Dean list atau Deen list?

Buat tatapan kita semua yang bakal menduduki final exam tak lama lagi…. ( artikel ini bukan aku yg tulis.. aku dah takde exam lagi dah.. kecuali ujian dlm hidup 😛 )

Bangga bukan apabila kita dinobatkan sebagai pelajar dean list? Mana tidaknya, antara ratusan pelajar yang menuntut dalam sesuatu fakulti, kita Berjaya menggondol title dean list. Apatahlagi, ianya menjadi satu tradisi di MMU bila berjaya mendapat dean list nama terpampang di Bulletin Board buat tatapan semua warga MMU.



DEEN LIST?

( baca lagi yer )

“ deen list macam mana? dapat?”
Aduh, bagaimana pula hendak mendapat deen list yang ini? Kalau orang bertanya kita bagaimana boleh dapat dean list, mungkin ada antara kita yang boleh senaraikan hampir semuka kertas tips-tips kejayaannya.

– baca topik sebelum ke kelas
– tumpu perhatian ketika lecturer mengajar
-buat note lepas habis lecture
-buat discussion dengan kawan-kawan
-aktif dalam kelas dan rajin bertanya pada yang arif

Hah, itu baru sedikit yang saya berikan. Mungkin anda yang lebih cemerlang, mampu memberikannya lebih. Menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran menjadi tuntutan dalam Islam. Kata kata imam Syafie :
“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”

Begitu sekali Islam mengagungkan ilmu! Sehingga lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang cukup ternama dengan kesemua lapangan ilmu. Tidak kira ilmu perubatan, matematik, fizik, juga lapangan ilmu fiqh, hadith, tasawuf dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi, Al-Biruni, Al-Razi, Al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim dan ramai lagi ilmuwan islam yang lain. Mereka ini bukan sahaja layak dinobatkan dean list tetapi juga mereka sangat unggul dalam deen list.

Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, ramai yang berkejar-kejaran ingin mendapat dean list tetapi tercicir dalam mendapat deen list. Kita bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam menghadap buku. Boleh dikatakan kita adalah tetamu tetap perpustakaan. Buku apa yang kita tidak pernah baca, hampir kesemua tulisan ‘author’ kita hafal. Tinggal lagi soalan peperiksaan tidak keluar semua topic, jika tidak segala macam ilmu dapat dimuntahkan. Wah, tahniah saya ucapkan kepada mereka ini kerana mempunyai stamina study yang begitu hebat.

NAMUN SAYANGNYA..

Mana hilangnya stamina untuk skor deen list? Jika solat lima waktu tidak pernah cukup sehari, jika Al-Qur’an sudah berhabuk terperosok di dalam almari, jika majlis agama dianggap tempat membuang masa, jika hati terasa lelah untuk membuat ibadah , maka kitalah orang yang paling gagal dalam hidup. Adakah kita fikir Tuhan yang memberikan kejayaan dalam pelajaran adalah berbeza daripada Tuhan yang kita memohon doa dalam solat?

“ janganlah kamu bersedih hati sedang kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang yang beriman”- al-tanzil-

Begitu Allah mengangkat darjat orang yang teguh imannya! Jadi, adakah janji Tuhan sebegini adalah dusta?

Apa yang lebih menyedihkan apabila seseorang yang mengikut tarbiyah dan usrah, masih lagi beralasan ‘hendak studi’ bagi meminta excuse untuk tidak hadir usrah. Adakah janji Allah untuk merahmati mereka yang menghadiri majlis ilmu adalah janji yang palsu juga? Adakah ada Tuhan lain yang memberi rezeki kepada mereka?

Firman Allah :

“ walau berkumpulnya seluruh umat di alam ini untuk memberi kebaikan padamu, maka ianya tidak akan berlaku melainkan dengan keizinanNya”

Mungkin ada juga yang mempersoalkan :

“dia tu tak lah alim pun, tapi asyik skor dean list je”

Anda pernah mendengar kisah Firaun? Kisah Qarun? Bergudang-gudang harta dan kemegahan Allah kurniakan kepada mereka sedangkan mereka kufur dengan nikmatnya . Namun Allah masih jua melimpahkan mereka dengan harta dan kekayaan. Inilah istidraj! Nikmat yang diberikan kepada mereka untuk lebih menyesatkan lagi mereka. Nauzubillah!

Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh daripada golongan yang disesatkan dengan nikmatnya.
“dan kami pecahkan mereka di dunia menjadi beberapa golongan ; di antaranya adalah golongan yang soleh dan golongan yang sebaliknya, dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran- al-a’raf: 168

KESIMPULAN

Andai ingin dianugerahkan dean list biarlah juga kita cemerlang untuk mendapat deen list. Masih ramai mereka yang baik agamanya namun masih cemerlang dalam pelajaran. Inilah contoh nikmat yang Allah anugerahkan buat mereka yang syukur dengan pemberiannya. Namun andai anda masih belum Berjaya, berusahalah untuk memperoleh deen list kerana anda lebih Berjaya daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal mendapat tempat dalam menempah syurgaNya!

Moga Allah juga menganugerahkan deen list kepada kita! (“,)

——

Artikel ini diambil dari blog Wan Aisyah, Mar’atus Solehah in the house,

nice article indeed. but not nice if you not take lesson from this article dear readers :)

25
Dec 2007
POSTED BY
POSTED IN Artikel Islam WISIWYG
DISCUSSION 12 Comments
TAGS

12 Responses to : Dean list atau Deen list?

  1. hafreze says:

    aku pernah jer dean’s list..hahahaha..riak tk?..riak tk?..

  2. junaidix says:

    aku last sem jer rasa dean list.. final result.. tak dapat pun! :p

  3. hafiza says:

    eOneNet sedang menganjurkan pertandingan Blog Pemasaran Internet dan anda hanya perlu mengundi daripada 10 artikel di blog pemasaran kami. Undian di buka kepada ahli-ahli eOneNet.

    Pemenang dengan undian tertinggi akan memenangi Apple iPhone terbaru. Hadiah-hadiah lain adalah rantai kunci Gucci dan 999 ‘Gold Boar’.

    Satu cabutan bertuah juga akan diadakan untuk merebut wang tunai bernilai RM500.

    Bagaimana untuk mengundi?

    Layari http://www.eonenet.com/internet_marketing_blog_contest.htm.

    Jika anda masih belum mendaftar sebagai ahli eOneNet, anda masih boleh mendaftar secara percuma di http://www.eonenet.com/eoneclub/intro.htm

  4. ikhwan nazri says:

    hafreze – cam harammm Allah tarik karang nikmat tu wahahaha

    junaidix – hahah.. aku tak pernah merasa 😛

  5. Sehingga Rasulullah bersabda :

    “ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”

    -ini bukn hadith,tetapi kata-kata dari Imam Syafie.,Mohon diperbetulkan..

    ————————————–

    atas tu cam serius..ni kat bawah…
    yekeleh,,,,aku pon pernah dapat dean list…huhuhuhu…mesti hafrezz bengkek!..hahaha…

  6. Tekong hadith yang kata kalau nak dunia dengan ilmu dan so on tu bukan hadith,,tu kata-kata dari Imam Syafie..

    ————————————–

    atas tu cam serius sikit..ni kat bawah…
    -yekeleh,,,,aku pon pernah dapat dean list…huhuhuhu…mesti hafrezz bengkek!..hahaha…

  7. Tekong hadith yang kata kalau nak dunia dengan ilmu dan so on tu bukan hadith,,tu kata-kata dari Imam Syafie..

    atas tu cam serius sikit..ni kat bawah…
    -yekeleh,,,,aku pon pernah dapat dean list…huhuhuhu…mesti hafrezz bengkek!..hahaha…

  8. tekong says:

    ni apehal sampai 3 comment ni… teruja betul ahahha

  9. tersilap la tekong,,aku ingat aku nye komen tu dapat sebb dia kata apa ntah lepas aku post tadi,,tu yang terlebih2 tu,,hahahhaha..sory2

  10. hafreze says:

    yus terover react..haha..lek3 yus..tk perlu post 3 kali utk bgtau ko dean’s list..jhahahahahaa…adeh..aku check2..apsal aku dpt 4 flat dlu?..astagfirullah..teriak lg..

  11. ikhwan nazri says:

    ape neraka betulla korang ni.. gugugu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>