berapakah nilai kerja/sumbangan anda terhadap syarikat/team anda?

dsc014172.jpgsekiranya anda mengikuti Twitter saya, pada masa entri ini ditulis saya berada di pejabat saya di MMU Incubator, Cyberjaya. menjadi tugasan mingguan saya untuk hadir ke pejabat dan menguruskan perkara-perkara berkaitan. antaranya hal sewa ofis, surat-menyurat, dan juga untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. cewah :p

so hari ni macam biasa, berbual dengan pakwan. pakwan la yg banyak beri tunjuk ajar macam mana nak handle company. so hari ini setelah memberikan update mengenai flavert media lab, beliau bersembang mengenai nilai kerja/sumbangan terhadap syarikat.

pada pandangan majikan,  setiap duit yang dibayar kepada pekerja perlulah menghasilkan pulangan kepada syarikat. misalnya, sekiranya majikan membayar gaji pekerja sebanyak 2500 sebulan, dengan kerja yang dilakukan oleh pekerja tersebut mestilah sekurang-kurangnya membawa pulangan sebanyak 1.5-2 kali ganda gaji pekerja itu dlm sebulan tersebut. pening tak ?

meh sambung pening

_mg_82683.jpghaha mula-mula dengar pun macam pening. tapi macam ini. majikan membayar pelaburan/investment sebanyak 2,500 untuk seorang pekerja sebulan. so untuk untung, pekerja tersebut perlulah melakukan kerja yg membawa pulangan 1.5-2-3 kali ganda dari kerja yang dibuat. barulah syarikat ada untung, dan inilah dia.. return of investment. ( yeke istilah yg digunakan? )

dan tak semestinya mengharap pekerja itu bekerja bersungguh-sungguh tanpa ganjaran dan bayaran setimpal. majikan seharusnya mengira berapa pulangan dari pekerjaan pekerja tersebut dan memberikan bayaran yg setimpal dan sekaligus, memberikan motivasi kepada pekerja tersebut untuk bekerja lebih baik dan membawa pulangan yang lebih lumayan pada syarikat.

what you give, you get back. ataupun dalam bahasa matematiknya, symmetrical relationship yang kelmarin disebut oleh professor Charlie Epps,Numb3rs.

dengan kenaikan gaji sebanyak.. contohnya 500 lah.. untuk pekerja yang gaji asal dia RM2500, dan dah bekerja selama 6 bulan, majikan spend 3000 untuk bulan seterusnya untuk meningkatkan prestasi  pekerja tersebut sebagai penghargaan. contohla kalau pekerja tersebut dah menyiapkan projek yang bernilai 100k ++ dlm masa 6 bulan tersebut, apalah kiranya 3000 tersebut. ( tapi tatau la kalau ade 10 orang :p )

antara cara lain bagi majikan menunjukkan tanda kasih sayang dan penghargaan pada pekerja adalah dengan bonus tahunan, elaun, hari keluarga syarikat, cuti sakit, cuti mengandung, cuti bersalin, cuti pantang, cuti suka-suki, anugerah pekerja terbaik bulanan dan tahunan, dan sebagainya termasuklah elaun minyak yg kritikal atau elaun tambahan bagi pekerja mampu membayar semula pinjaman atau biasiswa pendidikan mereka sebelum ini ( ok perenggan ni merepek sikit )

vlcsnap-975195.png

dan bagi pekerja pula, seiringan dengan kenaikan gaji, haruslah kerja lebih sungguh2 kerana dengan kenaikan gaji itu, menunjukkan penghargaan, kepercayaan dan kebergantungan syarikat terhadap khidmat anda.  jangan bila dah naik pangkat, lupa diri buat kerja malas-malas.. bila turun gaji merungut dan mulalah menggunakan alasan.. “eh aku pekerja senior lah” .. biasa dengar kan ?

sekali lagi, what you give, you get back. so buatlah kerja elok dan sempurna penuh semangat. andainya ini yang terjadi didalam sesebuah syarikat, ianya akan mewujudkan persekitaran yg kondusif serta efektif buat kedua-dua pihak, pekerja dan majikan justeru memacu padu ekonomi syarikat. keperluan majikan ( iaitu hasil kerja dari pekerja dll.. ) dan keperluan pekerja ( keselesaan dlm pekerjaan dll.. ) perlulah dipenuhi bersama.

majikan jangan tanya apa yang sudah diberi oleh pekerja ( dlm konteks ini, apabila majikan menzalimi pekerja ), dan begitu juga pekerja, jangan ditanya apa yang sudah majikan beri ( dlm konteks ini, pekerja buat kerja tak siap/prestasi rendah ). sebaliknya kedua-dua pihak perlu sama-sama tanya masing-masing, apa yang sudah disumbangkan buat syarikat? berapakah nilai anda ?

