tahniah sabau-sakeenah!
14 Comments »

tangkap pakai Anne, mmg kurang lawa. takpe sabau dah upah candidsyndrome. nnt amekla dari derang.
- dulunya aku berumet ngan dia sbb nak belajar flash pastu lawan dia, tapi tak terlawan
- sampailah sekelas dlm digital media masih takle lawan
- pembonceng motosikalku a.k.a Jehuty ke ofis Josh Lim. sama-sama berhujan, berpanas, tapi dia asyik tidur je kat belakang.
- tapi ade sekali gak aku yang tertidur bawak motor, dia ketuk bahu. dah terbabas dah kat rumput. nasib baik naik berdua. antara mereka yang pernah tertidur atas motor adalah syed huzaifah dan juga syawal.
- ber-eksiden langgar kereta same gak semasa menuju ke Agency Media untuk freelance. nasib baik tak jatuh. nasib baik dia pijak tepian jalan utk mengelakkan kami jatuh dan meloloskan diri masa trafik jam. aku takkan lupa saat tuh.
- masa dapat hadiah dari Malaysia Skill, dia bole mintak aku merempit dari MMU ke rumah Kasuma kat Subang Jaya pastu malam tu balik semula ke MMU. bapak jauh. merempit tengah malam buta sambil perut kekenyangan kerana dinner Malaysia Skill mmg menakutkan. leh tertidur. bukak mata jalan clear. tutup bukak mata balik pastu lori depan mata ( tapi jauh lagi ). nasib baik panjang umur.
- masa kursus kerjaya, orang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berceramah, kitorang dengar sambil terus plan utk establish syarikat. jahat betul bukan nak dengar ape orang cakap.
- sama-sama buat event sekaligus meningkatkan technical abilities aku juga. Flash digunakan dlm apa jua event. masa pendaftaran kelab kat mmu, institusi usrah satu2nya kelab yg daftar, siap tangkap gambar masuk database. gempak kan!
- buat assignment 3D Maya, dia tido dulu sbb pc dia tak power. dia kena pakai Freya aku. tapi pastu gred dia lagi tinggi dari aku.. cis.
- tapi oke gak, dia buat bone rigging, aku wat animating, pastu.. siap ade orang upah lagi.. kuikuikui.
- tido kat opis. ( pasni tak tido opis lagi la )
- seseorang pernah berkata, actionscripter kat mesia ni, segenggam tangan je. dan aku yakin sabau mmg tergolong dlm segenggam tangan tu. aku. aku kat tangan lagi sebelah kot :p. takpun kat kaki kah kah kah.
- dan sekarang, Chief Technical Officer, Flavert Media Lab.
- dan aku sangatlah gembira sbb beliau, lebih dari seorang sahabat, sudah bernikah dengan gadis pilihan beliau.
- tadi masa mereka bertukar pantun, edry sempat mengarang pantun geek utk sabau “Adobe Flash Photoshop Dreamweaver, Kami datang nak menikah ajer” ( kena sebut baru dpt dengar rhythm dia :p )
- dan lagi satu, dia boleh cakap ” weh nnt lepas majlis, tolong ingatkan aku kasik resit dobi utk check kat dobi mmu. aku tak sure dah amek ke belum. ” - dlm banyak2 mende, mende dobi ni gak dia ingat. aku expect nak suruh aku ingatkan dia pasal hantaran ke ape ape ke. ahaha.. takpe.. dobi last ni.
- dan harapnya pernikahan mereka, bahagia hendaknya dan bakal melahirkan anak2 yang soleh, beriman, bertakwa, dan juga bakal menjadi ActionScripter berkebolehan tinggi macam papa mereka, atau mengikut jejak langkah mama mereka, Accountant.
okeh handle trip ke rumah sakeenah. utk kerumah sabau 13hb nnt, kemudian nanti aku akan tulis post khusus utk korang letak nama peserta konvoi ya.

Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.



