Konvoi MMU ke kenduri kahwin Sakeenah-Sabau

assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera smer. aha ni, aku telah diamanahkan oleh sabau untuk mengetuai konvoi dari mmu ke majlis perkahwinan dia kat rumah sakeenah. dan sebab aku ketua, aku herapkan kerjasama dari korang semua yang akan mengikuti konvoi ini. kalau nak pergi sendiri pun takpe takde hal :) tapi buat mereka yg ingin join konvoi ini.. sila ambil perhatian dengan perkara yang ingin dibangkitkan dan perlu dititikberatkan dlm konvoi ini.

dscf0395.jpg

baca lagik

sabau kahwin = 6/7/8 = sama tarikh dengan protes minyak di KLCC dan juga tarikh pertunangan baliomegatronika yang juga berpotensi mengundang kesesakan jalan raya ( sori bali saje je :p ). asalnya nak ikut Speedway KL-Putrajaya, keluar kat tun razak, masuk bulatan pahang dan terus ke jalan gombak. tapi sbb protes tu bakal mengundang trafik jem disekitar KL, aku decide route terbaik adalah ikut Speedway KL-Putrajaya, keluar kat bukit jalil masuk MRR2, terus menghala UIA dan kita akan masuk jalan gombak dari belakang. dengan laluan yang dicadangkan ini, kita bakal melalui hanya 4 traffic light iaitu depan HSBC cyberjaya, depan MDEC cyberjaya, depan sekolah teknik gombak dan simpang kejalan gombak. dan jalan ini juga kita ade satu tol iaitu RM 2.50, dan stesen minyak selepas cyberjaya adalah shell sebelum simpang ampang point MRR2.

waktu untuk bertolak, aku cadang kita bertolak seawal 11 pagi dari masjid MMU Cyberjaya. bukan ape, silap haribulan boleh jem gak kat MRR2. favorite spot utk jem adalah dekat area Pandan, dan area bila berlaku kemalangan yg tak berbau melainkan bau asap petrol yg mahal. lagi satu sebab, sbb aku jangka boleh jadi ramai peserta konvoi, aku perlu memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa selaju 80-90km/j untuk mengelakkan kehilangan peserta konvoi. oh ya, lakukan pemeriksaan terhadap kenderaan anda, sebab saya bukanya seorang yang arif pasal kereta. pastikan minyak mencukupi full tank sblm pergi.

oke rasanya beginilah situasi pada hari tersebut.dan disini saya memerlukan senarai mereka yang berkereta. kalau boleh, orang yang berkereta tu siap-siap cari orang utk kongsi kereta. dan mereka yang berminat tapi tak punya pengangkutan, bolehlah sertakan nama, untuk diselitkan andai kata ada pemandu yang mempunyai kekosongan. saya takle menjamin pengangkutan mencukupi kerna saya tahu ramai nak pergi, tapi saya akan try untuk think the best solution. dan seboleh2nya, tak mahu kereta sampai 6 orang sekali fit ( kecuali van, bas, lori atau korang mmg berbadan kecil dan boleh muat 4 orang dlm persona/saga/kereta sedan seat belakang) sebab perjalanan dari mmu ke rumah sakeenah jauh, ade yg kebas bontot karang.

kalau ada yang bermotosikal dan tak tahu arah mahu join konvoi kami… rasanya boleh je ikut tapi tak sure la pulak situasi macam mana, harap dapat discuss la.

okeh..meh start listing

Pemandu

  1. aku ( penuh! )
  2. Rassul ( seat depan = khalid, belakang = mina, nik, shafa, izzah, shuhada)
  3. edryΒ  (Β  ) ada urusan lain
  4. fakhru ( tak konfem, kereta problem absorber, penumpang mesti ringan )
  5. leen ( penuh! )
  6. anfal ( aisyah, yana, aida )
  7. syazwan ( fakhru, syam dari melaka, sarawakΒ  )
  8. syah ( ika, wan aisyah, aini, lisa )

Perempit

Nak ikut tapi takde kenderaan

  1. Sarawak
  2. shafa
  3. mina
  4. nik
  5. izzah
  6. khalid
  7. lisa
  8. aini
  9. shuhada
  10. wan aisyah
  11. syah
  12. ika

LUPA nak bitau : LIST NAMA guna ruang komen sini sahaja yah.. senang.. THX. buat pemandu.. kalojoin.. bitau sekali siapa yg naik kereta korang, so takdela berebut kereta pastuh..

