Cara-cara menarik perhatian orang/market terhadap skill yang anda ada
aha, biasa dengarkah perkataan/ayat ini diutarakan kepada kamu?
“bro, mintak tolong sket bro, tolong watkan template ni, pastu kitorang akan promote ko nyer servis n skill”
“kawan, mintak tolong buatkan logo design ni, kami ada banyak lagi kerja menanti ANDAINYA kerja kamu yg awal ini diterima. ala consider this is a chance”
“you tolong buat beberapa sample, then kitorang akan consider you” - just another tactics
bunyinye macam GREAT EXPOSURE. nah cube tengok gambar dibawah ini, yg dipaparkan di FreelanceSwitch.

buat mereka yang baru bertapak, fikirlah baik-baik. macam-macam cara untuk mendapatkan exposure a.k.a marketing buat skill anda. tapi kalau exposure tak habis-habis tak jaga poket, rugilah. so macam mana nak dapat exposure/marketing/pendedahan yang sepatutnya?
- hadirkan diri pada acara/event yang berkaitan seperti Adobe Masters Tour, Film Animation Showcase 2008 weekend ni, atau BarCampMalaysia yg dah full dah.
- dan bila hadirkan diri pada acara/event, jgn lupa bawak namecard berkepuk-kepuk. saya pernah ditegur Anne dari PPM Technology Communications. Bak kata beliau, orang malaysia ni kurang bawak namecard. ( pada masa tu saya tertinggal wallet name card kat rumah ). oh beliau dari Finland.
- join online komuniti yg berkaitan. seperti sifoo, artsentral, Forum Lowyat pun boleh.
- dan bila join online komuniti, try untuk mendapatkan komentar bermanfaat terhadap hasil kerja anda.
- mungkin boleh tetapkan target, misalnya, sebulan hanya satu sahaja kerja yang self-promotion atau kerja yang tak berupah yg mampu dibuat. kerja tersebut mestilah ringkas, tidak memakan masa, tetapi boleh menghasilkan impak maksima terhadap kerjaya anda.
- dan kerja yang dilakukan itu perlulah dihantar ke komuniti yang benar-benar aktif, contohnya Biskero untuk Flash Lite Development.
- dan akhir sekali jgn lupa, kalau tak boleh mengeluarkan keyakinan didalam diri ( dlm kes cuba bergaul dengan orang yg kita kurang kenal semasa event ), cubalah tanya apa-apa yang kurang difahami semasa event tersebut. boleh jadi akan ada seorang dua, atau panel yang ditanya, yang akan tertarik dengan persoalan yang diutarakan anda.dan jangan takut untuk bertanya, sebab anda hanya bodoh sebelum bertanya.
- hampir lupa. blog-lah pasal hasil kerja anda. salah satu cara untuk menaikkan nama anda di internet. disamping menulis mengenai teknologi yang anda arif.
pilihlah elok2 kerja yang mana memerlukan exposure yang sebaiknya. jangan terlalu memilih. ini anda terpaksa bergantung harap kepada intuisi gerak hati anda sendiri.
sampai disini sahaja harap dapat membantu anda yang berminat dalam dunia lembing percuma ( freelance :p )

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.




July 9th, 2008 at 8:55 am
nice advice
tp kebanyakkan pemalu .. tu sebab susah nak dpt exposure
July 9th, 2008 at 1:28 pm
tips yang sangat2 berguna….tenkiu for sharing
July 9th, 2008 at 2:33 pm
hehe..cam penah dengar je dialog tu..kekekee
July 9th, 2008 at 2:34 pm
syia - saya juga pemalu orangnye ehe :”>
liyananaznim - sharing is caring, meh kita bercaring-caring ahaha
zafee - heh bese arr kita.. tak establish lag.. tapi skang dah leh dahhhhhh
July 11th, 2008 at 10:08 am
hohohooo… pemalu semalu laa. kena ubah gaya hidup laa agar tidak menjadi pemalu yang tidak bertempat… oh malu-malunya…
July 12th, 2008 at 2:00 am
Hahha.. aku ade post pasal point 1 and 2 dalam forum lowyat. :p
July 12th, 2008 at 12:45 pm
Kalau korang sangat murah hati buat kerja percuma, buatlah untuk badan-badan amal. Ni dipanggil kerja pro bono (pinjam legal term). Buatlah ikut ratio yang anda mampu, contoh dalam 10 kerja berbayar buat 1 kerja amal. Tambahan pula, kerja macam ni expose kepada lebih ramai orang.
July 12th, 2008 at 7:08 pm
saya jarang blog pasal kerja. hehe
July 12th, 2008 at 8:17 pm
abdfatah - cam bese dengar je.. UBAH GAYA HIDUP!
emi - katne ko pos tak jumpe pon
firdaus - yep. tuloa pasal. kena expose kan diri sendiri
knizam - hehe takpela.. blog yg tempias pasal kerja takle ka kekeke