Politik dan Pilihanraya dari pandangan saya

sabtu yang malas. dimulakan dengan sarapan pagi bersama geng isra. pastu takle tido. dan perbualan kami dua tiga hari ini berkisar pasal politik. mana taknya. sampai masa untuk menunaikan tanggungjawab sbg seorang rakyat jelata.

sebelum baca entry yang mungkin bakal disalahfahami, click play pada youtube ini. bacalah apa yang saya nampak sambil mendengar lagu nyamn ini di tengah2 kancah politik ini.

dan click seterusnya.. full page ni.


pilihanraya merupakan satu mende yang akan merubah nasib sesuatu negara. dari segi aspek. minyak, harga tanah, prinsip dan pemerintahan negara. macam macam lah. sampai harga tepung juga harga sekeping roti canai akan terlibat. semua ini akan menjadi permainan mereka yang bergelar dewasa. sampai sanggup bermain isu syurga neraka, kafir mengkafir. aku akui, aku mmg kanak2 lagi. aku mmg tak dpt memikirkan apa rasionalnya lebuh raya KL-Putrajaya tidak membenarkan penunggang motosikal menggunakannya. sungguh tak dapat fikir. andai kiranya disebabkan kalau ada masalah pada motorsikal, kan ada pertolongan dari pihak highway. telefon setiap 250 meter kan boleh digunakan. sbb motorsikal tak bayar tol?? aku sanggup bayar tol. tanyalah mereka yang lain. perjalanan 20 minit dari KL ke putrajaya mmg menjimatkan masa, tetapi kenapa kami menjadi pengguna jalanraya kelas entah keberapa..

sungguh saya seorang kanak², tak dapat memikir rasionalnya.

mula mula kena register prepaid. dan sekarang, kena register blog pulak. segan rasanya nak register blog. manakan tidak. kisah2 yg diceritakan adalah hasil pemerhatian yang kadangkala pahit ditelan dan mungkin ada nilai peribadi walaupun dikongsikan, tetapi bila kena register lain bunyinya. seolah2 diawasi setiap masa kisah kehidupan kita. mmg la aku suka bercerita aku makan ape, tapi rasa kurang selesa lak diorang tau ape aku makan. dengan kena register blog, freedom of expression atau freedom of my sight terasa dicabuli. haha, sekarang baca line ini, “apa yang aku nampak, itu yang korang dapat“. rasanye dah pernah sebut sebelum ni.. bila aku kritik saladin lebih berbanding upin ipin. takperlulah saya cerita lebih lanjut, justifikasi saya terhadap saladin dan upin ipin boleh didapati disini.

entah², time aku menaip ini pun diorang tengah baca. apa la budak ni nak merepek pasal politik fikir diorang.

minyak. satu mende gak. dah berapa kali minyak naik. dulu aku menggunakan motor so tak rasa sangat. paling² pun seminggu RM20. sebulan busuk² pun RM100. terima kasih buat subsidi kerajaan. tetapi sejak menggunakan kereta, perbelanjaan aku meningkat. minimum 300 sebulan. + tol touch n go = rm 50 sebulan. menyedari hal ini, ada rakan mengesyorkan

  1. tukar kereta = mmg tak boleh sbb ini kereta abah aku. tak tahu malu sungguh. aku masih tak mampu membayar ansuran kereta pun sekarang.
  2. tukar kenderaan = alternatif yang baik.kadangkala menggunakan motosikal juga. tetapi tak dapatlah membawa rakan² ataupun client.
  3. tukar kerajaan = mungkin alternatif yang sungguh perlu dipertimbangkan rasionalnya.

sebut pasal tukar kerajaan. jgn risau. bak kata lagi seorang kawan, kalau sosialis, komunis naik tampuk pemerintahan pun keselesaan akan diberi pada rakyat. cuma tak taula berapa ringgit pulak subsidi minyak diorang. maybe tak dpt langsung tapi yela.. 5 tahun sekali je. salah undi tahun ni undi tahun lain lak kalau masih hidup. itu pun kena justifikasi dan buat penilaian terhadap tampuk pemerintahan terdahulu.

tetapi ramai jangkakan, ini antara pilihanraya yang agak sengit… kot.

sebabnya,  banyak isu timbul. antara yang most famous adalah isu islam hadhari. tapi yg peliknya dengan pengenalan islam hadhari,jenayah nampak makin berleluasa. pulak dah.

mentaliti 3rd class, berasa selesa dengan apa yang ada. aku mahu perubahan. tapi susah mahu puaskan hati semua orang. kann??bila difikir² banyak banyak kali. nak undi siapa sebenarnya. ade perasaan takut gak kalau kalau salah undi naya nanti. akan tetapi salah satu petikan komen dari SangPelangi begitu mencerahkan saya untuk berfikir, bukan sebagai kanak², tetapi seperti seorang dewasa…kot 😛

Sang Pelangi–

Nak cuba2 pangkah pembangkang sebab saja nak test / tengok efek??? Kamon lah.. kite pangkah bukan untuk test2..

Kite pangkah gune akal.. bukan dengan “rasa”.. jenguk2lah Al-Maidah ayat 45.

45. Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Diulangi.. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Jadi, pilihan kita bukan dengan “rasa” lagi. Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Wallahualam.

—-

Ho ho hoo. jadi sebelum mengundi. fikirkan yang terbaik.  aku bertawakkal harap pilihan aku yang terbaik. bukan harga minyak sahaja perlu dipertimbangkan, seluruh masa depan negara hendaknya.harap kerajaan yang bakal memegang tampuk pemerintahan akan melakukan yang terbaik bahkan lebih baik. tak kisah la parti apa pun. janji hidup aman.

inilah pandangan saya. dah la weh gih mandi.

23
Feb 2008
POSTED BY
DISCUSSION 6 Comments
TAGS

6 Responses to : Politik dan Pilihanraya dari pandangan saya

  1. Fahmishah says:

    aku lagi tahun baru boleh mengundi

  2. ikhwan nazri says:

    haha.. gelakkan dia haha

  3. saya tahu anda mahu pangkah siapa 😀

  4. ikhwan nazri says:

    yaa pangkah gasing.. pangkahhhhh

  5. ntah saper says:

    so darn hard…..
    klu plih bn = secularism & hybrid*** system
    klu plih pmbngkng = komunism & kapitalism

  6. ikhwan nazri says:

    ha tula.. pilih secara bernass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>