bajet korang hensem? meet soh hem sem!!

sohhen.jpgkorang rasa korang hensem? korang rasa korang cukup hensem? meet soh hem sem baru korang tau ape itu hensem.

Meet Soh Hem Sem adalah kempen iklan terbaru dari Brylcreem. Erm takde la baru sangat.. seingat aku, tahun lepas dah ade dah website ni.. ker awal tahun 2008 ni. mula-mula dapat tahu dari forum mana pun tak ingat dah.. tp agak teruja sebab konsep pengiklanan dia yang cool. mengingatkan aku pada iklan counterfeit Mini.

Dah lama dah aku menggunakan brylcreem. sejak zaman sekolah menengah lagi. mula² pakai brylcreem hijau. pastu lama lama, mula pakai gel sbb gel lagi keras. dan bila keras, boleh bentukkan rambut. spiky ke, atau gaya biasa ke, tapi rasanye tak sesuai la kalau mat bunga yg rambut jatuh nak pakai. dah nama gel so cepat keras. even sampai sekarang, aku masih pakai brylcreem. kalau ade meeting,function, jumpa client, atau dimana-mana keadaan yg memerlukan aku kelihatan kemas, aku mesti pakai. tahun lepas, masa presentation, bangun lambat punye pasal, spray minyak wangi + gel rambut = aku kemas :p

image1712.jpg

Ok berbalik pada cerita pasal promo interactive brylcreem ni, bila masuk je website ni, korang dapat test banyak mende kat mamat ni. pukul dia ngan bantal, langgar dia, kacau rambut dia.. haha dia masih kelihatan segak bergaya sebab dia menggunakan brylcreem. dulu rasanya takde bahagian yang baru iaitu ‘upload another face’, 3 aksi baru soh hen sem dan juga video contest brylcreem.
sohhen1.jpg

gallery video contest diorang menarik gak. idea yang johan tu mmg bes la.. pandai dia suruh anak dia pakai brylcreem.

so cermin balik diri.. mungkin korang kena jumpa Soh Hem Sem untuk menghensemkan diri :)

27
May 2008
POSTED BY
POSTED IN Advertorial WISIWYG
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

2 Responses to : bajet korang hensem? meet soh hem sem!!

  1. Fahmishah says:

    walla! nak tukar lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>