS, Flex , Flash Lite, Silverlight, Ruby on Rails, Drupal, Joomla, ape ape lah ( aku pun tak faham ape aku nak cakap ni )
Tak pernah langsung berniat nak jadi geek/nerds tapi bercita-cita untuk menjadi salah seorang darinya,
Tensen dengan kerja dan rasa nak berhenti kerja, nak buat sesuatu yang anda suka tapi tak konfiden dengan masa depan selepas tu ( dlm kes nak buat ape dan sebagainya )
Adakah anda rasa ketinggalan dengan teknologi-teknologi terbaru seperti Facebook, Web 2.0, Music 2.0 cara cara membuat duit melalui youtube,
atau mungkin anda seorang jejaka/wanita kesunyian di hujung minggu yang tidak kisah untuk meluangkan masa mencari pasangan baru dikalangan mereka yang ….. bermain dengan code, nerd, geek.
Siapa kata pasangan nerd/geek tidak romantik? Adobe Master tu. mereka siap menulis buku bersama-sama. mereka bermain dengan code sepanjang masa.
( apsal aku melalut-lalut macam lalat ni )
hadirkan diri anda ke BarCamp Malaysia, 26-27 July di xTrain, Megan Avenue, Kuala Lumpur.
P/S: Saya kasi talk pasal Flash Lite. maklumat pasal talk di blog company ya. Clacktiel!

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.