MINYAK Tertakluk pada keputusan driver.. kalo dia nak charge tu atas kuasa dia. ( sape naik ngan aku perhead seploh.. )

dan aku perlukan mereka yang pandai baca map dan rasa berkebolehan untuk sampai ke rumah sakeenah dengan sendiri.. sebabnya orang ini akan jadi orang terakhir dalam konvoi untuk memastikan tiada siapa tercicir

so harap pohon kerjasama buat mereka yang ingin menyertainya :) thx in advance.. khabar2kan ya. oh maklumat penuh tentatif rombongan akan diconfirmkan sepenuhnya hari jumaat nanti. thx.

sebarang pertanyaan sila YM = e_oneexsamten thanks lagi sekali.

02
Jul 2008
POSTED BY
POSTED IN Travel WISIWYG
DISCUSSION 40 Comments
TAGS

40 Responses to : Konvoi MMU ke kenduri kahwin Sakeenah-Sabau

  1. sarawak says:

    Nak ikut tp x de kenderaan..

    sarawak.. πŸ˜€

  2. ixu says:

    Nak ikut tp nak nek ngn shafa πŸ˜›

  3. Izuan dah merenyam daaaa…Sarawak tanak naik sekali dengan Shafa? Sebab ada **** tu…

  4. zafee says:

    eh skrg ni tempat duduk blakang pon kene pakai tali pinggang kan πŸ˜›

  5. ikhwan nazri says:

    sarawak – dah masukkan list dah
    ixu – tudia buaya!!!
    edry – tengok kan sarawak dah blushing.. dia blushing kat…..
    zafee – aah tapi lom kena saman lagi

  6. narutohb2 says:

    mak aih.gler detail nk gih kenduri sabau.haha!kepade yg naik ngan edry bykΒ² la berdoa dan pastikan anda bkn pesakit jantung =D.

  7. suka saya. says:

    salam… seperti telah dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Agong n Raja dan semua Sekolah Agama Rakyat πŸ˜€ maka saya suka saya… mengistiharkan bahawa penetapan harga tambang ke kenduri Al-sabau ahad ini adalah RM5 seorg… kos ini untuk perjlnan pergi balik (mmu – rumah kenduri – mmu) tapi ini utk kereta aku je la… πŸ˜€ (SUV Rexton) hahaha…

    Jaminan suka saya…
    Air-cond On…
    pemanduann lancar
    tak laju2(ikut Speed yg ditetapkan 60 – 80 km/h)
    lagu2 nyasid or IKIM + hindy
    kalau nak dengar lagu sendiri bawa CD.
    dan bebas… utk kentut dlm kereta aku ni… aku x mrh… πŸ˜€

    7 tempat duduk masih kosong πŸ˜€

    harap maklum.
    suka saya

    wasalam

  8. aku nk gie nek ko tekong…aku x nk bawak keta..lagipon keta aku x leh bawak org kat belakang..nnti tayar die bunyi..danyg paling penting..aku MALAS nk drive..orite?

  9. miszleen says:

    alamak..mggu depan yg belah sabau nye ade konvoi skali dak? sbb tgh penin nk p mana satu.hu~

  10. ikhwan nazri says:

    narutohb2 – haha aku setuju :p harap edry nye driving skill dah meningkat.
    suka saya – okehh sape nak join rassul start beri nama kat komen ni..
    fakhru – taleh keter aku takle dah full.. apsal tayar ko bunyi? kereta lowed ke? kalo leh jgnla malas nak drive. dengar budak usrah seramai satu bas nak dtg. so satu kereta pun amat bermakna buat mereka yg tade kenderaan
    miszleen – belah sabau pun ada konvoi sekali.. tapi belah sabau nye minggu depan nyer post.. setel satu satu dulu.. setelkan konvoi rumah sakeenah dulu

    kengkawan yang mempunyai kenderaan silalah tampil ya.. pejal shah kekeke.

  11. zafee says:

    is kate nak gi sendiri sbb takot badi Konvoi menimpanya lagik hehe

  12. ceh..tuh td kata kete die ade kosong 3..ape daa~…orite2..aku nek rasool plak r..tapi kalo x cukup kenderaan..leh la keta aku letak dlm senarai menunggu..bukan lowed..tapi die ade msalah ngn absober..mmg yg heavy2..x leh nek duk blakang r..x caye..tnya khalid..kan?..:D

  13. ikhwan nazri says:

    si gadis – kan ko dah pergi ngan wan aisyah kan ? konfemkan balik nanti
    zafee – ahaha dia geram siut ko bitau kekeke
    fakhru – okeh.. tp ko pun dlm list unconfirmed kereta.. kalo kereta ko takle bawak heavy2.. kalo lagi ramai muslimat nak ikut, ko bawak muslimat la.. average derang ringan.

