malam tadi adalah first time mobile office aku ngan sabau. ahaha. kami bekerja selama 4 jam di mamak. hasilnya amatlah memberangsangkan. 4 jam yang penuh produktivi dan konsentrasi. lagipun tanyalah pada diri anda sendiri, berapa lama anda boleh tumpukan perhatian anda membuat kerja? umumnya mungkin kita bekerja 9-5.. rehat mungkin 12-2 .. so 8 -2 = 6 jam je kerja. tu belum campur waktu fanboying, fangirling, melihat-lihat sumber2 inspirasi seperti Freelance Switch atau InfoMalaya atau Blog company kami yang telah diupdate dengan mende baru :p dan mungkin masa yg paling banyak diluangkan adelah untuk… berchatting :p
jadi renungkan semula waktu yang anda gunakan. tapi ceritera saya mengenai masa tak terhad sampai situ je. balik dari bekerja, saya menonton Metal Gear Retrospective. hoho. ceritera mengenai Solid Snake, Naked Snake, ah macam-macam la watak dalam tu. berbahagialah para pemilik PS3 menikmati permainan tersebut.

dalam episod 4 yang menceritakan mengenai MGS3: Snake Eater, sekiranya pemain membunuh watak Revolver Ocelot yg masih muda, pemain secara automatik kalah dan gagal dalam permainan kerana ianya telah mencipta ‘time paradox‘. time paradox ini berlaku kerana Revolver Ocelot bakal menjadi Boss Jahat dalam MGS1: kat Shadow Moses. Time paradox ini.. dalam bahasa ringkas.. kalau korang time travel patah balik pastu menggagalkan mak ayah korang jumpa, korang takkan wujud ( Back to The Future 1 )
itu baru ceritera kedua pasal masa.. ini ceritera yang ketiga pulak.
selepas menonton metal gear retrospective, saya ketiduran, bangun untuk subuh, dan tidur semula. saya bermimpi yg saya sedang memandu Anubis dengan laju, ya sangat laju. kemudian singgah di suatu kedai. nampak buku yang menarik untuk dibeli kerana ada full cover story pasal metal gear solid. kemudian beli tetapi tah macam mana penjual tu cakap “nak buku nih bayar 80 ringgit”.. so saya takleh nak bayar sbb tak cukup duit untuk isi minyak kereta nanti. maklumlah, isu minyak mmg hangat hari ini ianya dibincangkan di parlimen.
jadi dengan hati yang kecewa, saya memandu semula sambil merungut tak dapat beli buku itu.. kemudian terasa melalui jalan yg sama dan akhirnya terbabas masuk tasik. sempat buka tingkap dan meloloskan diri dari Anubis yang tenggelam dan kemudian.. nampak kedai itu semula. saya masuk semula ke kedai, mengalami peristiwa yang sama, kecuali saya buat keputusan untuk membeli buku tersebut. keluar dari kedai tersebut, Anubis, kereta yang sepatutnya tenggelam dalam tasik tadi, elok rapi dekat tempat letak kereta.
adakah aku mengalami time paradox dalam mimpi?? dengan membeli buku tadi, duit keluar dan tak dapat memandu kereta sbb ketiadaan duit untuk mengisi minyak??
HOH APEKAH!.. dan aku terbangun selepas itu.
Al-Quran juga menceritakan perihal masa didalam Surah Al-Asr,
Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya,
dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar,
dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Oleh itu para pembaca, hargailah masa yang anda ada. dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri saya ini hehehe