Cara-cara menarik perhatian orang/market terhadap skill yang anda ada
aha, biasa dengarkah perkataan/ayat ini diutarakan kepada kamu?
“bro, mintak tolong sket bro, tolong watkan template ni, pastu kitorang akan promote ko nyer servis n skill”
“kawan, mintak tolong buatkan logo design ni, kami ada banyak lagi kerja menanti ANDAINYA kerja kamu yg awal ini diterima. ala consider this is a chance”
“you tolong buat beberapa sample, then kitorang akan consider you” – just another tactics
bunyinye macam GREAT EXPOSURE. nah cube tengok gambar dibawah ini, yg dipaparkan di FreelanceSwitch.

buat mereka yang baru bertapak, fikirlah baik-baik. macam-macam cara untuk mendapatkan exposure a.k.a marketing buat skill anda. tapi kalau exposure tak habis-habis tak jaga poket, rugilah. so macam mana nak dapat exposure/marketing/pendedahan yang sepatutnya?
- hadirkan diri pada acara/event yang berkaitan seperti Adobe Masters Tour, Film Animation Showcase 2008 weekend ni, atau BarCampMalaysia yg dah full dah.
- dan bila hadirkan diri pada acara/event, jgn lupa bawak namecard berkepuk-kepuk. saya pernah ditegur Anne dari PPM Technology Communications. Bak kata beliau, orang malaysia ni kurang bawak namecard. ( pada masa tu saya tertinggal wallet name card kat rumah ). oh beliau dari Finland.
- join online komuniti yg berkaitan. seperti sifoo, artsentral, Forum Lowyat pun boleh.
- dan bila join online komuniti, try untuk mendapatkan komentar bermanfaat terhadap hasil kerja anda.
- mungkin boleh tetapkan target, misalnya, sebulan hanya satu sahaja kerja yang self-promotion atau kerja yang tak berupah yg mampu dibuat. kerja tersebut mestilah ringkas, tidak memakan masa, tetapi boleh menghasilkan impak maksima terhadap kerjaya anda.
- dan kerja yang dilakukan itu perlulah dihantar ke komuniti yang benar-benar aktif, contohnya Biskero untuk Flash Lite Development.
- dan akhir sekali jgn lupa, kalau tak boleh mengeluarkan keyakinan didalam diri ( dlm kes cuba bergaul dengan orang yg kita kurang kenal semasa event ), cubalah tanya apa-apa yang kurang difahami semasa event tersebut. boleh jadi akan ada seorang dua, atau panel yang ditanya, yang akan tertarik dengan persoalan yang diutarakan anda.dan jangan takut untuk bertanya, sebab anda hanya bodoh sebelum bertanya.
- hampir lupa. blog-lah pasal hasil kerja anda. salah satu cara untuk menaikkan nama anda di internet. disamping menulis mengenai teknologi yang anda arif.
pilihlah elok2 kerja yang mana memerlukan exposure yang sebaiknya. jangan terlalu memilih. ini anda terpaksa bergantung harap kepada intuisi gerak hati anda sendiri.
sampai disini sahaja harap dapat membantu anda yang berminat dalam dunia lembing percuma ( freelance :p )
Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, 24/7 god servant. Director & Multimedia Producer of 