  14. Ahmad Syazwan says:

    Saya boleh offer kereta Satria 2 pintu dengan kapasiti maksima 5 orang (2 depan 3 belakang) dan Berat Dengan Muatan sebanyak…

    Kalau tak perlu nak ikut Rassul.

    Tambang sekepala: Doa naik kenderaan.

  15. pjal says:

    tekong….
    nnt kl ko online atau ade dpn PC..buzz aku!!aku nk bincang pasal kete ni!!!

  16. miszleen says:

    aha,camtu..aku p dis week. keta available kosong lagi 2 ja. πŸ˜€

  17. Aminlife says:

    Nak ikut juga….konvoi…

  18. ikhwan nazri says:

    okeh list update. sape yg tade kenderaan sililah bitau ye.. banyak kosong ni hohoho

  19. Haha pemandu ramai, yang nak menumpangnya nama tak nampak sangat lagi. Supply is higher than demand nampak. ‘Carve’ shift to the left ni (main tibai je).

    to Syawal: Oi aku memandu penuh berhemah ok. Walaupun kekadang aku tatau kenapa orang sebelah selalu pucat muka, mabuk jalanraya kot.

  20. bile bleh tau final confirmation..ehehe

  21. fatihah says:

    abukitt!! alamakk.. aritu dah lama plan ngan aimi alia nak g skali.. pastu sure bdk2 usrah konvoi.. sbb tatau jln.. nk ikot.. .. skali tarikh same ngan kazen kawen aaa.. .. klo tak dah join skaley.. T_T .. .. seblah pihak lg (nxt week nye) lagi konvoi lagi tak??

  22. ikhwan nazri says:

    edry – takkan carve kot.. curve lah
    fakhru = jumaat ni final confirmation
    fatihah = ade gak next week.. tapi itu nnt next week nye blogpost la sonicbooommm!!!

  23. linaLeYNa says:

    nk convoi gak…tpi nk tumpang sapa2 punya keta yg still available, boley??

  24. weh memang la curve, tapi lecturer akan sebut ‘carve’. Ko kena hormat dengan pronunciation lecturer2 MMU. Baru hidup berkat, dapat kahwin cepat2 macam Sabau hehe.

  25. sarawak says:

    sempat lagi eh ko edry..!!

  26. ikhwan nazri says:

    lina – boley je.. so masuk list bawah sarawak la
    edry – hormat ngan pronunciation lecturer??.. masalahnye sabau tak dtg pun lecture2 tu still kawin cepat.
    sarawak – kalo ko tak pandai ambil kesempatan.. camne nak kahwin agaaga

  27. miszleen says:

    lina naik ngan aku la tekong.ok ak? anyway,ketaku udah full πŸ˜€

  28. faiz says:

    aaaa..ada sapa2 yg leh jemput aku dari kedah. :D..nak gak ikut πŸ˜€ hehe

  29. narutohb2 says:

    gurun!! awat aku msg hang x reply..sdey woo member camnih..=(

  30. ikhwan nazri says:

    leen – updated!
    faiz – ang mehla dtg sini
    syawal – paie kat gurun dah bahagia.. miahahaha

  31. sarawak says:

    ceh.. perluka dipublish kat sini… haiya…

  32. emm tp aisyah ckp die klu blh nk tumpang2 jgk..huhuhu.. kete die kate reserve.. x tau..

  33. bali says:

    oh aku nak pergi jugak sabau kawen dengan protes minyak tu tapi apakan daya aku bertunang hari yg sama.

  34. ikhwan nazri says:

    gadis bunga matahari – pulak.. cecepat konfemkan kereta leh takle ni.. tolong ya. bitau yana sekali macam mana sebelah muslimat.
    bali – takpe bali.. ko dtg sebelah sabau nye la 13/7.. kat situ ramai la junior2 DM ko tapi tale la ngorat :p == http://sakeenah-faisal.flavert.com

  35. isna says:

    salam…

    em…sy nak request keta untuk balik MMU aje lepas setel kat kenduri sakeenah. kalau bleh kami *3 org nak tumpang keta yg still ksong ms balik. yg kami tau keta shah aje “kot” yg kosong ms balik :P(tekong yg ckp!)…so,nnt ape2 hal call isna at 017-6233394.

    *isna + ita + kym

  36. ikhwan nazri says:

    wslm wrt.. dukcita dimaklumkan.. tak dpt buat sebegitu huhu.. sbb tade kereta kosong dah dari mmu

  37. musa says:

    tak payah tunggu lagi, dah ada http://www.jimat-petrol.com
    kongsi kereta balik kampung.

  38. ikhwan nazri says:

    ha meh sape nak tumpang balik kedah muehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>