img_860423.jpg

saya pernah menulis mengenai sikap perfectionist orang jepun

We also see perfection in how they treat their jobs or careers. Walk up to the cashier to pay, everything is perfected to the point you receive your goods. The bus boy, who carries bags to the bus, has the full respect of the bus driver. When they meet, they bow to each other, with utmost respect. I have to do my job well, for you to do your job well – this is in their hearts.

saya menulis untuk peringatan diri saya sendiri disamping berkongsi apa yang saya faham. saya bukanlah pelajar finance mahupun management, jadi kalau salah penggunaan istilah tu, harapnya dapatlah dibetulkan. sungguh saya bukanlah bisnesman/whatever-man yang berpengalaman sepuluh tahun mengendalikan syarikat tetapi saya harap anda dpt mengambil iktibar atas tulisan saya diatas dari secebis pengalaman saya.

pakwan, terima kasih sbb kasik banyak tunjuk ajar :) dan terima kasih secara tak langsung juga buat para pembaca tegar blog ini. sebab antara faktor “what drives you?” saya adalah kamu, sahabat, pelawat dan pembaca blog ini 😀

P/S: suka entry ini? komenlah :p dan dapatkan M-Travelogue Shopping Mall: Suria KLCC Unofficial Guide untuk henpon Flash Lite Enabled disini. ( bunyi macam jual makanan je )

P P/S: suka gambar dekat entry ini? dapatkan macbookpro dan juga metal gear solid 4 untuk PS3. dijual berasingan ( bukannye aku ade pun ). oh, buat pelajar MMU, sertailah Institusi Usrah baik cawangan Melaka mahupun Cyberjaya. Gambar atas masa kat cherating, dan gambar dibawah adalah semasa Mukhayyam Tarbawi ’07. banyak tu duit.

01
Jul 2008
POSTED BY
DISCUSSION 20 Comments
TAGS

20 Responses to : berapakah nilai kerja/sumbangan anda terhadap syarikat/team anda?

  1. Fahmishah says:

    Ko bayar gaji pekerja kau berapa? Berapa banyak syarikat kau untung dalam 1 bulan? ha! jawab2.

    p/s:pastikan lagi beberapa tahun ada tempat kosong utk aku ye!

  2. syia says:

    aiyok.. susah la sape2 keje bahagian human resource cm ni.. nk tetapkan gaji huwaaa

  3. ikhwan nazri says:

    fahmishah – ikut output prestasi mereka. appreciate skill yang mereka ada.
    syia – o eh.. human resource kan ade buat assessment/evaluation untuk staff.. tak susah kot utk mereka tetapkan gaji.. tul dak ? dari hasil assessment/evaluation tu dah leh tengok mereka patut dpt berape..

  4. faiz says:

    ces!!!…siap posing gan macbook..siap main psp slim lagik..arghhh jelous!!!

  5. zafee says:

    amboih tayang apple :))

  6. ikhwan nazri says:

    paie – baru leh wat kerja mobile hohoho
    zafee – terima aksih pada ko yg ajar sikit2 teknik after effects 😀

  7. zafee says:

    ape kene after fx dgn ini gamba..kekeke

    p/s: ya ampun susahnya nak masukkan code kat bwh.. :((

  8. ikhwan nazri says:

    sbb kalo aku tak guna after effects, tak dpt beli eruda 😛 ko nak masukkan code ape?

  9. KNizam says:

    perghhhh macbook tuh. power ah ko. hehe :)

  10. sarawak says:

    wey.. x ckp sp amek gmbr tuh..
    poyo tol!
    ahahah

  11. bali says:

    woh dah ada macbook pro. sorang lagi pengguna macbook. jeles siot 😛

    berapa harga tu?

  12. ikhwan nazri says:

    knizam – takde wireless broadband cam ko lagik gugu.
    sarawak – eh lupe.. ahahahha.. gambar aku ngan eruda tu sarawak tangkap.
    bali = 7K cash. hoho

  13. ahahaa… posing laa elok2…

    nak numpang kerja kosong ada tak? nak cari kerja kosong yang kosng laa boleh tak? ada kekosongan bagi tau laa nak tahu…. hehehehe.

  14. Firdaus™ says:

    tekong, dengo mcm best je, aku keje dgn ko la…aku jadi boss ko…bleh ke? ekekeke

  15. ikhwan nazri says:

    firdaus – boleh ngan syarat pastu ko panggil aku big boss .. kakaka

  16. Firdaus™ says:

    takut aku dengo “big boss”…hehe…aku skrg keje relax je…janji puas tido…ekeke…nak santai je…nak jadi bos tak pandai….wkaka

  17. ikhwan nazri says:

    firdaus – kami tamau pekerja yg santai. kami mahu mereka bersantai ditepi pantai. kehekhek

  18. kerja kosong says:

    kita perlu memberi sumbangan pada syarikat..br la syarikat akan hargai kiter..btul x?

  19. Lily Evans says:

    numb3rs has a very good storyline and i love all the characters in this tv series:;”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>